Monday, September 9, 2013

Bait-bait Pujuk

Pulang akhir sambil merenung gambar-gambar pemberian kawan sebentar tadi. Ia gambar 2 bulan lalu kurang lebih.

Kadang-kadang kita perlu memujuk untuk menjemput gakusei-gakusei, perlu menutur ikhlas kasih sayang sensei kepada gakusei muda,biarpun kita sedar ia sukar dan banyak penggalang.

Semasa mula-mula mendarat ke mari, hatimahu sedih melihat surau besar tanpa isi-isi terutamanya alik lelaki. Banyak-kali kala ia bagai kosong. Maka dengan bantuan bait-bait doa, terjaja lah diri memujuk mereka, mengajak dengan penuh kasih sayang dari hari ke hari. Sukarnya walaupun ingin mencari enam per dua. Apatah lagi mengharap sembilan per satu.

Namun dengan bantuan Illahi, hasil awal seramai empat per dua disyukuri dengan sesungguhnya, dididik mereka dengan asuhan kasih sayang, dijamuh-jamuh tangan dan anggota mereka untuk mengajar wuduk, didekati mereka, kasih mereka, sayang cinta mereka, sehingga tertusuk dalam hati mereka….dan akhirnya Alhamdulillah makin ramai terjatuh cinta pada hasrat bantu hatimahu.

Cuma,

Untuk menjadikan mereka konsisten tidak sesenang menjirus tanaman dan semudah menyambut sakura gugur salju. Perlu mencari mereka. Ingatkan sokmo kali mereka. Tutur kata rindu untuk dirikan bersama mereka. Lafaz oyat cikgu sayang kamu dan ‘pujuk minda’.

Dan, Alhamdulillah…suatu hari bila dianjurkan secara sedikit rasmi, ramai jua yang mula hadir. Biarpun kini air kian surut kembali dan menuntut jitu-jitu kerahan semangat kembali untuk memujuk agar ia konsisten kali kedua. Tidak sesenang. Meminimakan bilangan tidak dapat mengucap kalimah syahadah membaca umul kitab dan bacaan-bacaan ayat ringkas sememangnya bukan tugas mudah. Terima kasih kepada rakan-rakan sensei yang sudi bantu hatimahu. Mujur jua ada 3 Ustazah.

Wahai gakusei, doakan lah hatimahu sentiasa sihat dan kelapangan, kerna InsyaAllah relaku pujuk. Ya, pujuk kembali. Ya Rabb semuga genangan kenangan shashin ini menguatkan semangat si tukang pujuk. Itupun andai masih diperlukan atau mungkin episod undur diri berlaku lagi biarpun lain versi.