Thursday, October 10, 2013

Temu Temuan

Tahun ini diamanahkan 3 kurasu@kyoushitsu untuk diuruskan bagi menghadapi PMR terakhir dalam sejarah negara. Juga mengawas dan mengiringi pergerakan soalan. 

Selesai mengawas semalam dengan kertas Bahasa Iban penutup tirai. Jika diamati, fenomena budaya carajawab pelajar SPM (semasa mengawas tahun lepas) amat berbeza gayajawab pelajar PMR terakhir didunia semalam. Juga akan dibandingkan observation yang bakal dibuat terhadap persekitaran SPM tahun ini yang akan ditugaskan bulan depan.

Kelmarin, panggilan telefon tentang jemputan menghadiri Seminar Pengurusan Disiplin dan Undang-undang, Kebangsaan yang mungkin menerbangkan hatimahu ke tanah sana semenanjung, itupun andai masih umur dipanjang.

Teringat semasa beberapa minggu lalu. Semasa hadir dalam kursus dan taklimat Literasi UndangUndang Pelajar, Kementerian Pendidikan. Banyak sutoori dan isu hangat didebat bincang. Pelbagai perundangan dikait undang. Cuma, yang tambahan rasa mengujakan ialah apabila seorang guru yang merupakan peserta telah membuatkan hatimahu sedikit terkejut dan agak tergamam. Mana tidaknya,... suaranya, loghatnya dan wajahnya mirip hampir samaserupa dengan seorang sahabat saya iaitu Tuan Cikgu Azmi. Sempat kami bergambar.