Thursday, August 29, 2013

Muhamad Muaz Talhah

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi yang Maha Kuasa. Putera Daie sulung saya dan zaujah selamat dilahirkan 10 hari lalu dalam keadaan sihat.

Mengimbau kembali saat-saat kelahiranya minggu lalu, Dr.Ustaz Muhamad Muaz Talhah bin Mohd Ropizam ini (InsyaAllah)..., bagi saya lahir bukan sahaja sihat bahkan melalui pengalaman dilahirkan dengan sungguh bermakna  dalam suasana penuh Islamik. Saya sendiri berada di dalam bilik bersalin hospital dan melihat sendiri semua proses yang berlaku sambil memberikan semangat motivasi buat zaujah tersayang semasa hendak melahirkan Muhamad Muaz Talhah. 

Pertama, saya sangat kagum dan puji sikap yang ditunjukkan oleh Puan Dr (Doc) dan para jururawat nya (3 orang) yang sentiasa berzikir, membaca doa dan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum dan semasa "proses kelahiran" berlaku. Mereka begitu cermat menjalankan tugas dengan penuh ketekunan sambil membaca doa-doa dan zikir. Wajah-wajah mereka jua sungguh laksana tenang. Saya melihat dengan penuh syukur.

Kedua, disaat beberapa saat selepas dilahirkan dan semasa Puan Dr.(Doc) menyerahkan  Muhamad Muaz Talhah  kepada saya untuk saya dukung buat kali yang pertama....dan pada ketika itu Muhamad Muaz Talhah sedang menangis, saya memandang wajahnya dengan penuh syukur pada Illahi...dan di saat beliau menangis itu dan sebaik sahaja saya melaungkan azan ke telinganya... serta merta beliau berhenti menangis dan saya melihat wajahnya dengan tenang dan sejuk, tiada kata yang indah melainkan lafaz Alhamdulillah.

Tidak hairanlah, saya kini sentiasa merindui Zaujah dan Muhamad Muaz Talhah yang kini berjauhan. Baru sahaja mendarat datang ke Miri, tapi hati kembali rindu bagai mahu pulang kembali untuk masa dekat ini, InsyaAllah akan ku pulang minggu depan yang satu lagi walaupun untuk 2...,3... hari. Rela ku letih demi keluarga tersayang. Sebuah pengorbanan mencari rezeki di bumi yang berjauhan.

*Buat surihatiku dan Dr. Ustaz Muhamad Muaz Talhah,..... Aishiteru...!!!



Thursday, August 1, 2013

Tentang Terpugau

Mencubit rasa dan menongkah usia muda. Yang telah  terpugau  jelas kadang-kadang manusia teralpa. Itu bisikan ringkas semalaman yang diteman fikirkan semasa melayan kenangan mimpi yang dihadirkan apabila melihat wajah si mati mirip wajah sendiri. Ia jelas benar-benar  terpugau. Syukur ia indah. Ia tentang Kasih Sayang.

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini terisi dengan impian  hatimahu. Diberi peluang oleh-Nya untuk mencurah bakti dan sedikit ilmu dan doa kudus. Terima kasih yang sudi mendengar tazkiran kuliah saya setiap tengahan pagi Jumaat, yang sudi hadir kelas bengkel Khat saya, yang sudi bertadarus bersama saya, yang sudi berjemaah dan tarawikh bersama saya, yang sudi menghadiri bengkel solat anjuran kami, yang sudi menjemput saya untuk imami tarawikh kita bersama, yang senangsudi menerima pujukan saya menyentuh kulit anda untuk wuduk mu, dan tidak lupa jua kepada pihak sekolah luar bandar yang sudi menjemput saya menyampaikan ceramah Nuzul Quran dan Hala Tuju Pemikiran Pelajar Islam. Jasa kalian subete tidak akan saya lupakan. Ia juga tentang Kasih Sayang.

Alhamdulillah, rasa tenang dijiwa menghitung tiba waktu pulang untuk bersama keluarga tercinta dan zaujah tersayang. Juga tentang Kasih Sayang.