Thursday, February 7, 2013

Bersokmo Kali

Banyak cerita kian memotret meninggalkan Januari. Ada tentang ketabahan orang tua mencari rezeki. Ada juga kisah tabahnya seorang Ustazah Kafa yang sungguh setia pada Zaujnya sehingga sanggup melepaskan kerjaya besarnya dek kerna mahu turut suaminya di tempat orang mencari segelintir rezeki kiranya ada dek ajar-ajar mereka. Ada juga tentang kisah sensei yang sentiasa mahu memujuk anak didiknya agar menjaga solat...diajar bersokmo kali, biarpun ada ramai terkadang muslim yang mengucap kalimah syahadah pun tercungap gagap. Ini kadang tersedih.

Alhamdulillah... Suri kian sembuh dari sakit duga itu. Hampir 13 hari sebenarnya Suri sekadar berkerusi semasa berjemaah dengan Suaminya secara duduk saja selaku makmum sejati. Masjid itu jua agak kurang dikunjung bersama sejak kaki Suri diduga uji Illahi. Moga selepas ini rutin yang teramali akan normal kembali. Biarpun kecil, namun kenangan memapah Suri ke sana ke mari, menjaga Suri seirama rapi akan membujur di taman hati.

Semoga Pencipta Sempurna melindungi kita semua dengan bait-bait sebelum kembali dari singgahsanasini. Hati sebenarnya ada sekelumit terharu bila beberapa remaja baru itu kini seringkali sudi ikut senseinya solat....biarpun dulu sukar diajak pujuk, tapi kini mereka yang mula mencari. Tahniah si anak-anak muda. Tak senang menjadi lilin...membakar diri kerna mahu menerangi.

4 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikguZam

Semoga Suri segera sembuh juga semoga cikguZam dan anak didik sentiasa dipermudahkan Allah dalam setiap urusan. Aamiin

tengku azri said...

bakpo ropi? moga ALLAH sehatkan n selamatkan blako2nyo

Cikguzam said...

Salam kak Werdah.
Terima kasih di atas bait bait doa dari akak. Semoga akak sentiasa sihat walafiat. Aminn

Salam Tengku.
Alhamdulillah semua kembali sihat. Semoga ujian dari Illahi ini akan menjadikan kita hamba yang tabah dan kuat. Semoga tuan jua sentiasa dalam baik baik sokmo. Amin

Cikguzam said...

Salam kak Werdah.
Terima kasih di atas bait bait doa dari akak. Semoga akak sentiasa sihat walafiat. Aminn

Salam Tengku.
Alhamdulillah semua kembali sihat. Semoga ujian dari Illahi ini akan menjadikan kita hamba yang tabah dan kuat. Semoga tuan jua sentiasa dalam baik baik sokmo. Amin