Thursday, April 26, 2012

Cerita Angka

Cerita pertama Ia tentang duakosongsatu. Semasa diploma dulu, nombor bilik C-201, Ijazah L7-201 dan semasa pengajian di Sakuragaoka, Setagayaku Tokyo Japan pula nombor rumah 2B-201. Ia tentang kebetulan takdir untuk saya 201.

Cerita kedua. Entah kebetulan mahupun suratan. Angka nombor ini kerap terpai saya. Sejarah tertulis hari lahir saya jatuh pada hari 04 haribulan, nombor alamat rumah pula 004, kod program pengajian semasa diploma 04, kod program masa Ijazah Pendidikan pula 40, dan baru sahaja ke Mydin membeli Nomu Yoguruto (Minuman Yogurt) dan semasa diminta tinggalkan barang dikotak simpanan sebelum memasuki ruang belian barang, saya diberikan sekeping kad nombor dan nombor tertulis 004. Segalanya tampak kebetulan mungkin.

Tapi kelmarin bercerita kongsi pada teman tentang kisah nombor yang berlaku pada saya, lalu kebetulan pula didengari oleh insan lain disudut situ, dicatat nombor saya terkeluar dari cerita saya, kelihatan disalinnya, seakan mahu ada gaya ingin menikam nombor. Saya mula rasa resah, bersalah dan sedikit ada mungkin akan marah kiranya nombor itu ditikam judi. Segalanya kebetulan kisah benar tentang nombor datang terpa saya dan tentang cerita serta didengar olehnya. Semoga Allah sentiasa lindungi kita-kita.

* Nomu yoguruto adalah minuman amalan saya. Kerna ia mengandungi probiotik (bakteria baik) yang akan melawan dan 'bergomo' dengan bakteria jahat yang terdapat dalam sistem pencernaan tubuh badan kita.

Wednesday, April 18, 2012

Menanti Dibicarakan

Di kala menanti saat bahagia untuk Diijabqabulkan semakin tiba dan bakal menerima jemputan jelajah daerah baru, InsyaAllah, dan disaat menanti samada bakal dipilh sebagai penulis fenomena penganjuran Olimpik London dan InsyaAllah akan diterbangkan ke sana selama sebulan (sekiranya ada rezeki dipilih), ujian dari Yang Maha Esa datang menerpa ke dada diri. Amat perit untuk ditempuhi, difitnah lagi dengan pelbagai taburan pendakwaan.

Kelmarin CEO menghubungi dan menyatakan saya bakal dipanggil untuk diadili dan clarification. Janji mereka akan adili sebaik mungkin buat saya dan seolah macam yakin kebenaran di pihak saya. Apa-apa pun keputusan sedikit masa lagi, saya akan redha dengan ujian dan ketentuan Illahi. Semoga hikmah berbondong mendatangi saya kelak, InsyaAllah. Apa-apa pun, buat masa ini saya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang dilantik. Adakah menjalankan dan menguruskan program mega kerjasama dengan SME Corp hujung bulan ini adalah projek plan terakhir saya dalam amanah bermula Januari lalu sebagai perancang pembangunan program di sebuan NGO ini. Biarpun mereka bakal menyebelahi saya, tapi tiada akan tipu didada bahawa hati sudah kian tawar. Qalbu mana tidak terluka andai madu sesudu dihulur sudi, semangkuk cebisan kaca halus dibalas beri. Terima kasih pihak yang know the true and full version story. Cikguzam akan tiada putus asa, InsyaAllah. Terima kasih kepada Keluarga tercinta, bakal isteri tersayang dan sahabat handai teman-teman yang dikasihi sekalian. Aishiteru.

Tuesday, April 17, 2012

Senjamaya

Gembirakah bakal-bakal guru muda nan baru yang semakin hampir dipanggil. Menanti berita penuh kepalang debar. Pasti yang masih ada kiranya tertinggal lagi untuknya, terus terukir cerita-cerita kelabu senja maya. Tahniah kepada yang bakal berjaya, dan sabar berbisik kiranya ada tertinggal sementara.

Thursday, April 5, 2012

Hive of Activity

Sebuah kampung dipedalaman itu sedang sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti mulia yang amat murni, bagus dan bersepadu. Dari jauh ia mungkin bersifat Perlina, tapi bagi saya yang tahu akan usaha anda, saya tumpang bangga dengan kamu-kamu. Mungkinkah kita bertemu ? Tertemu atau ditemukan ?

Wednesday, April 4, 2012

Madu di Sukma

Sukma dalam hati letih lusu kadang-kadang dan kerap juga selalu berlaku. Sejak semejak dua menjak ini. Kesibukan yang melanda sinda adakalanya meletihkan jua. Sepanjang siang sibuk bekerja, malam ke rumah seperti yang diminta mengajar anak-anak mereka. Semalam petang, keluarga yang lain pula ada hubungi minta juga mengajar anak mereka malamnya. Termenung memikir memandu pulang petang semalam. Mungkinkah makin kerap akan terjadi bilangan rutin keluar selepas subuh dan pulang ke laman sewa di lewat malam. Adakah ia ada kiatan untuk ...have a bee in one's bonnet... demi masa depan kita. Ya Allah semoga Engkau sentiasa curahkan rasa indah bahagia dalam sukma di jiwa.

Mahu terima atau terpaksa mohon undur diri.