Sunday, February 6, 2011

Mata

Ujian yang awak lalui sekarang memang sangat perlukan ketabahan dan kesabaran tinggi. Penglihatan kamu semakin kabur, aku tumpang sedih bersama dorongan nasihat dan galakkan yang mampu ditaburkan. Kekaburan daya lihat kamu semakin kritikal. Maaf kekadang aku terpaksa sedikit bertegas untuk "push" kamu agar sentiasa cekap dengan urusan temujanji bersama pakar. Ini kerana aku tidak mahu kamu terlepas peluang rawatan yang mungkin kos dapat ditanggung mereka. Teringat semasa kita sama-sama sertai kursus profesional perguruan lalu,...nama kamu semasa pendaftaran aku perlu semak dan tandatangan untuk kamu kerana pandangan kamu sangat kabur. Aduhh aku bertambah sedih bercampur simpati. Sewaktu ku bawa kamu keluar makan bersama sang kancil tua ku, kamu sempat bercerita tentang soal luruhnya semangat kamu untuk teruskan perang juang ilmu kamu. Di restoran itu, aku bantu kamu untuk perkenal maklum lauk yang ada untuk kamu ambil kerana kaburnya daya lihat kamu. Aku bertambah sedih, dan tapi aku paling sedih di saat kamu menceritakan kejadian ada kawan yang biadap menyindir soal mata kamu pada tahun lalu (pada ketika itu aku sedang kembara di bumi Nihon). Entah lamanya kamu simpan peristiwa itu untuk diluahkan pada aku. Aku doakan kamu agar penglihatan mu pulih dan mampu kamu gonjangkan dunia ilmu ini. Tabahkan lah hati kamu wahai sahabat ku. Kepada yang ingin menyampaikan sumbangan bantuan kepada sahabat saya ini, boleh emailkan pada saya di alamat berikut : doazamasjid_4004@yahoo.com.my

6 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikguzam

Didoakan semoga sahabatmu tabah dan segera beroleh kesembuhan.. amin

Cikli said...

salam cikgu,

kekaburan menajamkan lagi mata hati kita.

apa sakitnya cikgu. semoga tabah selalu.

Dahlia Nawi said...

salam cikgu zam,
saya tumpang simpati,
harap kawan awk cpt sembuh..
dan tabah menghadapi dugaan2 hidup.

Annur_syahmah said...

sama2 kita doakan,moga mata sahabat kita boleh pulih seperti sediakala...hmm..buta mata,hanya xnampak di dunia..tapi yang paling sedih,bila mana buta hati...dunia akhirat dua2 xnampak...bagi mereka yang xkena & merasa,petah berbicara menutur kata...tanpa sedari hati si dia yang terluka...semoga Orang sedemikian sedar akan kesilapannya..ana ada dengar jugak2...ape kata kita lancarkan tabung derma kat fakulti..boleh bincang dengan Dr Ramlah2...bila nak operate?

Cikguzam said...

salam makcik werdah,
terima kasih banyak2 makcik. Doa insan baik seperti makcik adalah satu sumbangan yang sangat bernilai.

salam cikli,
sahabat saya ini memang insa yang amat berpotensi untuk maju dan berjaya dengan lebih cemerlang.

salam Dahlia,
Terima kasih di atas doa yang dikalungkan. Sesungguhnya kemurahan hati saudari dalama mendoakan sahabat saya ini amat saya hargai dan kagumi. Bersama kita memartabatkan insan yang kurang bernasib baik dan malang.

salam Annur syahmah,
juga terima kasih di atas doa yang diberikan. Sekarang segala proses yang terbaik dan termampu sedang diusahakan.

ummu said...

assalamualaikum cikgu azam,
semoga sahabat mu ini dapat menjalani treatment yang terbaik.
sungguh mulia hati seorang sahabat seperti cikgu azam,saya menemui blog cikgu melalui blog Kak werdah.sekian wassalam
p/s;ada seorang guru yg rabun teruk (Oku penglihatan) di negeri saya bertugas dan beliau juga mempunyai blog.