Thursday, July 26, 2012

Kelmarin

Mulanya dia sentiasa pandang tenung semasa sesi sensei mengajar. Kelmarin dia datang dan banyak bertanya tentang Islam. 

Mulanya dia bertanya tentang puasa, kelmarin dia kunjung bertanya tentang cara mahu masuk (memeluk Islam). Dia senyum sedikit. Katanya. "Cikgu, macam mana nak masuk Islam? Saya minat dengan Islam", katanya. "Cikgu, boleh ajar saya tentang Islam?", sambungnya lagi. Aku mulanya hanya sekadar lempar senyum biasa, sedikit berlapik angguk dan menyebut "Ya, boleh, InsyaAllah", Islam itu indah dan tenang". 

"Nanti cikgu berikan kamu buku asas tentang Islam, kamu baca dan kalau ada apa-apa yang mahu ditanya bolehlah tanya saja cikgu dan cikgu akan jawab, sekiranya cikgu kurang arif, cikgu akan dapatkan jawapan dari yang lebih pakar dan alim dan cikgu akan sampaikan kepada kamu ya," kata ku berintonasi biasa-biasa. 

Sesekali hati ini mula terkenang niat kurang lebih 3 tahun dulu. Terhadir kah ia bersulam nan kini. Ya Rabb, sesungguhnya Engkaulah Maha Penyayang dan Pemberi Hidayah kepada yang Engkau mahu. Aku hanyalah hamba lemah yang amat, dhoif yang dasyat dan penanggung dosa yang banyak nilai tak terkira. Kau ampunilah dosa-dosa hamba yang serba tiada.