Friday, October 18, 2013

Teduhan Kasih

Tidak mudahan untuk menyiru-nyiru hati, biarpun beras mudah ditampi nyiru. Menungan malam dinihari dalam inspirasi hati Alhamdulillah ditunaikan pemilik alam. Sejak dulu, hatimahu sering mahu adil pada diri sendiri dan mencari peluang ingin bantu sesama insan. Indah nikmat hidup ini.

Semakin hari, semakin pelbagai ruang muang untuk berkebajikan hadir bersama hatimahu. Begitu jua dengan Inspirasi Teduhan Kasih hatimahu bersama anak-anak yatim september lalu. Tidak lupa jua penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua sahabat dan kenalan yang sudi ikut bersama saya dalam menjayakan niat hati memberi teduhan kasih kepada anak-anak itu. Kesudian tuan puan bersama saya memandu jauh ke kediaman kebajikan anak-anak yatim amatlah saya hargai dan diletak ditempat tinggi.

Salju hatimahu dapat menjalankan sehari program inspirasi hati sendiri, bermula siang hingga ke malam. Ya, ia hadir dan pergi dengan indah.

Mana tidaknya, hatimahu rasa sesejuk nian indah terbunga bila dapat bersama mereka, menyampaikan ceramah dan membengkelkan mereka dengan bait-bait motivasi, bermain dan bergurau bersama mereka, berbicara dari hati ke hati bersama mereka, makan bersama, solat berjemaah dan sunat hajat bersama, berdoa bersama, bergurau bersama, saling menyuap kuih bersama mereka, dan saling menasihati hatihati mereka dan kita. Syukur dan syukur selalu.

Sesekali, seperti sepi malam ini, ku terbayang rindu kembali pada saat saat bersama mereka. Ada indah dalam hati. Mencintai dan menyayangi hati anak-anak yatim adalaah inspirasi hatimahu.