Wednesday, November 11, 2009

Antara Malu dan "Malu"

Sejak kebelakangan ini ramai pula yang bertanya aku bagaimana untuk mendapatkan keberanian bercakap dikhalayak ramai dan yakin dengan kebenaran yang ada dalam hati kita. Kesemuanya aku beri jawapan yang sama iaitu doa, berusaha dengan gigih, perbanyakkan ilmu dan bersedia untuk "malu". Maksudnya kalau seorang pelajar mereka perlu sedar waktu sekarang kita kena berani untuk cuba bercakap dikhalayak ramai, berkongsi idea dan pandangan dengan masyarakat walaupun terpaksa malu dan ditertawakan orang, kerana malu sekarang adalah malu yang tidak akan memalukan maruah dan nilai hidup. Tetapi,,,,!!! andaikata sekarang kita asyik malu-malu untuk mencuba (di saat masa belajar), maka tunggulah bahawa kita akan benar-benar malu @ dimalukan bila kita tidak dapat melakukan sesuatu semasa dalam realiti kehidupan kerja sebanar. Itulah malu yang benar2 memalukan muka dan wajah diri kita. Jadi pilih lah samada "MAHU MALU SEKARANG, ATAU MAHU MALU SUATU HARI NANTI"

p/s : - Aku juga banyak melalui peristiwa memalukan (tapi positif) tetapi manjadikan aku lebih dewasa. Pernah peristiwa memalukan yang berlaku pada diriku dijadikan satu kisah cerita contoh oleh seorang motivator di negeri cik siti wan kembang.