Monday, July 26, 2010

Rasa

Pening macam bagai ragam perkara, masam tension , pahit tension, serabut tension. Minggu-minggu yang memenatkan. Aduh, membuatkan kalbu rasa sudah lain. Susah membuat gambaran, tapi hati perlu tahan. Terpaksa hunus dengus walau bukan sebaik luah.

Tuesday, July 20, 2010

Tebas Jalan

Terima kasih dan setinggi penghargaan di atas kerjasama para pegawai dari University Taiwan dengan Kerjasama CIP Japan yang telah menghantar email kepada saya dan pelawaan ke Fuji Yama. Terima kasih juga email yang dihantar yang menyatakan makanan yang disediakan khas kepada muslim yang seorang ini dan jaminan tiada kandungan haiwan untuk saya. Terima kasih yang faham, tahu dan menghargai usaha saya pupuk semua hubungan ringkas ini. Harap anak melayu lebih senang selepas ini, berani datang, tempuh sedikit jalan yang sedang saya tebas ini.

Saturday, July 10, 2010

Gadis Itu

Drama dalam densya (train). Selepas solat Jumaat, hayun kaki seorang ke eki (train station) dan kooardinat aku adalah berdekatan (di hadapan) gadis itu menuju ke penghujung stesen sebelum perlu tukar densya untuk ke gudang produk halal itu. Kelihatan gadis itu sangat keletihan dan tertidur. Kesian melihatnya. Entah apa yang dilemanya, mungkin sedang memikirkan masalah masa depannya (mungkin). Tertidur dia, lalu apabila sampai ke penghujung stesen itu, dia masih lena. Dan aku menyunting sebatang pen di kocek baju lalu menyentuh sedikit beg nya untuk kejutkan dia. "Sumimasen, sinjuku ni tsukimashita," aku. "Aaa, doomo arigato gozaimasu", dia (lantas bangun segera dan keluar)

Wednesday, July 7, 2010

Aura Tekanan

Dua tiga minggu ini tidur bagai bukan rehat lagi. Tidur hanya kerana letih berfikir, laku-laku kerja dan berkerah saraf minda supaya buat yang baik, terbaik dan lebih baik. Tersedar dalam gelita, kepala teringat kerja mencabar itu, dalam berat bangun sambung buat, kerah, pening, buat juga. Aduh, tekanan juga, mencabar seminggu dua, tiga dan empat lima enam ini. Tak sanggup biarkan maruah negara tercinta tergadai, lebih ketara bila hanya seorang sahaja Muslim untuk arca acara ini. Tak sabar menanti tunggu kunjung tiba bau-bauan saat tenang hampiri, datang lah kepada Ropi. Ropi sudah 2 kali tak merasa cuti panjang musim di kampus. Semua kerana gara-gara cari kursus sendiri dan merantau pergi.

Sunday, July 4, 2010

Terlupa, nasib baik ada "Si Termurah Berguna"

Kalau tidak kerana email dari Furuta-san (Pegawai, International Departmant, Tokyo University of Agriculture) dan kehadiran beberapa sms dari sahabat Malaysia ke kantung mobile "pakej termurah di Japan" ini (beli sebab bimbang emergency dari Malaysia), (jenis pakej - prepaid @ boleh terima sms dari Malaysia tapi TAK BOLEH BALAS SMS KE MALAYSIA @ klu call mahal "membadak" @ boleh call dan terima call dari Malaya @ boleh kirim sms dan terima sms dari Syarikat telekomunikasi yang sama sahaja di Japan @ perlu topup at least 3000 yen = lebih kurang RM 110, dalam masa 2 bulan), diri langsung sangat-sangat terlupa bahawa 4 Julai adalah tarikh lahir budak kampung ini. Teringat jua sabahat sekuliah di Malaysia yang sana tarikhnya dengan diri. Selamat Hari Lahir jua buat "Firdaus Slancar"-semoga panjang umur, murah rezeki, doa baik dimakbulkan, mendapat isteri solehah, dan semuaaaaa lah yang molek @ baik belaka ye. Terima kasih sahabat dan Furutan-san atas Ucapan otann jyoubi omedetou yang dihulurkan dan harapan yang digambarkan.
p/s - Kepada sahabat-sahabat di Malaysia yang pernah mendapat sms daripada saya sepanjang saya berada di bumi matahari terbit ini, sms yang dihantar adalah saya menggunakan capaian software skype di internet.