Thursday, May 10, 2012

Buat Tuan

Serba salah terasa. Mahu maklumkan atau tidak. Tapi atas dasar sahabat saya jemput. Biarpun sedar tuan sukar untuk datang kerna dalam keadaan tidak mengizikkan. Saya jemput atas dasar hormat dan persahabatan. Saya akan tetap sentiasa doakan tuan di sana. Kita sentiasa berbual hanya melalui phone dari jauh. Saya tahu tuan kuat dan tabah. Saya sangat hormat tuan. Harap tuan tidak bersedih. Saya yakin tuan akan melihat kembali dengan penuh sinar suatu masa nanti. Ikhlas dari hati saya buat tuan harapan yang sentiasa didoakan. Amin.

Monday, May 7, 2012

Masih

Debu rindu putih terbang dari jauh kian kembang. Rindu putih tak tenggelam dek keseorangan hayunan langkah sepasang kaki di pantai sisiran semalam.

Larian kekanak bersama wau warna warni nya tak mampu menjadi ubat rindu di pantai itu. Setiawan dari jauh buat sekuntum. Masih dipisah dek hukum suci alam.