Friday, February 22, 2013

Nngaji

Alhamdulillah, lepas magrib semakin bertambah kanak-kanak riang datang mengaji di rumah. Terima kasih Allah kerana maqbulkan kesudian hati. Indahnya dapat ruang berbakti, sebelum bakal ku tinggalkan pergi.

Odaijini

Hari ini genap 2 tahun dari tarikh Tuan Lukman menjalani pembedahan kepala pada bahagian otak. 

Alhamdulillah kami sentiasa berhubung melalui telefon, dan semalam kami turut berbual lama sekadar dengan keitai (keitei=handphone, denwa=telefon) sahaja kerna dipisahkan dek jarak nan jauh. Suaranya ceria dan setiap kali kami berhubung dengan keitai biarpun beberapa kaili dalam sebulan, Tuan Lukman sering mahu berjenaka dan mengimbau kenangan lama bersama. 

Sesekali terharu pabila Tuan bercerita tentang kita bersama ke hospital dan kemudian di tahan di wad seharian suntuk. Semoga tuan sentiasa sihat walafiat saya baitkan doa didokong. Dingin malam ini ku termenung dipintu mendongak ke langit memikirkan sedihnya sahabat ku yang telah sekian lama hanya mampu melihat cahaya sinar-sinar sedikit sahaja. Sudah 2 tahun genap cukup. Sabar ya Tuan. hamba lemah ini akan sentiasa mendoakan tuan.

Alfatihah jua buat sepupu saya dari Pasir Puteh yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini kerana terlibat dalam kemalangan di Paloh pagi tadi, semoga roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. Semoga adiknya yang dikhabarkan sedang kritikal akan sembuh dan selamat, InsyaAllah. Ameen. 

Wednesday, February 13, 2013

Senyum Adam

Sayu qalbu salju kami meneliti kisah Arwah Adam, si cilik sulong yang telah pergi meninggalkan kita semua. Sesungguhnya ketabahan adik adam dalam menghadapi ujian Illahi harus diteladani kita semua. Amat berat untuk dipikul tanggung. Semoga damailah Adik Adam di sana. Jua moga tabah keluarga kuat mereka. Alfatihah. Air mata jernih bisa berderai. Ya Allah kuatkan lah iman kami yang lebih sangat nipis dari kawa bebawang ini.

Thursday, February 7, 2013

Bersokmo Kali

Banyak cerita kian memotret meninggalkan Januari. Ada tentang ketabahan orang tua mencari rezeki. Ada juga kisah tabahnya seorang Ustazah Kafa yang sungguh setia pada Zaujnya sehingga sanggup melepaskan kerjaya besarnya dek kerna mahu turut suaminya di tempat orang mencari segelintir rezeki kiranya ada dek ajar-ajar mereka. Ada juga tentang kisah sensei yang sentiasa mahu memujuk anak didiknya agar menjaga solat...diajar bersokmo kali, biarpun ada ramai terkadang muslim yang mengucap kalimah syahadah pun tercungap gagap. Ini kadang tersedih.

Alhamdulillah... Suri kian sembuh dari sakit duga itu. Hampir 13 hari sebenarnya Suri sekadar berkerusi semasa berjemaah dengan Suaminya secara duduk saja selaku makmum sejati. Masjid itu jua agak kurang dikunjung bersama sejak kaki Suri diduga uji Illahi. Moga selepas ini rutin yang teramali akan normal kembali. Biarpun kecil, namun kenangan memapah Suri ke sana ke mari, menjaga Suri seirama rapi akan membujur di taman hati.

Semoga Pencipta Sempurna melindungi kita semua dengan bait-bait sebelum kembali dari singgahsanasini. Hati sebenarnya ada sekelumit terharu bila beberapa remaja baru itu kini seringkali sudi ikut senseinya solat....biarpun dulu sukar diajak pujuk, tapi kini mereka yang mula mencari. Tahniah si anak-anak muda. Tak senang menjadi lilin...membakar diri kerna mahu menerangi.