Saturday, October 31, 2009

Hiroko Otsu

Impian semakin menghampiri kenyataan, setelah pelbagai perkara aku usahakan untuk itu, dan persiapan yang semakin aku giatkan, beberapa petanda kian membawa aku ke sana. Isnin pagi, pertemuan seperti yang dijanjikan antara aku dan Otsu. Hiroko Otsu merupakan pelajar tunggal berbangsa Jepun yang kini sedang berada di Kampus ku, menuntut ilmu di sini buat seketika waktu sebelum kembali pulang ke negara Matahari Terbit itu. Pertemuan aku bersama Hiroko Otsu adalah atas dasar beberapa perkara penting ke arah aku mencorak masa depan yang lebih gemilang buat dunia ini...! Yang pasti, pelbagai cabaran yang sudah aku JANGKA perlu aku tempuhi. Aku perlu bersedia untuk 3 perkara (sebelum, semasa, dan selepas).
Antara Aku, Hiroko Otsu dan "TUA".

Thursday, October 29, 2009

Ku Cari Air

Ketika sedang kusyuk mengulagkaji di library, tetiba Sms yang diterima jam 3.30 petang dari seorang sahabat yang memaklumkan bahawa tiada air d kolej kediaman dan mungkin untuk beberapa hari. Aku hanya senyum (tapi dalam hati terfikir, kat mane laaa aku nak mandi, hik..hik)- Air di sekitar UPM dijangka tiada sehingga Rabu.aku lupakah hal sumber segar itu dan terus fokus pada study, study dan study...
4.25PM - Aku ke surau library untuk solat asar bersama seorang sahabat - masa mengambil wuduk, air di sini juga semakinkehabisan, mengalir perlahan.
5.00PM - Aku menduduki peperiksaan akhir HRT
6.30PM - Peperiksaan selesai
6.45PM - Aku ke Cafe Ekonomi untuk minum dan terus menunaikan solat magrib di surau Fak. Eko. Semasa ke tandas, aku TERKEJUT BERCAMPUR GEMBIRA bila melihat semua paip dalam setiap tandas dan setiap sinki terbuka dan air mengalir keluar bersama "pembaziran"!! Aku segera masuk ke setiap tandas untuk menutup semua paip itu begitu juga dengan paip2 sinki. (",) hatiku puas dan lega dapat peluang lakukan amal secara spontan begitu.
7.30PM - setelah selesai solat magrib aku terus ke Kompleks Akademik Pusat, Peperiksaan "Testing and Evaluation" bermula jam
8pm-10.30pm10.45PM - pulang ke kediaman, dengan harapan ingin menjamah air untuk mandi dan menyegarkan tubuh (setelah tak pulang dari pagi)
11.00PM - Alamakkkkkkkkkk......!!!!!!!! Air masih takdeee,,!! Arghhhhhhhhhh!!!! Pelik rasa, sebentar tadi di Fak. Eko, air yang melimpah ruah keluar dari semua dan setiap paip seolah-olah memberi maksud, "air sudah ada" dan mungkin tadi semua pengguna terlupa untuk tutup paip bile buka air tiada, tapi sangkaan ku meleset, air sebenrnya masih tiada ! Aku rasa tak sedap badan, tak selesa,, AKU PERLU CARI AIR MALAM INI !
12.20AM - aku hubungi sahabatku di Kolej 6 dan tanya tentang AIR, katanya AIR ada di sana,. YES, YES aku tersenyum puas gembiraaaa !!
12.25AM- Aku bergegas ke Kolej 6 bersama Azmi menaiki motor, untuk "BERTEMU AIR".

* gembira rasa dapat menyegarkan dan membersihkan diri dengan air suci, Alhamdulillah,.* Aku bawa pulang 2 botol besar air sebagai bekalan untuk wuduk subuh esok. - Hati gembira, riang dan puas, walaupun telah lewat malam tapi kerana niat ingin membersihkan diri, menyegarkan diri dan mencari bekalan untuk wuduk di esok hari, Allah temukan aku dan azmi kepada air. Terima Kasih kepada Hafiz kerana sudi menerima tetamu ini hanya kerana "AIR".

Saturday, October 24, 2009

Jasa Sukri, Kerana Kejutkan Subuh Bersama Aku

Perjalanan pulang petang Jumaat tadi setelah perbincangan kali ke-3 untuk urusan itu bersama Ketua Jabatan yang telah selesai tepat Jam 4.47pm.

Sambil menunggu bas, tetiba aku terkenangkan Sukri, seorang sahabat yang tabah di zaman persekolahanku dahulu. Beliau bersama aku pada ketika itu sama2 terlibat dalam urusan mengimarahkan surau sekolah. Suatu malam aku dikejutkan oleh seorang sahabat yang meminta aku agar selamatkan Sukri yang sedang "dibelasah"oleh 5 orang pelajar samseng di asrama, aku dengan pantas segera ke tempat kejadian dan teramat simpati melihat keadaan sukri pada ketika itu. "Mereka memukul sukri kerana marah pada SUKRI dan AKU yang setiap pagi kejutkan palajar asrama untuk bangun menunaikan Solat Subuh.". Dasyatkan, kebencian yang kami terpaksa telan....??? Aku terus meleraikan pergaduhan itu melalui perundingan dan membawa sukri ke bilik aku dan ku kunci (memandangkan bilik Ketua Asrama dan Pen., dikhaskan untuk 2 orang sahaja, roomate aku pulang kerana demam). Aku sedih melihat wajah sukri yang lebam dan luka2. Lantas aku ambil uabt dan sapukan pada kawasan yang tercedera itu. Pada ketika itu, air mata sukri berlinang tanpa sepatah kata, kami hanya saling memandang. Dan secara tiba2 sukri memberi tahu aku bahawa dia sudah tidak sanggup lagi untuk bersekolah, dia ingin berhenti sekolah dengan segera. Macam2 dugaan yang kami lalui bersama, Sukri mahu pulang malam itu juga. Tapi aku melarang, aku menghalang dan berjanji untuk sama2 mengharungi masalah itu. Dammm,,,,!!!!! pintu bilikku ditendang kerana samseng2 itu masih belum puas hati, dan ingin terus membelasah sukri dan aku, aku tidak menghiraukan semua itu! dan kemudian mereka beredar. Dan akhirnya kami terlelap dan apabila aku tersedar pada jam 5 pagi, aku dapati sukri sudah tiada,,,! Puas aku mencarinya, tapi gagal ditemui. Bimbang juga kalau2 berlaku sesuatu yang kebih buruk padanya. Keesokkannya kes ini kecoh di sekolah, dan samseng2 itu ditangkap. Kehilangan sukri sebenarnya adalah "dia telah pulang ke kampungnya sendirian pukul 4am lebih seorang diri, dalam kegelapan meredah hutan mengikut jalan singkat (jalan balak tanah merah). Kasutnya penuh lumpur dan beliau nekad untuk pulang juga. Setelah puas ku pujuk akhirnya sukri kembali ke sekolah seperti biasa dan menduduki SPM bersama aku. Terima kasih dan Tahniah SUKRI,> SEMOGA HIDUP MU KINI SENTIASA DALAM KEBERKATAN DAN BAHAGIA BERSAMA ISTERI TERSAYANG.

Saturday, October 17, 2009

Harapan Dan Impian

Semalam proses untuk perkara dan urusan itu telah aku mulakan, dan aku akan terus lakukan, kerana ia adalah impian untuk mencorak masa depan yang lebih bernilai. Segalanya akan aku harungi, sebab itu aku sanggup usaha untuk itu. Terima kasih di atas sokongan dan galakkan dari 6 orang utama yang terlibat dalam merestui usaha murni ini. Aku harap berjaya untuk "impian itu". Ya Allah, padaMu aku memohon.

Tuesday, October 13, 2009

Jemputan Doa

Petang sebentar tadi, ketika baru sahaja memasuki bilik setelah pulang dari kuliah sejak pagi tadi dan ingin aku berehat sebentar sebelum menunaikan solat Asar dan untuk ke kelas seterusnya,.. Deria telefon ku berbunyi dan ku lihat pada skrin tertera seorang nama sahabat ku.

Assalamualaikum Ropi..."sapa nya

Waalaikumussalam,"aku.

Ropi, kau free tak Khamis pagi?" dia

Aku free je, tapi Khamis ade kelas kul 10 pagi, tapi kenape tetiba tanya aku free pagi khamis ni?"aku ingin kepastian.

Macam ni, Pejabat Masum ade nak buat sedikit Jamuan EidulFitri Khamis pagi dalam kul 9.30 nak start, jadi nak minta kalau kau boleh untuk baca doa pada majlis tu, boleh tak??

Ohhhhh, gitu, InsyaAllah, boleh je, tapi lepas tu aku nak cepat la sebab aku ade kelas, ok berezz nanti aku datang,"jawabku.

"Dalam hati kecilku, aku terfikir sesuatu, aku patut bersyukur sangat2 pada Illahi kerana di jemput untuk membacakan doa pada majlis yang sudah pasti nya akan dapat mengeratkan ukhwah silaturahim sesama insan ini.

Dan kepada semua staf Masum dan sekelian yan terlibat, semoga anda semua berbahagia selalu dan dikurniakan nikmat hidup yang sejati, Amin. Semoga kejayaan milik kita bersama................................................................................

Terima Kasih kerana sudi menjemput insan kerdil ini.

Monday, October 5, 2009

Semoga Ikatan UKhwah Terjalin

Alhamdulillah,,,, bersyukur dan gembira rasa dihati kerana program untuk merapatkan ukhwah antara pelajar-pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian UPM berjalan dengan lancar. Bermula dengan acara permainan sukaneka di sebelah pagi, dan kemudian diiringi dengan sambutan Hari Raya EidulFitri. Terima kasih dan setinggi peghargaan diucapkan kepada semua sahabat yang sudi meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam program ini. Semoga dengan pertemuan ini ikatan ukhwah antara kita semakin terjalin dengan baik dan dapat menambahbaikan segala urusan seharian kita, InsyaAllah. Dan kepada sahabat-sahabat semester 4, sangat tinggi penghargaan sekali lagi ucapkan,,,,,,,,,walaupun last minit, kirenye jadi gak la ye persembahan sajak team kite,,,hahahah,,,,, nak abis suara saya rase,...hahaha. Dan pada yang cakap suara saya masa bersajak lain dari biasa tu, maaflah ye,,,,,,,saya ni banyak software,hik,,hik.... dan ter"emosi" mase bersajak tu, maklumlah dah lame tak bersajak nii. Dah hampir 6 tahun tak buat persembahan sajak (",). Cume time nyanyi lagu nashid tu suara memang dah tak brape nak keluar dah,,,,,,,haha. "SELAMAT BERBAHAGIA BUAT SAHABAT SEMUA, SEMOGA HIDUP DIBERKATI"........ Aminnnn.