Wednesday, February 9, 2011

Sambungan kisah........"Mata"

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin merakamkan kesyukuran yang amat tinggi dan terima kasih kepada pihak2 yang menghantar email dan menyatakan hasrat kesudian untuk memberi sumbangan kepada sahabat saya yang memerlukan. Kisah mata awal boleh rujuk di sini atau sila lihat entry sebelum ini. Buat masa ini, sumbangan masih dikumpul dan akan diserahkan pada awal Mei 2011, InsyaAllah. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

Minggu ini, saya sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh sahabat saya ini keputusan pemeriksaan tentang keadaan sakit beliau (tidak mahu saya sebut di sini atas sebab beberapa faktor), Cuma yang dapat saya kongsikan adalah keadaan sangat kritikal dan dalam proses utk treatment pada peringkat tinggi.

Malam beliau meluahkan pada saya, saya mengajak nya keluar minum dan kami berbual tentang apa yang diperkatakan oleh medical doctor di siang tadi. Sedih, sedih dan sedih…….. saya cuba tenangkan beliau, minta banyak bersabar dan teruskan perjuangan ini. Saya cuba membantu dalam merancang beberapa perkara untuknye melibatkan pengajian akademik, kemungkinan pertukaran plan latihan mengajar dan kemungkinan-kemungkinan lain.

Dan Alhamdulillah nampaknya beliau bertambah yakin dan faham penjelasan saya. Dalam perbincangan itu, saya agak tersentak dengan kata-kata beliau yang memberi pesan dan amanah satu wasiat yang dia mahu saya sampaikan sekiranya dia terpaksa ‘pergi dahulu’……., saya cuba tenangkan hatinya dan alih content perbualan dan minta dia agar jangan utamakan fikir tentang wasiat itu dahulu. Ya lah, kita yang pada hari ini masih lagi Alhamdulillah sihat ini, mungkin kita boleh cakap macam-macam, tapi bagaimana yang sedang menaggung derita?? Peritkan mereka??. Ya Allah, permudahkan lah urusan-urusan bantuan yang sedang kami usaha dan ikhtiar kan ini. Hanya padaMu Ya Rabb,,,kami mohon pertolongan dan kami yakin pada kekuasaanMu Ya Allah.

Saya sebagai hamba yang daif dengan rasa rendah diri memohon agar tetamu SSDL sekalian agar dapat mendoakan sahabat saya ini (disamping kita mendoakan diri dan keluarga kita) dan dapat menyebarkan khabar kongsi dari saya ini kepada sahabat, saudara-mara dan rakan blogger yang lain,……..kerana InsyaAllah bertambah insan-insan pemurah yang ingin menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban sahabat saya ini, boleh terus emailkan pada saya dialamat berikut : doazamasjid_4004@yahoo.com.my

Sekian.

6 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikguzam

Semoga segala usaha cikguzam dipermudahakan Allah.. amiin

cikmanggis said...

salam Zam..dari apa yang makcik faham dgn apa yang Zam tulis ni tentu sahabat Zam ni mengidap penyakit yang agak kronik.Semoga beliau tabah ...semoga segala urusan akan dipermudahkan olehNya.

melatidaisy said...

salam alaik cikguzam,

smoga sahabat cikguzam dikurniakan ketabahan dlm mghadapi ujian ini. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul, tp sy yakin dgn kehadiran sahabat2 spt cikguzam insyaAllah dia akn lebih kuat utk brjuang.

Wanita Mutalib said...

As salam cikgu.
saya ada email pada cikgu.
mohon cikgu balas. :)

pada kawan cikgu.
saya harap dia bersabar.
pasti ada jalan buat dia.
amin.

Cikguzam said...

salam makcik werdah,
Wslmm makcik. terima kasih di atas doa yang makcik turut bersamakan. Saya sangat menghargainya makcik. Terima kasih sekali lagi. SEMOGA MAKCIK SENTIASA SIHAT DAN GEMBIRA

Salam cikmanggis,
wslm,,Ye, benar makcik.....mmg kronik, kami sedang berusaha pada Qadar yang kami mampu ke arah yang positif. Terima kasih sangat2 doa dari makcik. SEMOGA CIMAGGIS SENTIASA SIHAT DAN GEMBIRA

salam melatidaisy,
wslmm, Benar kata melati, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,. Doa dari saudarai sangat saya hargai dan saya ucapkan berbanyak terima kasih. Bersama kita memartabatkan insan malang. SEMOGA MELATI SENTIASA SIHAT DAN GEMBIRA

salam wanita mutalib,
Wslmm, ya saya baru sahaja baca email puan. Terima kasih banyak2 di atas doa dan keperihatinan puan sekeluarga terhadap sahabat saya ini. InsyaAllah kita sama2 membantu apa yang boleh dan pada Qadar yang termampu. SEMOGA WANITA MUTALIB SENTIASA SIHAT DAN GEMBIRA.

kak ijan said...

Salam Cikgu,
Kak Ijan tumpang simpati dengan rakan cikgu. Kami sekeluarga doakan agar beliau dikurniakan kesihatan dan dikuatkan semangat nya menempuh dugaan ini.