Wednesday, November 9, 2016

🌸 Container Bermotivasi

Sakuragaoka...., tidak lama dahulu juga menguji seni "menjaga halal food". Bila sama-sama menyewa di apartment bersama non-muslim. Ya, dapur kami berbeza. Alat kegunaan masak kami semua berbeza. Peti ais kami juga berbeza. 

Yang sama, kami serumah sama-sama hormat. Dia dengan menu "istimewanya". Saya dengan nikmat menjaga hebatnya halal food yang agama pesan jaga. Biar sedikit mencabar untuk menjaga dan memelihara kekuatan jiwa, namun kini kenangan indah jadi lambaian ingatan. Paling tidak, dapat ceritakan pada anak-anak dan anak murid......bahawa "dulu-dulu.....ayah/cikgu sanggup bersusah payah asingkan dalam kontainer persedian untuk masak halal food ke sana ke mari bila diuji dalam suasana asing keseorangan yang mencabar".

Memotivasikan anak-anak muda dengan pelbagai variasi..... adalah impian dedikasi hati. Cinta pada bahagia bukan sekadar untuk diri, tapi ingin mata melihat bahagia insan-insan lain bersama menikmati.

Terima kasih "kontainer"...... kerana suatu ketika dulu pernah menjadi teman sejati dikala hati gundah gulana, lalu kau kuatkan diri ini untuk terus hadapi.