Friday, September 6, 2013

Hati'Iz Memoir Kotoba

Ada kalanya durasi yang lama jika ia didamba doa, rupanya kian mampu datang. Dan akhirnya ia tertunai jua. Mungkin kerana Hati'Iz tidak mahu kecewa salah sangka bisa terukir diminda cahayapermata milik Tuan Rosli. Hati'Iz berkongsi memoir kepada hatimahu. Katanya,...

Setelah kian hampir temu 3 tahun lamanya,

Ladang wai-em membina jambatan sementara. Menghubungkan sedikit pahit berperisa madu. Hati'Iz berkongsi suto'ori kepada hatimahu. Kata Hati'Iz, beliau yang sedar diri daif amat gembira kerna dihidang peluang oleh cahayapermata Tuan Rosli untuk menyampaikan kotoba biarpun ia hanya sekitar lima hingga sepuluh persen saja.

Alhamdulillah, harapan Hati'Iz hanya tidak mahu dia salah sangka dan doa untuknya adalah supaya senantiasa bahagia. Seingat hatimahu, Hati'Iz pernah berkata,"kalaulah mampu dicerita antara 20 hingga 60 persen yang lainnya,...", tapi mungkin ada hikmah jua sekerat pendek mampu tercoret.

Kata hatimahu kepada Hati'Iz, "tak mengapalah, kerna indah nian sebenarnya harapan dulu yang diusaha, didamba dan sebenarnya wujud kasih sayang berbatas adalah semangkuk bulat inspirasi bujur. Rasanya bagi Hati'Iz, mendengar khabar dia tenang gembira adalah sudah lebih dari memadai, mencukupi dan melengkapi.

Kerna dulu, Hati'Iz sudah sedar awal-awal mungkin dirinya hanya layak menjadi pengusaha senyap-senyapan dan penyampai doa dalam kegelapan sahaja. Terima kasih ruang yang akhirnya diberikan buat Hati'Iz. Sebenarnya dulu ada 3 perkara yang Hati'Iz terpaksa berkorban dalam satu bulan, sebelum menekan butang undur diri secara hal~halu~halus~halusi. 

Sekian,
Perkongsian dari Hati'Iz yang diterjemahkan oleh Hatimahu SSDL.