Tuesday, December 8, 2009

Cikgu Zam Kembali (",)

Assalamualaikum semua teman dan sahabat pengunjung nukilan "sesumur sawah di ladang". Harap2 semua nya sihat dan baik2 belaka, dan satu lagi bahagia sokmo. Lama rasanya tidak menjenguk blog sendiri dan kawan2 kerana pulang berehat, beraya, dan melawat anak-anak mukim nun jauh di kampung halaman (hehe,,mcm penghulu kampung yang pulang dari merantau lak). Al maklumlah bila pulang ke halaman tercinta, internet pun takde (broadband pun takde,,hihk25776x). Best sangat dapat berehat di kampung, tapi aku kembali ku kampus bagi meneruskan kursus bahasa yang aku jalani baru2 ini. Apa yang saya ingin kongsi pada nukilan ini ialah suasana di dalam keretapi yang saya naiki sepanjang dalam perjalanan. Ada gembira dan ada kecewa. Gembira kerana melihat ketabahan dan kekuatan ibu bapa/datuk nenek yang sanggup bersusah payah bersama anak dan cucu yang masing2 dalam perjalanan ke destinasi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ada yang kelihatam membawa barang yang banyak, dukung anak lagi, dan macam2 ragam kita boleh lihat. Yang sedih nya pula ialah apabila econ ketapi problem semalam, tak berapa elok agaknya, so suhu meningkatlah dalam train sebab wap2x manusia "berkeliaran di sana-sini"(metefora ckit). Dan hati ini juga sedih melihat ramai muda-mudi macam mengabaikan solat je, tido tak bangun2, paling nampak ketera time subuh. Apepun perjalanan selama 12 jam kali ini aku gembira kerana dapat observe masyarakat yang pelbagai gaya dan cara bicara. Salam Berbahagia kepada semua Pengunjung Blog Saya.....................Bersama memartabatkan insan malang, (",)