Thursday, November 19, 2009

Memori

















Hati kecil ini teramat simpati, kesian dan sedih bila melihat beberapa orang murid darjah 6 (UPSR) di sebuah sekolah rendah yang aku mengajar sementara suatu ketika dahulu, masih tidak dapat membaca, mengeja dan menulis. Lantas sebelum meninggalkan sekolah itu untuk melanjutkan pengajian, aku mengambil keputusan untuk mendidik mereka seramai 9 orang murid. berbekalkan sedikait pengalaman menguruskan beberapa Program Motivasi di semenanjung aku jadikan bekal. Kesemuanya aku jaga mereka 9 hari 8 malam (mengajar membaca, mengaji Quran, memasak, melatih mereka bermain (riadhah), memberi motivasi kepada mereka, membawa mereka ke pasar untuk membeli barang, dan kami juga berkhemah pada malam ke - 8. Aduhhh, letih dan penat. Bukan senang menjaga 9 orang kanak2 yang pelbagai gaya selama 9 hari 8 malam hanya seorang diri. Aku sanggup lakukan semua ini seorang diri kerana bimbangkan masa depan mereka yang pastinya sangat mencabar.
* Bukan senang rupa2nya bagi ibubapa untuk membesarkan anak2.
****Ada baiknya juga aku dapat pengalaman ini walaupun masih bujang, aku pelajari banyak perkara................................ Bersama kita memartabatkan insan malang. Tak rugi menolong orang.