Thursday, November 19, 2009

Memori

















Hati kecil ini teramat simpati, kesian dan sedih bila melihat beberapa orang murid darjah 6 (UPSR) di sebuah sekolah rendah yang aku mengajar sementara suatu ketika dahulu, masih tidak dapat membaca, mengeja dan menulis. Lantas sebelum meninggalkan sekolah itu untuk melanjutkan pengajian, aku mengambil keputusan untuk mendidik mereka seramai 9 orang murid. berbekalkan sedikait pengalaman menguruskan beberapa Program Motivasi di semenanjung aku jadikan bekal. Kesemuanya aku jaga mereka 9 hari 8 malam (mengajar membaca, mengaji Quran, memasak, melatih mereka bermain (riadhah), memberi motivasi kepada mereka, membawa mereka ke pasar untuk membeli barang, dan kami juga berkhemah pada malam ke - 8. Aduhhh, letih dan penat. Bukan senang menjaga 9 orang kanak2 yang pelbagai gaya selama 9 hari 8 malam hanya seorang diri. Aku sanggup lakukan semua ini seorang diri kerana bimbangkan masa depan mereka yang pastinya sangat mencabar.
* Bukan senang rupa2nya bagi ibubapa untuk membesarkan anak2.
****Ada baiknya juga aku dapat pengalaman ini walaupun masih bujang, aku pelajari banyak perkara................................ Bersama kita memartabatkan insan malang. Tak rugi menolong orang.

Saturday, November 14, 2009

Terima Kasih

Bebarapa hari yang lalu adalah antara hari yang mengembirakan dan membahagiakan diri dengan pehun erti. Kiriman hadiah melalui pos ekspress oleh seorang sahabat yang sangat setia dan bernilai. Inilah yang dikatakan hubungan yang dimpikan. Tak rugi kita berbakti dan suka menolong insan lain dan mewujudkan hubungan yang baik sesama insan. Semoga sahabatku insan yang tabah itu sentiasa cemerlang dalam hidup, dikurniakan nikmat kehidupan, keberkatan dan kebahagiaan. Amin.

Wednesday, November 11, 2009

Antara Malu dan "Malu"

Sejak kebelakangan ini ramai pula yang bertanya aku bagaimana untuk mendapatkan keberanian bercakap dikhalayak ramai dan yakin dengan kebenaran yang ada dalam hati kita. Kesemuanya aku beri jawapan yang sama iaitu doa, berusaha dengan gigih, perbanyakkan ilmu dan bersedia untuk "malu". Maksudnya kalau seorang pelajar mereka perlu sedar waktu sekarang kita kena berani untuk cuba bercakap dikhalayak ramai, berkongsi idea dan pandangan dengan masyarakat walaupun terpaksa malu dan ditertawakan orang, kerana malu sekarang adalah malu yang tidak akan memalukan maruah dan nilai hidup. Tetapi,,,,!!! andaikata sekarang kita asyik malu-malu untuk mencuba (di saat masa belajar), maka tunggulah bahawa kita akan benar-benar malu @ dimalukan bila kita tidak dapat melakukan sesuatu semasa dalam realiti kehidupan kerja sebanar. Itulah malu yang benar2 memalukan muka dan wajah diri kita. Jadi pilih lah samada "MAHU MALU SEKARANG, ATAU MAHU MALU SUATU HARI NANTI"

p/s : - Aku juga banyak melalui peristiwa memalukan (tapi positif) tetapi manjadikan aku lebih dewasa. Pernah peristiwa memalukan yang berlaku pada diriku dijadikan satu kisah cerita contoh oleh seorang motivator di negeri cik siti wan kembang.

Thursday, November 5, 2009

Pengkhianat Bangsa

Entahlah, sedih dan kecewa. Sesama bangsa dan agama pun nak berhasat berdengki dan sanggup menjatuhkan orang lain. Sanggup melakukan perkara yang bukan-bukan dan akan memudaratkan diri sendiri dan masa depan. Semakin umur mencecah dewasa, sikap semakin tidak matang dan suka menafikan hak orang. Aduhh, kesian pada insan yang menjadi mangsa. .,,,,,,,,Fitnah ! Penipu ! dan Kaki Bodek !

Bersabarlah wahai sahabat yang terpaksa menelan walaupun pahit.