Friday, July 27, 2012

Mula

Seakan tiada abar untuknya. Dengan rela hatinya tanpa disuruh, dia sudah mula berpuasa secara senyap tanpa pengetahuan keluarganya. Sungguh rasa terharu. "Takpalah awak cuba-cuba lah belajar berpuasa walaupun tanpa sahur dahulu, tidak mengapa untuk belajar. Awak makanlah sarapan pagi dan berpuasalah",celah ssdl. 

Harap suatu hari nanti dia akan memakai cerpu menyentuh wuduk.

Thursday, July 26, 2012

Kelmarin

Mulanya dia sentiasa pandang tenung semasa sesi sensei mengajar. Kelmarin dia datang dan banyak bertanya tentang Islam. 

Mulanya dia bertanya tentang puasa, kelmarin dia kunjung bertanya tentang cara mahu masuk (memeluk Islam). Dia senyum sedikit. Katanya. "Cikgu, macam mana nak masuk Islam? Saya minat dengan Islam", katanya. "Cikgu, boleh ajar saya tentang Islam?", sambungnya lagi. Aku mulanya hanya sekadar lempar senyum biasa, sedikit berlapik angguk dan menyebut "Ya, boleh, InsyaAllah", Islam itu indah dan tenang". 

"Nanti cikgu berikan kamu buku asas tentang Islam, kamu baca dan kalau ada apa-apa yang mahu ditanya bolehlah tanya saja cikgu dan cikgu akan jawab, sekiranya cikgu kurang arif, cikgu akan dapatkan jawapan dari yang lebih pakar dan alim dan cikgu akan sampaikan kepada kamu ya," kata ku berintonasi biasa-biasa. 

Sesekali hati ini mula terkenang niat kurang lebih 3 tahun dulu. Terhadir kah ia bersulam nan kini. Ya Rabb, sesungguhnya Engkaulah Maha Penyayang dan Pemberi Hidayah kepada yang Engkau mahu. Aku hanyalah hamba lemah yang amat, dhoif yang dasyat dan penanggung dosa yang banyak nilai tak terkira. Kau ampunilah dosa-dosa hamba yang serba tiada.

Tuesday, July 24, 2012

Sutrah

Tenang  salju sungguh diam dalam lantai bertiang banyak malam ini sambil menghadap sutrah-sutrah subjektif. Hikmah besar bila Junjungan Besar Muhammad menyata sabda bahawa perlunya ada Sutrah dalam mengerjakan amalan tiang agama. Pelana Kuda, Tiang, Dinding, Pohon, Tempat Tidur dan Orang yang duduk di hadapan adalah antara yang boleh dijadikan Sutrah. Tenang Malam Semalam yang tadi.

Sunday, July 22, 2012

Sembelihan

Ada juga terharu dicubit rasa-rasa. Secara seninya, sukar jua mendapatkan ayam halal disini yang benar-benar meyakinkan. Tetapi ada juga kalau sedikit usaha.

Kalaulah tidak salah atau terlupa, seorang Pakcik Pakar dari Jerman (Wilhelm Schulze) sendiri mengakui dan mengiktiraf bahawa cara sembelihan Islam adalah yang paling terbaik kaedahnya. Itu hasil kajiannya. Rajin Si pakar selidik masuk ke dalam.  Pepatah warga Nippon ada berkata… “Issyoukenmei benkyou shita node, yoku wakarimashita”.

Sesuai untuk mengucapkan terima kasih kepada MakcikCina yang sudi menjualkan kepada ssdl seekor ayam hidup. Untuk saya sembelih dan dibersihkan sempena Kelas Amali Sistem Pencernaan Bukan Ruminan. KeranaMu Allah, dari sensei untukmu gakusei. “Muslim no tame ni inoru”

Wednesday, July 4, 2012

Nota Buat Sayang

Alhamdulillah, aku syukur padaMu Ya Allah. Diatas kurniaanMu seorang bidadari surihati buat hambaMu ini.

Sayangku, abang dari jauh sangat merinduimu kasih. Mungkin takdir Illahi kita perlu redha berjauhan dahulu sayang. Agak berat dugaan kita. Ayah dinda sakit tenat sebelum kita diijabqabulkan dan pergi mengadap Illahi 10 hari selepas kita sah menjadi pasangan suami isteri dan kemudiaannya atas tuntutan tugas dan tanggungjawab...kanda berangkat ke Bumi Kenyalang dan meninggalkan sayang dahulu buat seketika. Sayang, jauh disudut hati abang sangat merindui sayang biarpun saban hari kita entah berapa puluh kali dalam sehari berbual dialam maya dari jauh. Sayang, abang sebenarnya bangga dapat bersama-sama sayang menjaga ayah kita sebelum dia pergi buat selama-lamanya baru-baru ini. Setiap hari musim indah pernikahan kita, kita berulang alik ke hospital dari jauh bermula pada hari kenduri di rumah kanda. Abang bangga dapat berbakti pada ayah sayang sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir. Masih teringat suasana kata-kata ayah dinda kepada kanda semasa arwah sihat, yang mahu kanda menjaga dinda dengan baik dan arwah sangat gembira menanti pernikahan kita. Segala kata-kata arwah dan harapan yang diberikan tidak akan kanda abaikan, InsyaAllah.

Dinda sayangku, biarpun kita jauh dimata tapi hati kita sangat dekat. Kanda di sini akan sentiasa setia pada dinda. Kanda tahu dinda seorang isteri yang baik, solehah dan taat serta jujur pada kanda. Setiap hari dinda meluahkan pada kanda kesedihan dinda kerana kita berjauhan dan mendambakan hasrat murni dinda untuk menjaga makan minum dan pakai kanda di sini. Semua itu sangat kanda hargai sayangku,......i love you so much, i really miss you. Indahnya kasih sayang cinta kita selepas nikah, nikmatnya Alhamdulillah. Dinda sayangku, dengarlah berita jiwa sayang buat dinda. Kerna kasih sayang, cinta sejati dan rindu kasih kanda pada dinda, kanda akan pulang untuk berjumpa dinda tidak lama lagi. Ya, biarpun sekadar untuk pulang 2-3 hari sahaja@masa yang singkat(cuti hari minggu) kanda sanggup menghabiskan wang untuk terbang dari jauh bertemu isteri tersayang. Abang pasti akan pulang untuk bertemu sayang minggu depan. Tidak sabar rasanya.

Sayangku, I LOVE YOU SO MUCH, I MISS YOU SO MUCH, ABANG BANGGA PUNYAI ISTERI YANG BAIK DAN JUJUR SEPERTI DINDA, Sayangku, anata wa totemo shinsetsu tou kirei desu,,,,AISHITERU...!!!!!!!!!!!!!!. Thank You Allah...... Semoga kita menjadi pasangan suamisteri yang always very much in love with each other dan menjadi pasangan yang a match made in heaven, Aminnn.  Biarpun dari jauh, abang akan sentiasa menggembirakan dinda......abang akan sentiasa membuatkan dinda ceria dengan suara abang. Nantikan kepulangan kanda wahai sayangku. Biar ia pertemuan singkat masa, dari jauh ku sanggup terbang demi kasih nan sayang. Ogenkide itte kudasai.....Shitsureishimasu.