Thursday, April 26, 2012

Cerita Angka

Cerita pertama Ia tentang duakosongsatu. Semasa diploma dulu, nombor bilik C-201, Ijazah L7-201 dan semasa pengajian di Sakuragaoka, Setagayaku Tokyo Japan pula nombor rumah 2B-201. Ia tentang kebetulan takdir untuk saya 201.

Cerita kedua. Entah kebetulan mahupun suratan. Angka nombor ini kerap terpai saya. Sejarah tertulis hari lahir saya jatuh pada hari 04 haribulan, nombor alamat rumah pula 004, kod program pengajian semasa diploma 04, kod program masa Ijazah Pendidikan pula 40, dan baru sahaja ke Mydin membeli Nomu Yoguruto (Minuman Yogurt) dan semasa diminta tinggalkan barang dikotak simpanan sebelum memasuki ruang belian barang, saya diberikan sekeping kad nombor dan nombor tertulis 004. Segalanya tampak kebetulan mungkin.

Tapi kelmarin bercerita kongsi pada teman tentang kisah nombor yang berlaku pada saya, lalu kebetulan pula didengari oleh insan lain disudut situ, dicatat nombor saya terkeluar dari cerita saya, kelihatan disalinnya, seakan mahu ada gaya ingin menikam nombor. Saya mula rasa resah, bersalah dan sedikit ada mungkin akan marah kiranya nombor itu ditikam judi. Segalanya kebetulan kisah benar tentang nombor datang terpa saya dan tentang cerita serta didengar olehnya. Semoga Allah sentiasa lindungi kita-kita.

* Nomu yoguruto adalah minuman amalan saya. Kerna ia mengandungi probiotik (bakteria baik) yang akan melawan dan 'bergomo' dengan bakteria jahat yang terdapat dalam sistem pencernaan tubuh badan kita.