Wednesday, September 16, 2009

Cerita mereka yang 'pergi'

"MIMIM, puasalah. Kalau Mimim puasa, Mimim dapat pahala. Bila Mimim dapat pahala, Abi dengan Ummi pun dapat pahala. Mimim, sayang Abi kan?" pujuk seorang bapa yang membahasakan dirinya 'Abi' kepada anaknya yang berusia lima tahun. Pujukan agar anak kecil itu berpuasa dilafazkan si bapa pada Ramadan tahun lalu.
Tahun ini, kata-kata pujukan itu hanya tinggal kenangan dalam diri Mimim atau Sofiah Munawwarah Asri, 6. Suara lembut itu tidak lagi kedengaran kerana bapanya, Ustaz Asri Ibrahim telah 'pergi tak kembali' pada 13 Ogos yang lalu, kurang dua minggu sebelum Ramadan menjengah. Asri, 40, yang merupakan vokalis kumpulan nasyid Rabbani meninggal dunia akibat serangan jantung.
Mungkin sukar buat Mimim melupakan memori bersama bapanya yang menjadi tempat bermanja. Apatah lagi, Mimim akrab dengan bapanya.

Monday, September 14, 2009

Dialek Pusaka

Suatu hari aku menyapa sahabatku yang sedang termenung, (beliau berasal dari Pahang)
Salam,,,,,,amboii, lame termenung? kataku sambil tersenyum.
Wslam, eh dah lame ke sampai,? jawab beliau..
saje je boring laaa, hehe.."tambah beliau lagi.
Dia adalah antara sahabat karibku (di zaman aku belajar diperingkat Diploma dahulu, dan kini aku kembali semua ke UPM tetapi tanpa beliau kerana beliau sudah tamat pengajian dan kini sedang bekerja,) yang sangat suka dan berminat untuk bercakap "dialek kelantan" lebih-lebih lagi ketika bersama aku, berbual bersama aku. Selepas berbual beberapa katika, kami ke Bukit Ekspo UPM untuk bersiar-siar sambil merehatkan minda. Ketika sedang berjalan, kami terserempak dengan sebuah keluarga yang juga sedang bersiar-siar di situ. Kami terdengar perbualan mereka yang rancak dan sahabat ku sangat terkejut secara tiba-tiba. Katanya,,,,,,,,, "Wouuuuuuuuu hebatnye budak kecil tuuuuuuuu, kecil2 pun dah pandai cakap dialek kelantan", sambungnya lagi,,,,,,,"aku yang dah besar ni dah banyak kali mencuba, tapi tak fasih2 lagi". kata2 sahabatku itu membuatkan aku tergelak seketika,,,,,,,,,, lantas aku menjawab,,, "Memanglaaaaa budak kecil tu fasih, sebab die anak jati kelantan" balasku sambil ketawa.

Friday, September 11, 2009

Inspirasi Si Adik Bongsu

"Salam, cham (nama samaran beliau), camne UPSR boleh jawab ok semua tak?? tanya aku, sebaik sahaja mendengar suara pertama cham.
"Bolehhhhhhhhhhhhhhh, semua bolehhhhhhh,,,,cuma Bahasa Melayu K1 je susah skit, yang lain semua ok" kata cham dengan penuh yakin.
aik,,,,??? dalam fikiranku macam pelik je ckit, selalunya yang masalah BI, ini lain pulak BM yang agak susah.......
tul ke ni??? tanya ku ingain kepastian,,,,,,,,,,
Betullllllllll, yamh lain semua senang termasuk BI.
Wooooouuuuuuuuuuuuuu hebat juga adik bongsu ku ini ye", jawab hati ku di dalam kalbu.
**** ikulah antara 30% petikan perbualanku dengannya sebentar tadi,
Aku yakin, dan berdoa semoga cham akan mendapat kecemerlangan dalam UPSR dan seterusnya juga dalam hal-hal yang akan datang, begitu juga dengan adik-beradikku yang lain. InsyaAllah, Amin, Amin, Amin......................

Tuesday, September 8, 2009

Selimuti Hati Dengan Penuh Kasih Sayang


Hari ini,,,,,,

kita dengan mudah melihat insan berakal

yang cerdik pandai orangnya namun lupa untuk menyelimuti hati mereka,


Hari ini,,,,,

kita sering lihat ramai manusia yang kian lupa menjaga hati

mereka kerana rakusnya membolot pusaka dunia,


Hari ini,,,,,

kita sering saja bertemu warga dunia yang suka menyakiti

hatinya sendiri, lupa nilai hatinya, dan tiada masa untuk

mengubati luka-luka di hatinya,


Di saat hati kita memerlukan kita,

kita sering pula lupa lantas meninggalkan saja nilai hati kita terbiar,,,,,,,,


Ramai insan yang sudah lupa nilai hidupnya untuk berbakti...........

kerana mereka hanya tahu melihat kepentingan sendiri.


Ayuh, bersama kita merenung dan menilai sedalam-dalamnya nilai hati kita....

TIADA INSAN LAIN YANG PALING MENGENALI DAN MENJIWAI HATI KITA

kalau bukan ALLAH dan DIRI KITA........

Monday, September 7, 2009

Nuzul Quran -Bersama Menghayati......




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.
Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)"
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Friday, September 4, 2009

Kurniakanlah Daku Keberkatan


Dia dibangkitkan dari golongan tihamah

Di akhri zaman menjelang hari kiamat

Dibelakang badannya ada alamat

Menghampirinya pasti akan mendapat rahmat

Putih bersih dahinya sinar hitam rambutnya

Baik paras mukanya dan bercahanya

Dua tapak kakinya pernah dikucup unta

Unta hilang derita unta tiada duka

Binatang dhab pernah beriman denganya

Pokok pernah memberi salam padanya

Batupun pernah berkata-kata padanya
Yunggul pernah menangis mengongoi mengadu padanya

Putih bersih dahinyanya sinar hitam rambutnya

Baik paras mukanya dan bercahanya

Dua tapak kakinya pernah dikucup unta

Unta hilang derita unta tiada duka

Putih bersih lahirnya sinar hitam rambutnya

Baik paras mukanya dan bercahanya

Dua tapak kakinya pernah dikucup unta

Unta hilang derita unta tiada duka