Tuesday, March 28, 2017

๐ŸŒธ HadiahNYA

Sekarang, Yang Maha Agung sedang hadiahkan satu peluang berkilau keemasan untuk direncanakan.

Maka bersyukur 'besar' perlu dulu dipanjatkan. Perancangan Saintifik Islamik yang punyai roh holistik perlu dilakar secara sistematik. Giat usaha digerak perlu senantiasa berputik-putik.

Sabar, tabah, strong mental and emotion, fizikal adalah antara elemen asas yang perlu digabungjalin. In Sya Allah.....,dalam dunia kehidupan yang padat dengan cabaran dan ujian,....... walau merangkak, bertatih, berjalan, berlari tetap didayakan.

Ya Allah,....... khalifahMu yang lemah dan daif ini mohon agar dikekalkan kesihatan yang afiat, agar hasrat murni qalbu lemah ini berjaya dilaksanakan sebaik mungkin, sekebajikan mungkin, seberkat mungkin dan Engkau menerima ia sebagai satu ibadah dan amanah yang telah dipikulkan. Memberi dan membantu permudahkan pihak lain sungguh membahagiakan. Ia amat memberi rasa kenikmatan.

Monday, March 6, 2017

๐ŸŒธ Pahang

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Rabb. Dada ini dengan lapang terbuka bentang menerima ketentuanMu dengan tawaran di tempat kerja baru. 

Ya Allah, ku rayu mohon perluaskanlah lagi dan lagi ruang dan peluang untuk hambaMu ini terus menyumbang bakti pada anak bangsa tercinta. Didiklah diri ini untuk terus tidak jemu jemu mendidik insan lain yang memerlukan. Pahang, ku hampiri pagar sempadan mu kini, sebagai destinasi baru khidmat ku ini. 

Kedatanganku pada mu adalah niat seperti mula-mula jejaki kaki ke Miri dulu, ingin ku nikmati kenangan indah mendidik secara hakiki. Seperti jua untukmu Pahang, niat ku kemari sama seperti ketika ku ke Miri.

Miri dan Kota Kinabalu, salam terima kasih ku ucapkan. Qalbu ku gembira menyimpan pelbagai kenangan indah saat saat detik durasi bersamamu dulu. Akan ku terus simpan keramat kenangan di sana. Sukar payah, senang dan tenang semuanya dalam kotak kenangan.

Pahang, saya akan datang dengan tenang......, Ameen.