Wednesday, November 30, 2016

๐ŸŒธ Beda Dua Notis

Insan hebat Muhammad telahpun menunjukkan banyak contoh dan hikmah, betapa sukarnya menyatakan kebenaran, menyebarkan kebaikan dan berdurinya hati dicucuk disaat menghulurkan manisan madu sebuah kongsian makna kehidupan. Kesabaran pekat diperlukan........
 
Disalah tafsir lebih ungguli dari direnung ambil baluti diri. Adakalanya manusia merasa mereka seperti terlalu hebat dan terlupa sekejap memandang ke tanah coklat bila mendongak kelangit biru. Seperti diterpa jendela Grandiose delusion.

Ada pula yang sanggup saban hari menebalkan bilangan muka surat buku catatan lakonan penipuan kepada pasangan sah nya, demi bergayut berantai pada pasangan orang. Kasihan anak-anak kecil, derita perasaan pasangan tiada terbela. Seperti disulam Erotomanic Delusion pada salur lung jantung.

Terus senyap kah sang khalifah pendorong? Dimana motivasimu untuk terus mengorak langkah maju bersama pesanan Muhammad yang tetap merindukan ummatnya disaat-saat akhir riwayat hidupnya. Muhammad telah tunjuki contoh hebat, disaat Abu Talib bapa saudaranya dihembusan nyawa akhir........ Muhammad tetap bermotivasi ajari ucap Syahadah walaupun dihunjung nyawa. Abu Jahal rakan karib Abu Talib turut ada disisi untuk terus hembus hasutan agar kekallah kamu dalam agama nenek moyang mu yang diwarisi.

Kalau si penyampai notis kesesatan sanggup bekerja sehingga ke hujung perjalanan. Maka......... "Mengapa tidak bagi pembawa NOTIS KEBAIKAN......?"

Monday, November 14, 2016

๐ŸŒธ Kemerahan Sango Kaku

Semoga impian Kanoko san ingin bertemu jodoh suami muslim menjadi kenyataan. Moga hasratmu terlaksana, peroleh yang lebih baik nan warak sebagai teman hidupmu. 

Kanako san, kongsi hasrat tersiratmu di bawah rimbun-rimbun Zelkova musim bunga sejuk dulu, akan aku doakan selalu. Allah pasti sayang kamu, bila kamu mula ingin mengetuk pintu hidayah manisnya agamaku. Atau,........kini telah kamu miliki. Tidak mustahil! kerna kecantikan impianmu cukup manis. Manisharum.

Sakuragaoka, kau hadiahkan ku sejuta kenangan manis. Tersimpan rapi di kotak memoir seorang pengembara ilmu yang datang dari lubuk hulu. Sakuragaoka, rindu ku kerap datang bertamu. Akan ku kunjung lagi menjengukmu nanti, Amee, Ameen dan Ameen.

Cinta terlambai tinggal ketika dedaun Sango Kaku kian memutik kemerahan dan oren-oren di musim luruh yang indah. Sango Kaku....., membuatkan rindu terpaku pada indahnya alam mu.

Ogenki de itte kudasai...! Kukunci Lirik.

Wednesday, November 9, 2016

๐ŸŒธ Container Bermotivasi

Sakuragaoka...., tidak lama dahulu juga menguji seni "menjaga halal food". Bila sama-sama menyewa di apartment bersama non-muslim. Ya, dapur kami berbeza. Alat kegunaan masak kami semua berbeza. Peti ais kami juga berbeza. 

Yang sama, kami serumah sama-sama hormat. Dia dengan menu "istimewanya". Saya dengan nikmat menjaga hebatnya halal food yang agama pesan jaga. Biar sedikit mencabar untuk menjaga dan memelihara kekuatan jiwa, namun kini kenangan indah jadi lambaian ingatan. Paling tidak, dapat ceritakan pada anak-anak dan anak murid......bahawa "dulu-dulu.....ayah/cikgu sanggup bersusah payah asingkan dalam kontainer persedian untuk masak halal food ke sana ke mari bila diuji dalam suasana asing keseorangan yang mencabar".

Memotivasikan anak-anak muda dengan pelbagai variasi..... adalah impian dedikasi hati. Cinta pada bahagia bukan sekadar untuk diri, tapi ingin mata melihat bahagia insan-insan lain bersama menikmati.

Terima kasih "kontainer"...... kerana suatu ketika dulu pernah menjadi teman sejati dikala hati gundah gulana, lalu kau kuatkan diri ini untuk terus hadapi. 

Sunday, November 6, 2016

๐ŸŒธ Cikgu Sudin

Bukan sedikit usahamu, bukan kecil korbanmu, dan bukan biasa cara kamu bantu. Kamu bahagiakan hati anak-anak sepi.

Semoga Allah membalas akan keluarga kamu yang baik dan berkat. Ya Allah, aku merayu dan bersujud kepadamu...... Maqbulkan lah bait bait doa Cikgu Sudin dan Zaujahnya. Kerana, pasti ada sesuatu yang mereka sedang tunggu yang bakal kunjung tiba hanya dariMu, Rabb.

Saturday, October 29, 2016

๐ŸŒธ Khalid dan Khadijah

Berterus terang sajalah Khalid Soleh (bns), jangan biarkan Khadijah Solehah (bns) termangu tertunggu. Ibu bapa kamu-kamu sudah lebih dari restu, cinta yang kamu jaga, cinta antara benua terindah. 

Bersabarlah Khadijah Solehah (bns), Khalid Soleh memang begitu, aku kenali dia sangat pemalu, tapi niatnya untuk meminangmu cukul hebat. Dalam jiwanya melekat tanggungjawab, terpasak erat ingin bahagiakan mu wahai Khadijah. 

Baik juga Khalid ni pemalu....., sekurang tidaknya....... bisa menguji setianya Khadijah. Khadijah, kalaulah kamu bersabar sedikit....., pasti Zauj hebat kau miliki. Ulang lirik, " Aku kenali Khalid ".

Khalid, jangan terlalu lama menyimpan cincin di dalam kotak terbuka........., bimbang tercuri oleh serangga yang tidak sengaja. Ku kunci lirik bertitik.

* bns - bukan nama sebenar.

Saturday, October 8, 2016

๐ŸŒธ Rai

Insan, kalau pandangan orang pun kita tidak mahu belejar-belajar me'rai' dengan baik, apatah lagi mahu menerima teguran. Untuk positif menerima teguran, senyumlah dalam menerima pandangan-pandangan buah fikiran. InsyaAllah, teguran sejuk diterima lapang.

Kejayaan kamu....., bakal menjadi bos di syarikat baru adalah sebahagian kebanggaan yang aku tumpang rasa. Ya, aku bangga dengan kamu. Teruskan bantu mereka yang perlu.

Tahniah, memang hebat...!!!

๐ŸŒธ Beli

Sudi sudikanlah  membeli  hati mereka,  belikan mereka bahagia. Mungkin terbeli  tiket ke syurga. Hari ini, merasai nikmat akui kelemahan kekurangan. Esok nikmati setapak anak kecil tentang perubahan. Belilah erti. 

Tuesday, October 4, 2016

๐ŸŒธ Mungkin

Mungkin,
Airmata adik Fatznie menangis didalam hati, walau diluar nampak sepi senyum lagi. Bersabarlah...... Allah mungkin menguji tanda sayang kamu. Doa cikgu tetap bersamamu.

Mungkin,
Salahudin kian bahagia nikmati hijrah ketentuan Illahi. Doa cikgu moga cekal jiwa kamu.

Indah kamu kamu, keagungan sabar kamu kamu..... adalah tumpang nikmat bagi cikgu. Tidak lebih dari itu. Dari jauh rinduku madu untukmu.

Sunday, September 25, 2016

๐ŸŒธ Drama Kita

Lihat drama tv atau wayang cerita yang berepisod, 
Baru tonton beberapa episod awal dan pertengahan, kita sudah boleh buat ramalan kesudahan drama tersebut nanti bagaimana. Manusia bijak meramal berdasarkan petanda.

Begitu juga dengan kehidupan, gaya jalan cerita yang kita dipilih, sebenarnya sudah beri gambaran kesudahan cerita yang bagaimana akhir cerita kita. Unless "Tuan Director " ikhlas mahu ubah gaya demi lebih kebaikan dituai episod akhir cerita.

Nampak macam simple tapi hakikatnya multiple. Hati, sungguh kau warni warna. Ibn Qayyim kata, bicara makna hati ada tiga. Hati sihat, hati sakit dan hati mati.

Aduhai....rasa rindu pada era kecil-kecil dulu.

Wednesday, September 21, 2016

๐ŸŒธ Konotasi

Sungguh ramai srikandi teristimewa yang amat sayang arjuna nya, namun menjadi penyumbang utama dosa kepada arjuna.

Aurat, kau mungkin siram insan tersayang dengan bisikan asap panas kepadanya. Jadi, apa makna istimewa arjuna dihatimu?

Arjuna? Jangan lega. Bahu memikul segala-gala. Titik!