Saturday, February 26, 2011

Mentari Buat Si Tabah

Adalakalanya memang susah dan sukar (cabaran). Untuk kita fahamkan mereka soal cara dan tindakan yang boleh menyumbang kepada tidak berlakunya tanggapan negatif pada orang lain. Walaupun kita tidak menegatifkan insan lain, tapi mungkin gayalakon kita akan menerbitkan suasana buruk nya insan tabah itu. Adakalanya kita terpaksa dengan berat membatu besar untuk menegur demi kebaikan dan seimbang untuk semua, walaupun mungkin orang tak suka kita mahupun benci kita.
.
Adakalnnya kita terpaksa latihtubi di memalam buta sunyi sepi kuatkan jiwa semata-mata mahu terangkan perkara dalam diam tak patut lakukan demi untuk jiwa dan maruah orang lain juga. Mungkin kita rasa kita tiada niat untuk menyebabkan orang lain diperlekehkan kerana kita, tetapi cara kita yang tidak betul dan tak seimbang kena cara itu sebenarnya kita menyumbang kepada rosaknya hubungan dalam jiwa hati kumpulan mereka. Walhal insan lain-lain itu juga punyai semangat waja beraga-raga mahu sumbangsaran cara, tetapi kekangan kewangan dan masalah kenderaan jadi galang punca.
.
Aku perlu tegur ucap, demi hati-hati jiwa warga ramai........walaupun aku akan dibenci kerana teguran itu. Ya aku rela dibenci demi sebuah kefahaman untuk kesejahteraan insan-insan malang lain. Aku rela dibenci demi membela insan-insan yang dipinggirkan.

Friday, February 25, 2011

Sengaja Membutakan Teras Hati...???

Kita memang perlu berdoa agar tidak berlaku perkara@kejadian negative nan malang dalam hidup kita. Kita wajib didik diri kita bantu insan malang dengan seikhlas-ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Dua ayat mudah di atas adalah mukadimah saya.

Dan setelah kita tapi-tapi tapis halus-halusi serbuk-menyerbuk sarikata hati, Kenapa ya sesetengah insan berlagak bijak pandai menonjolkan cara hidup yang menggambarkan seolah-olah mereka tidak akan sakit? Semacam mereka tidak akan mati? Bagaikan mereka sudah diberi geran tetap bahawa pada masa ke depan mereka ‘confirm’ tidak akan sakit langsung, tidak akan terlantar di hospital (misalannya), tidak akan mati, tidak akan ada orang gali liang lahat mereka atau usung mereka ke kubur, mereka macam tidak akan susah langsung (ya mungkin sekarang mereka sedang nikmati kesenangan org tua mereka), mereka macam sangat yakin hidup mereka hanya mereka boleh buat semua( tidak perlu pertolongan orang lain) = seolah-olah "macam" sombong dengan yang Maha Pencipta.

*Selingan…… Sedih bila mata saya nampak dipaparkan gambar mereka bersama pesakit kritikal yang sedang memakai pakaian pesakit di hospital itu dipaparkan di laman sosial umum. Lebih-lebih lagi kalau tanpa kebenaran si pesakit yang budiman. Ohhh kalaulah mereka tahu bahawa sangat tidak baik berbuat begitu kerana menurut buku-buku ilmu, ia bagai mengeruh maruah pesakit yang kita tidak faham 100% dalam kepalanya apa yang dilema,juga keluarganya. Dan ia juga memberi kesan pada ciri lubuk hati kita.

Tuesday, February 22, 2011

Rajuk Yang Kurang Sesuai

Sejak pulang dari Sakuragaoka, ramai pula teman ingin mengambil kesempatan untuk merajuk dan mahu dilayan lebih-lebih untuk@kepada mereka. Letih lah kalau sorang perlu layan extra kepada wakil dari 14 negeri dan 2 wilayah, lebih-lebih lagi antara perkara baru yang saya diasuh didik di sana adalah berlaku adil mensamaratakan hormat orang.

10x kita sms tanya khabar, juga sapa melalui YM, lagi hantar email tapi beberapa gelintir buat ‘ala-ala sombong’. Kononnya mahu saya layan lebih lagi. Tetapi bila mereka hantar satu sms, kita wajib balas terus, pantang terlupa balas yang tunggal tu,terus kita dianggap sombong la itu ini laaaa. Semua nak kaitkan sebab pulang dari Nihon. Semua kita perlu layan lebih-lebih. Letih kita jadinya. Padahal kita dah cuba sedaya upaya layan dengan baik, buat seperti sedia kala macam kita dulu-dulu, dan style kekampungan je gaya hidup kita. Bercakap pun macam dulu lah jugak.

Dah!!!, maaf banyak-banyak kepada yang nak mengada-ngada lebih tu, teruskanlah tabiat anda tu. Saya minta maaf sebab saya dah malas nak layan, lebih baik saya tumpukan kepada sahabat-sahabat yang memerlukan pertolongan dari saya, nasihat dan pandangan saya, memahami erti jiwa, keadaan dan tanggungjawab saya. Saya juga macam orang lain, ada urusan itu ini dan pelbagai tanggungjawab wajib saya. Dan kepada sahabat serta kawan-kawan yang faham saya, dan benar-benar kenal saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan diatas sikap anda yang menunujukkan “hati anda memahami saya". Kepada yang tidak faham tu, takpelah……saya maafkan.

Friday, February 18, 2011

Tegami "Buat-buat Sibuk"

Wahid )

Selepas melalui U1 Pedagogi KM(SP) hari ini, Alhamdulillah dapat segera gegas diri ke HKL lawati si dia. Gembira kerana punyai kesempatan seperti yang dijanjikan pada diri sendiri tempoh hari. Seperti biasa nasihat dan dorongan sebagai ubat tenangkan hati jiwanya.

Isnani )

Solat Jummat di Masjid HKL. Suasana padat dengan jemaah, penuh dan mungkin ada baiknya kalau-kalau pihak pentadbiran hospital fikir dan rancang untuk tambahkan lagi kawasan untuk keselesaan dalam menunaikan ibadah, InsyaAllah.

Salasah )

Terus kembara Jumaat lapanbelasjanuari ini dengan bergerak ke International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Jalan Elmu, Off Jalan University, Kuala Lumpur. Ada jemputan untuk hadiri seminar yang bertajuk Japanese Global Perspective on the Study of Islam : An Alternative to Western Perspective. Alhamdulillah dapat sedikit ilmu untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat, InsyaAllah.

Arba’ah )

Pulang ke Serdang Green Campus dan berehat lebih kurang sejam. Selepas itu bertolak ke Selayang (ke rumah abang patik). Kerana hajat untuk ke sana hujung minggu ini demi kukuhkan ukhwah Silaturahim.


*Tegami = surat/catatan

Thursday, February 17, 2011

Salju

Cuba selami perasaan anda seorang diri di wad. Salju sedih rasa. Maafkan saya kerana hari semalam dan hari ini saya tidak mampu lawat anda di sana. Sangat sibuk tugasan di sini, dengan terpaksa redah 5 x U1 dalam masa 2 hari ditambah pula urusan projek sendiri termasuk janji melibatkan orang menanti. Juga dirancang akan ada insan-insan akan jenguk anda. InsyaAllah hari esok saya akan kunjung tiba membawa senyuman sokongan buat anda. Jangan risau, ramai insan hubungi saya sudi bantu anda. Saya mahu memper'tuah'kan anda.

Monday, February 14, 2011

Genkidesyou ne

Sebelum mula saya minta maaf sikit ya sebab tangan terasa gatal mahu rojak bahasa sikit (bimbang ilmu sangat sedikit yang ada ini hilang ditelan lupa). Alhamdulillah rasanya selesai 3 dari beberapa lagi baki bahagian (mengikut firasat skala SSDL). Good HKL..! Kredit full mark untuk anda hari ini, harap esok baik dan lagi bagus lagi. Walaupun saya dan dia terpaksa sedikit keluh kesah semasa menunggu di Machiaishitsu (waiting room). Pergi awal pagi dan pulang ke kampus sekitar jam 2 PM. Pukul 3.30 PM pula terus hadirkan diri dalam short meeting bersama PM Dr. A dan PM Dr. R. Kami berbincang beberapa perkara penting lagi terkini tentang what was happened at the HKL just now dan memutuskan beberapa perkara yang perlu diutamakan dan action yang perlu disegerakan. Tamat discuss, saya dan PM Dr. A terus ke PusatKesihatanUni berbincang dan jelaskan, kemudian bersama terus kami running/’hungga’ by perdana PM Dr. A ke pentadbiran untuk sesi ketiga hari ini. Ini semua dilakukan dengan dua matlamat iaitu, pertama kami tidak mahu berlaku apa-apa pada kamu sebelum ‘waktu itu’ dan kedua harap semuanya berjalan lancar dan anata wa genkidesyou ne (harap anda akan sihat/sembuh ye). Buat kamu apa yang boleh saya katakan di sini ialah, saya dah uruskan pengangkutan ambulans untuk bawa kamu pada second appointment di HKL tgh hari rabu ini, kebajikan pihak Universiti juga untuk kamu InsyaAllah ada dan beress, urusan akademik juga beres serta sekiranya kamu perlu berehat di kampung mu nun yang jauh, InsyaAllah juga kenderaan khas akan ada untuk bawa kamu pulang ke rumah. Saya akan pastikan kamu tidak pulang keseorangan kerana bahaya untuk kamu bergerak solo buat masa ini. Gerak hati saya kuat mengatakan kamu akan genki (sihat), InsyaAllah…….. to’omoimasu ( I think). Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hamba-hambaMu ini, kuatkan lah hati-hati kami, tenangkan lah jiwa-jiwa kami, Amin Amin Amin. Shitsurei shimasu……………

Sunday, February 13, 2011

Alhamdulillah, Syukran, Terima kasih, Doomo Arigatou Gozaimasu, Trimokasehbanyoklaaadeh

Buka perenggan satu dan Ingin terus mula, ucap cakap bawa maksud satu harga penghargaan untuk semua yang terlibat.

Terima kasih kepada kepada Fakulti Pengajian Pendidikan kerana luluskan segera hajat saya mohon pengankutan untuk bawa sahabat ke Hospital Kuala Lumpur pagi Isnin, Arigatou gozaimasu buat PM Dr. Azizan dan setiausaha nya dalam membantu juga bersama Encik Aris dan Encik Zofan yang juga mudahkan urusan (pengankutan), Arigatou buat PM Dr.Ramlah kerana sangat banyak bantu dan bagi tunda pada saya untuk U1 KMSP pada Isnin, Arigatou juga buat Dr. Aminuddin kerana bagi tunda juga untuk U1 F.of.SS pada Isnin. Dan jua Doomo Arigatou Gozaimasu buat sahabat-sahabat yang sentiasa bersama-sama dalam membantu si dia. Ya, tanggungjawab kita bersama kan?

Alhamdulillah, maka dengan semua urusan dipermudahkan dengan baiknya seperti di atas, maka saya sangat rasa gembira dapat bersama-sama membawa@menemani@turutsama sahabat saya atas dasar urusan yang perlu disegerakan utk ke HKL berjumpa Dr. pakar di sana dalam segala urusan rawatan dan kemungkinan yang segera, terkini laksana rawatan seperti yang digazetkan chances tinggi utk dilakukan itu. Kepada

Dr.Ho, walaupun baru sahaja mengenali anda, tapi saya ingin luahkan pandangan bhw anda seorang yang baik hati. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada anda, anda seorang yang sangat baik, ada ihsan, prihatin dan sungguh bersemangat ingin lakukan yang terbaik, dan membantu merawat sahabat saya ini. Begitulah juga harapan selepas ini apabila bertemu pakar Dr.Ramesh yang akan menyambung hal ini ke arah yang lebih serius bagi treatment di HKL. Inilah yang kita mahu, walau kita berlainan agama, tetapi semangat ingin tolong dan berbaik-baik sangat dianjurkan untuk kesejahteraan alam sejagat. Dalam Islam juga ada menyeru saran agar sentiasa membuat baik pada warga non-muslim, dan begitu juga mereka. Inilah yang harus kita teruskan amal budayakan dalam hidup saling hormat dan tolong-menolong. Hari ini jumpa di sini, harap esok-esok ada dan ada lagi.

Kesimpulan kedua akhir mudah sahaja, memang perlu kawan temankan dia kerana kritikal untuk nya selesaikan beberapa perkara. Dan kesimpulan terakhir yang saya mahu garis-garis tulis di sisi sini adalah , mungkin banyak perkara boleh disimpulkan, tetapi saya mahu sebut yang satu ini, “marilah kita sama-sama berdoa untuk diri kita, keluarga kita dan jua kepada si dia” TITIK…!

p/s : kepada yang baru singgah di taman SSDL, entry ini adalah dari sinangsambung 3 enrty di bawah. Silalah tatap baca kepada yang mahu ye……

Friday, February 11, 2011

Masih

Masih tentang mata dan dalam mindanya. Kesinangsambungan entry dua dibawah lagi. Dan masih lagi SSDL menulis tentang dia. Dia yang saya sahabati. Hari ini, Jumaat sebelasfebduaribusebelas tadi, jam 7.30 pagi saya bawa nya ke Hospital Serdang. Menemani dan bawa si dia untuk menjalani rawatan pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Setelah selesai MRI dan beberapa rawatan lain, saya juga berjumpa medical doctor itu untuk berbincang sedikit. Kata Dr. Ho, beliau kini sedang berbincang dengan pihak Hospital Kuala Lumpur tentang keputusan terbaru MRI dan mereka akan putuskan tarikh terhadap operate yang akan dilaksanakan. Dan kami berbincang beberapa perkara lain sedikit lagi yang melibatkan pengajian sahabat saya ini. Lebih kurang jam sebelas pagi, kami keluar dari hospital dan terus pulang. Dalam perjalanan pulang saya bercakap beberapa perkara kepada si dia di dalam sang kancil tua setia,antaranya ialah “Man, buat masa ini , aku mahu kau letakkan satu perkara dalam minda, iaitu sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk rawatan hebat itu demi masa depan, pada hari ini, rawatan secepat mungkin adalah perkara utama, pengajian juga perkara utama tetapi persaingan dengan rawatan memerlukan pengajian ke tepi sekejap, bukan lama”. Ya Allah, aku hamba Mu yang sanga lemah, lemahnya diriku tersangatlah daif,. Hanya padaMu aku berserah..seserah serahnyaaaa – coret dilubuk hati wangian Jumaat ini.



HOSPITAL SERDANG JAM 11.10 PAGI 11/2/2011




Wednesday, February 9, 2011

Sambungan kisah........"Mata"

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin merakamkan kesyukuran yang amat tinggi dan terima kasih kepada pihak2 yang menghantar email dan menyatakan hasrat kesudian untuk memberi sumbangan kepada sahabat saya yang memerlukan. Kisah mata awal boleh rujuk di sini atau sila lihat entry sebelum ini. Buat masa ini, sumbangan masih dikumpul dan akan diserahkan pada awal Mei 2011, InsyaAllah. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

Minggu ini, saya sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh sahabat saya ini keputusan pemeriksaan tentang keadaan sakit beliau (tidak mahu saya sebut di sini atas sebab beberapa faktor), Cuma yang dapat saya kongsikan adalah keadaan sangat kritikal dan dalam proses utk treatment pada peringkat tinggi.

Malam beliau meluahkan pada saya, saya mengajak nya keluar minum dan kami berbual tentang apa yang diperkatakan oleh medical doctor di siang tadi. Sedih, sedih dan sedih…….. saya cuba tenangkan beliau, minta banyak bersabar dan teruskan perjuangan ini. Saya cuba membantu dalam merancang beberapa perkara untuknye melibatkan pengajian akademik, kemungkinan pertukaran plan latihan mengajar dan kemungkinan-kemungkinan lain.

Dan Alhamdulillah nampaknya beliau bertambah yakin dan faham penjelasan saya. Dalam perbincangan itu, saya agak tersentak dengan kata-kata beliau yang memberi pesan dan amanah satu wasiat yang dia mahu saya sampaikan sekiranya dia terpaksa ‘pergi dahulu’……., saya cuba tenangkan hatinya dan alih content perbualan dan minta dia agar jangan utamakan fikir tentang wasiat itu dahulu. Ya lah, kita yang pada hari ini masih lagi Alhamdulillah sihat ini, mungkin kita boleh cakap macam-macam, tapi bagaimana yang sedang menaggung derita?? Peritkan mereka??. Ya Allah, permudahkan lah urusan-urusan bantuan yang sedang kami usaha dan ikhtiar kan ini. Hanya padaMu Ya Rabb,,,kami mohon pertolongan dan kami yakin pada kekuasaanMu Ya Allah.

Saya sebagai hamba yang daif dengan rasa rendah diri memohon agar tetamu SSDL sekalian agar dapat mendoakan sahabat saya ini (disamping kita mendoakan diri dan keluarga kita) dan dapat menyebarkan khabar kongsi dari saya ini kepada sahabat, saudara-mara dan rakan blogger yang lain,……..kerana InsyaAllah bertambah insan-insan pemurah yang ingin menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban sahabat saya ini, boleh terus emailkan pada saya dialamat berikut : doazamasjid_4004@yahoo.com.my

Sekian.

Sunday, February 6, 2011

Mata

Ujian yang awak lalui sekarang memang sangat perlukan ketabahan dan kesabaran tinggi. Penglihatan kamu semakin kabur, aku tumpang sedih bersama dorongan nasihat dan galakkan yang mampu ditaburkan. Kekaburan daya lihat kamu semakin kritikal. Maaf kekadang aku terpaksa sedikit bertegas untuk "push" kamu agar sentiasa cekap dengan urusan temujanji bersama pakar. Ini kerana aku tidak mahu kamu terlepas peluang rawatan yang mungkin kos dapat ditanggung mereka. Teringat semasa kita sama-sama sertai kursus profesional perguruan lalu,...nama kamu semasa pendaftaran aku perlu semak dan tandatangan untuk kamu kerana pandangan kamu sangat kabur. Aduhh aku bertambah sedih bercampur simpati. Sewaktu ku bawa kamu keluar makan bersama sang kancil tua ku, kamu sempat bercerita tentang soal luruhnya semangat kamu untuk teruskan perang juang ilmu kamu. Di restoran itu, aku bantu kamu untuk perkenal maklum lauk yang ada untuk kamu ambil kerana kaburnya daya lihat kamu. Aku bertambah sedih, dan tapi aku paling sedih di saat kamu menceritakan kejadian ada kawan yang biadap menyindir soal mata kamu pada tahun lalu (pada ketika itu aku sedang kembara di bumi Nihon). Entah lamanya kamu simpan peristiwa itu untuk diluahkan pada aku. Aku doakan kamu agar penglihatan mu pulih dan mampu kamu gonjangkan dunia ilmu ini. Tabahkan lah hati kamu wahai sahabat ku. Kepada yang ingin menyampaikan sumbangan bantuan kepada sahabat saya ini, boleh emailkan pada saya di alamat berikut : doazamasjid_4004@yahoo.com.my