Thursday, October 29, 2009

Ku Cari Air

Ketika sedang kusyuk mengulagkaji di library, tetiba Sms yang diterima jam 3.30 petang dari seorang sahabat yang memaklumkan bahawa tiada air d kolej kediaman dan mungkin untuk beberapa hari. Aku hanya senyum (tapi dalam hati terfikir, kat mane laaa aku nak mandi, hik..hik)- Air di sekitar UPM dijangka tiada sehingga Rabu.aku lupakah hal sumber segar itu dan terus fokus pada study, study dan study...
4.25PM - Aku ke surau library untuk solat asar bersama seorang sahabat - masa mengambil wuduk, air di sini juga semakinkehabisan, mengalir perlahan.
5.00PM - Aku menduduki peperiksaan akhir HRT
6.30PM - Peperiksaan selesai
6.45PM - Aku ke Cafe Ekonomi untuk minum dan terus menunaikan solat magrib di surau Fak. Eko. Semasa ke tandas, aku TERKEJUT BERCAMPUR GEMBIRA bila melihat semua paip dalam setiap tandas dan setiap sinki terbuka dan air mengalir keluar bersama "pembaziran"!! Aku segera masuk ke setiap tandas untuk menutup semua paip itu begitu juga dengan paip2 sinki. (",) hatiku puas dan lega dapat peluang lakukan amal secara spontan begitu.
7.30PM - setelah selesai solat magrib aku terus ke Kompleks Akademik Pusat, Peperiksaan "Testing and Evaluation" bermula jam
8pm-10.30pm10.45PM - pulang ke kediaman, dengan harapan ingin menjamah air untuk mandi dan menyegarkan tubuh (setelah tak pulang dari pagi)
11.00PM - Alamakkkkkkkkkk......!!!!!!!! Air masih takdeee,,!! Arghhhhhhhhhh!!!! Pelik rasa, sebentar tadi di Fak. Eko, air yang melimpah ruah keluar dari semua dan setiap paip seolah-olah memberi maksud, "air sudah ada" dan mungkin tadi semua pengguna terlupa untuk tutup paip bile buka air tiada, tapi sangkaan ku meleset, air sebenrnya masih tiada ! Aku rasa tak sedap badan, tak selesa,, AKU PERLU CARI AIR MALAM INI !
12.20AM - aku hubungi sahabatku di Kolej 6 dan tanya tentang AIR, katanya AIR ada di sana,. YES, YES aku tersenyum puas gembiraaaa !!
12.25AM- Aku bergegas ke Kolej 6 bersama Azmi menaiki motor, untuk "BERTEMU AIR".

* gembira rasa dapat menyegarkan dan membersihkan diri dengan air suci, Alhamdulillah,.* Aku bawa pulang 2 botol besar air sebagai bekalan untuk wuduk subuh esok. - Hati gembira, riang dan puas, walaupun telah lewat malam tapi kerana niat ingin membersihkan diri, menyegarkan diri dan mencari bekalan untuk wuduk di esok hari, Allah temukan aku dan azmi kepada air. Terima Kasih kepada Hafiz kerana sudi menerima tetamu ini hanya kerana "AIR".

11 comments:

cikmanggis said...

Sebagai seorang suri rumah ketiadaan air bermakna dapur takkan berasap:(

NJ said...

salam tuan rumah CIKGU ZAM..
saya datang berkunjung balas atas kunjungan ke rumah saya yer..timakasih komen dr cikgu zam
smga persahabatan terjalin kekal antara kita..

Annur_syahmah said...

salam.hmm.ngatkan kami bertiga je merantau cari air malam2..rupanya cikgu zam& the gengpun sama,kami,ketiga2 prof ke kolej 13 malam2..alhamdulillah,jumpa air kat sana.yang pelik,knape kolej kita je yang xde air..

Cikgu Zam said...

cikmanggis yang budiman,
air sangat penting untuk orang yang benar2 menghargai tanggungjawabnya macam cikmanggis. semoga kesulitan yang dirasai dapat menambah kekuatan hati.

NJ yang dihormati,
hati kecil ini sangat terharu dengan kesudian ikatan ukhwah yang diundang. Semoga kehidupan kita diberkati. Hidup ini sebenarnya klu kita selalu merenung sungguh nikmat,

Annursyahmah yang prihatin,
Tahniah, sebenrnya kesanggupan anda dan sahabat mencari air untuk semua itu sebenarnya satu kekuatan diri yang kurang disedari oleh kbykkn insan, nampak macam biasa tapi ia satu pengorbanan yang kita buat kerana kita prihatin pada diri kita.

geraugebang said...

bukan ke kat UPM, depan tu ada tasik. Cebur badan dalam tu pun ok kan. Boleh berendam lama-lama. Tak gitu cikgu.

NJ said...

salam cikgu zam..
akak ni blogger baru nak belajar merangkak2...nak tau la camane nak jadi follower cikgu zam dan nak view blog cikgu kat umah saya sbb x nampak cara kat sini..harap beri tunjuk jalan yer..terimakasih sudi jengah umah saya..smga ukhwah antara kita kekal berpanjangan..aminn

Cikgu Zam said...

geraugebang,
tasik UPM memang ade, tapi tak boleh main terjun je, nanti ikan marah, dituduh mengendap ikan mandi, (",)

NJ,
puan boleh cuba langkah ini ye.
1)tambah pada gadget saya punya blog web iaitu doazamasjid.blogspot.com
just copy and pada puan punya blog pada "my blog list" pada gadget tadi.

2)untuk follower tu, saya dah cuba letak pada blog saya, tapi sehingga kini masih problem. walaubagaimanapun, puan boleh save saja alamat blog saya pada blog puan pada ruang "my blog list" seperti yang saya jelaskan tadi.

buat puan NJ, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian Puan untuk mengunjungi blog saya ini. BERSAMA KITA MENIKMATI HIDUP BERJIWA MURNI,
perjalanan insan di dunia ini sentiasa penuh dengan liku yang unik.....ilmu dan pengalaman mampu mengubah hidup kita. Selamat Maju Jaya Puan.

Anonymous said...

salam..sedihnye takde air..tapi mase tu la kan kita belajar mcm mane hidup susah. x de air..mase tu gak kita tau betape kita perlu hargai air. ape yang di kurniakan ALLAH sgt berguna utk hambaNYA.

Cikgu Zam said...

Dahlia,
betul tu, caba bayangkan orang zaman sekarang yang hidup masih susah di pedalaman, saban hari mereka menempuhi kehidupan yang diredahi dengan krisis air, sandara kita yang berada di negara yang kering kontang dan masalah krisis AIR BERSIH, Aduhhhh, sedih hati mengenangkan. Kita di MALAYA, wajar sangat bersyukur....

rudy bluehikari said...

dua botol air diisi air mutlak mengingatkan saya kehidupan di Fukushima yang tandas awamnya tiada air. Satu untuk wuduk. Satu untuk istinjak.

Cikgu Zam said...

tuan rudy,
Baguslah tuan nii,