Thursday, October 14, 2010

Shitsurei Shimasu

13 Oktober 2010. Presentation terakhir di bumi Samurai sebelum tinggalkan Sakuragaoka. Madah ilmiah ini adalah permintaan khas dari supervisor sebagai perkongsian pengalaman dan ilmu sepanjang renangi jelajah solo ke Nippon ini. Tetamu mahu dengar adalah Supervisor, pelajar masters dan degree yang semakmal educational discussion dengan Si Pencakar Getah Tua ini. Terharu dengan jemputan mereka untuk saya datang pada “rainen” selaku pembentang kertas kerja. Emm, respon hati pencakar outerbark getah tua ini “InsyaAllah dan sekiranya kantong Okane cukup”, saya bina jejak lagi ke lantai Nippon. Siaran sekadar kongsi gambar peristiwa itu dan secubit imej semasa International Student Summit. “Shitsurei shimasu, doomo sumimasen deshita”

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Keluarga Tersayang dan saudara mara, Sahabat2 tercinta, Universiti Putra Malaysia, Tokyo University of Agriculture dan semua kenalan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan dan menyokong usaha ilmiah dan silaturahim yang saya jalankan ini. Semoga Kejayaan dan ketenangan milik bersama. Wassalam.

Monday, October 11, 2010

Autobiografi kah Si Tua Yang Muda

Itulah nampak gayanya. Kepada Si Tua Yang Muda, saya minta maaf banyak-banyak pada kamu. Saya hargai dan akui kamu sangat banyak berjasa pada saya, membawa saya ke eki untuk ke masjid, membeli barang dan jadi teman dikala saya kesunyian. Kamu banyak memudahkan urusan saya. Bukan saya tidak mahu membawa kamu bersama pulang ke Malaya, tetapi keadaan tidak mengizinkan ditambah pula kos untuk terbangkan kamu sangat tinggi. Dan saya tahu, kamu sangat mengerti bahawa tuan mu yang serba sederhana dan kekurangan ini sangat sayang dan cinta kamu. Si Tua Yang Muda ku sayang, aku sedih untuk berpisah dengan mu. Cintaku pada mu sangat dalam. Kamu teman hati sunyiku di bumi Tokyo ini. Mungkin boleh titis butir jernih pabila ku tatap wajahmu di bumi Malaya nanti. Oh Si Tua Yang Muda. Saya janji akan mencari pilih tuan baru yang baik hati sebagai pengganti Ropi. Hati sayu ini ingin berkata hanya tinggal 11 hari sahaja lagi untuk kita bersama bercinta. Saya cinta kamu, sayang kamu dan bakal rindu kamu…… Akan ku peluk mu setiap hari selagi berbaki sisa cinta kita di sini. Sekali lagi ingin ku lafaz “saya sayang kamu wahai Si Tua Yang Muda”

Sunday, October 3, 2010

Habis Dakwat

Dengun hati kala ini punyai banyak perasa, beraduk gumpal lakarannya. Sukar digambar tulis coret,cuma secebis dapat kuis. Ropi oh Ropi,laksana sebab dulu kilik kitab mengaji, jangan dihunus dengus sakit hati. Biarkan burung Japan itu kebas sayap. Mungkinkah dia terbang ke mari jika

Monday, September 20, 2010

Murtabak "Small-Small" Untuk Japan

Aura summer season semakin meninggalkan kami di sini. Bisikan Autumm season sudah mula mengukir gambar bersama cuaca yang sangat indah dan menyamankan. Masa Ropi sudah semakin singkat di bumi samurai ini. Ropi sedang mengatur sedikit perancangan untuk menjelajah ke Nikko, Tochigi (samada keseorangan atau bersama kenalan) kerana dikatakan “ada indah di situ sempena Autumm” bermula minggu kedua Oktober. Mungkin Nikko adalah destinasi terakhir sebelum berangkat pulang meninggalkan kenangan pahit manis masam dan kelat sepanjang bergelumang di Nihon. 5 ayat dibelakang adalah sebagai mukadimah entry.

Murtabak“small-small” memulakan perkongsian di sini.Di permatangan antara akhir Ramadhan dan kedatangan Eidul Fitr yang lalu, si Ropi yakin bahawa selain dari urusan rasmi (menyertai kursus dan kuliah, terlibat dalam perbincangan seminar, menghadiri sidang kemuncak pelajar antarabangsa, presentation dan pelbagai urusan berkaitan) sebagai peranan watak Ropi dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara kampus tercinta Ropi di Malaysia dengan University di Tokyo ini, maka saya yakin juga bahawa sentuhan tidak rasmi dan bukan wajib juga memainkan peranan agar hubungan erat dapat kekal utuh, sekaligus ingin hadiahkan kesan manis letinnggg serta manfaat untuk pewaris (junior) akan datang agar mereka selepas ini “lebih mudah keluar” selepas saya tinggalkan gelanggang cari ilmu saya tahun depan di UPM. Maka saya cari bahan ke sana sini, refresh resipi dan terus tumis, masak dan uli. Kebetulan si Ropi juga teringin idam mahu nikmati, maka Murtabak “small-small” telah dihasilkan. Yang di dalam pinggan adalah untuk dimakan dan yang di dalam bekas untuk pegawai Japan CIP yang menjaga saya di sini. Semoga sedikit juadah Malaya saya ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita dua negara berbeza sama benua. CINTA MALAYSIA!!!!!!!

*** Sedikit imej Raya & Terima kasih kpd warga kerja akhbar krn memilih diri utk lead ucapan perkongsian terbitan KOSMO! pada lebaran 1 Syawal 1431 lalu.



Tuesday, September 7, 2010

Pada Hemat Saya-"Konsep"

Sedih, sebak dan bergenang air mata di kelopak bila membaca sebuah akhbar online yang memaparkan kisah “penderitaan” golongan emas seagama dengan diri. Lebih-lebih di bulan Ramadhan ini, ketabahan mereka menjalani ibadah puasa benar-benar menyentuh hati saya. Juadah berbuka puasa dan sahur hanya dengan makan dedak jagung makanan ayam, dan makanan hasil dari menyelongkar sampah, serta ditambah pula terpaksa menerima kejian dan hinaan (dimaki dan diludah) dari insan-insan durjana yang cukup biadap!. Anak pula sudah lupa daratan dan tidak mengaku ibu kandung sendiri dan menganggap orang tua mereka sebagai pembawa masalah. Kepada manusia biadap, bongkak sombong dan “tiada otak” itu, andai kata suatu hari nanti (diulangi “andai nya”) nasib anda dibalas dengan fenomena yang lebih dasyat, teruk dan dalam erti kata yang lebih manis adalah ‘pembalasan’, maka jangan lah pelik dengan apa yang berlaku itu. Justeru, saya sangat merayu dan meminta tolong agar pihak-pihak bertanggungjawab, tolonggggglah ambil perkara yang ini sebagai agenda utama dan berilah perhatian yang paling maksimun sebaik-baiknya. Pada hemat saya, mungkin sudah sampai masanya Konsep kehebatan dan kecekapan penyiasatan menyelesaikan masalah jenayah dan maksiat, juga digunakan konsep yang sama bagi ‘menyiasat dan mencari insan malang seperti di atas agar segera dapat diberi bantuan dan pertolongan’. Tidak dapat hendak dibayangkan perasaan mereka, di bulan Ramadhan, berbuka puasa dan sahur dengan ‘makanan itu’ sudah hampir 5 tahun. Ya Allah, peliharalah mereka.

Thursday, August 26, 2010

Resipi Si Bujang Sakuragoaka

Ramadhan tahun ini suasana lain selebungi, peluk dakap saya. Di perantauan seorang diri satu pengalaman baru. Drama harian dilukis bahawa setiap petang selepas memasak, kateh jitensya (basikal) ke train station, daya sentuh kan kad tiket dan mengelamun sambil lihat persekitaran sebelum train sampai ke Masjid Camii, Tokyo. Kekadang nihonjin (japanese people) dalam train pandang saya semacam je, hujung matannya jeling saya atas bawa lihat (ye lah saya sorang dalam train berbaju melayu lengkap bersongkok) ...saya senyum je kat dieorang, klu ade yang tanya saya jawab "watashi wa MARESHIAA kara kimashita". Begitulah antara rutin Ramadhan saya. Mengembirakan dan menghiburkan diri adalah tunas wajib, sentiasa memikirkan insan susah yang bernasib sedikit malang di pelbagai pelusuk dunia. Kalis-kalis pandang, salju rasa dihati. Lihat langit biru campur putih, bagai senyum pada ku. Semangat sudah membiak, ku cantas rempah-ratus, ku uli-uli, adun-adun,,,,, aku perlu sedar bahawa aku bujang, barulah semangat berdikari dapat ditinggikan tahap peratus nilainya. Menu si bujang di perantauan, singkap sekadar perkonsian di jendela laman.

Jom kita sama ke Masjid untuk take breakfasting dan Solat Tarawikh.

Friday, August 13, 2010

Rembesan Setitik Dua Sumbangan Kelopak

Mula di sini. Nostalgia sebagai penumpang lokasi peperiksaan UPSR diri suatu ketika dulu benar-benar mencubit teras hati. Kerana, peristiwa berjaya menduduki peperiksaan tetapi gagal menyentuh rasa, menatap lihat dan menostalgiakan penilaian akademik selaku kanak-kanak sebelum melintasi garisan ke alam remaja. Bersekolah darjah 6 dan mendaftar calon UPSR di Sabah, sebelum berpindah pulang ke laman asal di bumi Cik Siti Wan Kembang kerana ayahanda tamat berkhidmat sebagai perajurit teguh setia 3 RAMD, sebelum menduduki peperiksaan tersebut membawa saya kepada gelaran calon menumpang (klu perasan pada kertas OMR sebelah kanan atas), perlu saya hitamkan. Masih menggunakan angka giliran berdaftar kod di Bawah Bayu, diri meneruskan belajar dan seperti pelajar lain menduduki peperiksaan itu.

Musim keputusan keluar sudah kecoh dicorong-corong mulut secara atas angin. Hari penuh bermakna dikhabarkan dan langkah kaki awal-awal pagi ke sekolah untuk melihat apa yang dapat. Sampai paling awal, duduk di bangku batu di bawah pohon ketapang tua, kemudian datang lagi dan lagi sahabat lain. Akhirnya semua pulang kerana hanya khabar palsu bahawa keputusan dapat hari itu. Di lain hari, khabar tersebar lagi dan seperti biasa diri kebetulan paling awal mendagu tunggu di bawah ketapang tua yang sama, dan datang yang lain dan rupa-rupanya masih belum sampai masa lagi dan semua pulang hampa. Hari sebenar, diri orang ketiga sampai (kalau tidak silap mengira) dan keputusan diumumkan dan diagihkan kepada setiap pelajar (ada yang gembira, separa gembira, kecewa dan seperti sgt kecewa).
Setelah semua mendapat hasil masing-masing, tetapi hanya saya masih tangan kosong dan Cikgu memaklumkan bahawa keputusan dan slip saya dihantar ke pusat pendaftaran kod saya (Sabah). Cikgu minta sabar menunggu dan saya terus menunggu dengan hati yang sudah mula sedih, pasrah dan geram sedikit-sedikit. Hampir 2 minggu, ia masih tak kunjung tiba, di saat pelajar lain sibuk dengan memohon ke pelbagai sekolah pelbagai taraf, saya masih sepi buntu kelabu tak terkata. Kelu sendiri. Pihak sekolah dan keluarga mula berusaha hubungi ke seberang laut sana dan tanya bila “hak” saya itu akan sampai. Dan jawapan dari mereka, ia sudah di pos dan akan tiba. Maka saya sedikit gembira. Hampir sebulan, masih senyap, dan bila ditanya lagi mereka kata “yang salinan juga sudah diposkan dan dalam perjalanan”. Akhirnya di suatu petang, salinan keputusan yang dimaksudkan tiba dengan keputusan yang tipu belaka (3 B , 2 TH-Tidak Hadir). Tipu setipu-tipunya!! Saya hadir semua, saya jawab semua, saya hantar semua jawapan. Maka,… rembesan sedikit keluar dari kelopak pada ketika itu.

Hari pendaftaran Tingkatan 1, saya masuk sekolah biasa sahaja, agak dalam sedikit koordinat lokasinya, berbukit hijau indah di sekelilingnya, saya bagai makhluk asing kerana satu-satunya pelajar yang tiada 2 dokumen penting wajib untuk ke Sekolah Menengah iaitu Sijil Asal UPSR dan Surat Berhenti Sekolah Rendah (tak boleh buat sebab tiada keputusan rasmi UPSR). Terima kasih kepada pihak Sekolah Penyayang yang sudi menerima saya pada waktu itu walaupun pada awalnya saya sekadar berstatus “pending”, sebelum diberi jaminan tetap setelah rayuan ikhlas diterima menerusi keputusan percubaan (3B 2A).

“ Buat pengetahuan insan terbaca, beburung tinggi terbang di awan, itik di kolam, ayam di reban (atas pokok bagi ayam kampung yang diberi 100% kebebasan – “self sufficient @ independent”), ikan di lubok dan lautan, monyet kekeraan di dahan bergantungan, sesayuran di batasan, ubi gadung di hutan, anak sembilang di tapak tangan, kerabat cacing di lubang bergelutan, anai-anai di busut perpusuan, pepucuk buluh muda berebungan, lumut licin di batuan, dan seluruh hidupan berbiotik pada alam,,,,,,,,,,sehingga hari ini patik sebenarnya masih belum pernah melihat apatah lagi memiliki 2 Keping kertas asli yang memaparkan Keputusan UPSR dan Sijil Berenti Sekolah Rendah milik sendiri”.

Nasib baik diterima ke Sekolah Menengah atas budi bicara, kalau tidak………(nada geram).
*Masih menanti kalau-kalau ia akan tiba, tiada yang mustahil, ia boleh terjadi walau sudah agak berkurun berlalu Nokhtah