Tuesday, August 2, 2011

Cerita 1 Ramadhan dan Perginya Wak Yang Abid

Bulan Al-Mubarak kunjung datang lagi. Masih genki desu. Alhamdulillah syukur dengan peluang yang masih kau kurniakan Ya Illahi. Pertamanya ingin mengucapkan Salam Al-Mubarak kepada semua ahli keluarga, sahabat dan seluruh kenalan dan tetamu SSDL tanpa kira-kira di mana jua kalian berada. Saya sebagai hamba yang lemah dan banyak melakukan dosa, memohan panjat doa-doa moga dikuatkan iman yang sangat lemah ini.


Dengan berbaki kurang lebih 18 hari lagi di selatan ini, Alhamdulillah badan masih sihat dan dapat berlari rutini hari-hari yang didamba. Tidak selindung, jua ada rasa sedih untuk tinggalkan tanah selatan ini lebih-lebih lagi jiran-jiran warga tua emas sangat baik. Bulan sebelum Ramadhan lalu, boleh dikatakan mainichi (setiap hari) mereka hulurkan juadah buat bujang senang sepi ini. Wak Minah paling kerap, Wak Nisah dan Safari juga antara paling kerap ditambah pula dengan peramahnya Wak Samuri dan isteri, pakcik Hamdan sekeluarga memang tidak boleh dinafi keluarga baik hati.


Di Surau, semua tua-tua emas itu baik-baik belaka. Maafkan saya tidak dapat tunaikan minta-minta warga Wak-Wak emas sekalian untuk saya beraya di sini nanti kerna ssdl perlu pulang ke dalaman Cik Siti Wan Kembang bila tengahan Mubarak nanti. Dan, kepada Wak Nisah dan Suami, saya juga perlu minta maaf kerana soalan Wak tentang saiz baju melayu saya yang beberapa kali ditanya, masih saya tidak jawab dan sangat kerap saya berdalih tukar topik bicara. Wak, percayalah saya macam-macam-macam faham maksud wak, saya menulus nya saya tidak mahu susahkan wagra Wak.


1 Ramadhan kelmarin, terima kasih di atas 3 jemputan dari orang kampung sekalian yang satu pun saya tidak dapat tunaikan. Bukan tidak sudi, tapi saya sudah terjanji dengan kawan untuk berbuka puasa di luar. InsyaAllah, ini hari dan lain-lain hari saya akan terima datang jemputan. Pulang dari surau subuh 1Ramadhan itu, Wak Samuri memaklumkan bahawa Wak Yang Abid (pangkat saya iktiraf anggap) telah kembali ke Rahmatullah malam tadi. Agak terkejut tapi jauh di sudut hati bahawa bagusnya kehidupan Wak Yang Abid, dijemput Illahi dalam bulan yang sangat mulia. Semoga roh Wak Yang Abid ditempatkan bersama golongan insan-insan beriman Amin.


Pulang berbuka puasa di luar malam itu, setelah selesai mandi dan menunaikan 4 rakaat yang wajib. Wak Minah datang bersalam sahut dari luar., membawa tempe goreng berempah sama sambal kicap enak, nasi dan sayur berlauk. Terima kasih Wak, biarpun saya pulang dari satu janji bersama teman, tapi Wak masih simpan juadah yang masih panas biarpun malam yang nian saya pulang. Alhamdulillah, syukur Ya Rabb, nemukan sang bujang senang sepi di rantau orang bersama wali-wali baik hati.


* Ya Allah, sempena bulan baik mulia tinggi ini, kau ampunkanlah dosa-dosa banyak yang aku terlaku, juga yang terlibat pada ayah bonda dan saudara ku, kuatkanlah iman kami semua, kau tabahkanlah hatiku, jadikanlah aku anak yang soleh dan berbakalkanlah aku suami yang mithali kelak kiranya jodoh ku tiba, didiklah jiwaku ke arah kebaikan dan semakin menjauhi kemungkaran, terus tambah selalu kan lah install banyak rasa kasih sayang dan jiwa penyayang dalam diri ku ini agar ku bias tongkah arus hidup dengan penuh makna pada insan sepatutnya, murahkanlah rezeki ku dan keluargaku, dan aman tenang aslikanlah hidupku. Kepada Mu aku sangat sangat sangat memohon dan mendamba. Ya Allah.