Wednesday, December 21, 2016

🌸 Apabila

Apabila tangan mu bersungguh mahu bersalam terima kasih. Apabila kamu-kamu nyatakan gembira bertemu. Apabila kamu luah rasa gembira memahami nikmat dibantu dan ingin membantu. 

Apabila kelopak bunga matamu kembang mengalir air. Apabila 20 biji mata kamu-kamu tepat memandangku tumpu. Apabila, Allah beri aku mula merasa...., apa dirasa kamu dalam hati kamu. Apabila kamu bertanya bila lagi kita semua akan bertemu. Apabila kamu mula bertanya pelbagai soalan untuk melakar potret baru makna hidup.... dan apabila 4 roda kereta berpusing membawa ku pulang berehat bersama menunggang pemanduan perlahan. 

"Allah......, goncangkanlah qalbuku ini....! Adakah Kau benar-benar hadiahkan aku sesuatu dalam jiwa ini...... yang kian berkelopak dan bercambah......, bahawa aku ada lampu mampu membantu khalifah-khalifah membuat ubah dan ubah? 

Ya Allah, hadirkanlah jawapan pada persoalanku ini walau dalam mimpi. Tunjukilah jalan dan lorong yang lebih luas, agar hamba mu ini bisa terus menghidu wangian nikmat menghulurkan tangan kepada diriku dan mereka.

Aku rayu padaMu....., sebagai hamba khalifah lemah.

Kalaulah.....dapatku padu hajatku padaMu..., seperti mana bersama liriknya kata doa Hijab Kekasih dendangan Encik M Nasir......

..........., malai rinduku merintih..........., Ya Allah.

Sunday, December 11, 2016

🌸 Detik Pulih

Termenung,.............. bila kau katakan hidupmu lebih aman dan tenang. Termenung,.......... bila kau luahkan  damainya beda kini bila solatmu kian dijaga.

Kini, kamu mampu imami sahabat-sahabat baru. Kini, zikir melekat cair basah dibibir qalammu. Ketahuilah, qalbuku ku salju dengan cerita-cerita mu.

Biar dirimu sedikit dikurung, namun hakikatnya kamu sedang dibendung oleh Allah Maha Agung. Detik-detik durasi bersamamu, indah nian untukku. Intailah tetingkap Soleh, jenguklah tirai Solehah. Pena dakwatku katakan, "Allah sayang kamu".

Wednesday, November 30, 2016

🌸 Beda Dua Notis

Insan hebat Muhammad telahpun menunjukkan banyak contoh dan hikmah, betapa sukarnya menyatakan kebenaran, menyebarkan kebaikan dan berdurinya hati dicucuk disaat menghulurkan manisan madu sebuah kongsian makna kehidupan. Kesabaran pekat diperlukan........
 
Disalah tafsir lebih ungguli dari direnung ambil baluti diri. Adakalanya manusia merasa mereka seperti terlalu hebat dan terlupa sekejap memandang ke tanah coklat bila mendongak kelangit biru. Seperti diterpa jendela Grandiose delusion.

Ada pula yang sanggup saban hari menebalkan bilangan muka surat buku catatan lakonan penipuan kepada pasangan sah nya, demi bergayut berantai pada pasangan orang. Kasihan anak-anak kecil, derita perasaan pasangan tiada terbela. Seperti disulam Erotomanic Delusion pada salur lung jantung.

Terus senyap kah sang khalifah pendorong? Dimana motivasimu untuk terus mengorak langkah maju bersama pesanan Muhammad yang tetap merindukan ummatnya disaat-saat akhir riwayat hidupnya. Muhammad telah tunjuki contoh hebat, disaat Abu Talib bapa saudaranya dihembusan nyawa akhir........ Muhammad tetap bermotivasi ajari ucap Syahadah walaupun dihunjung nyawa. Abu Jahal rakan karib Abu Talib turut ada disisi untuk terus hembus hasutan agar kekallah kamu dalam agama nenek moyang mu yang diwarisi.

Kalau si penyampai notis kesesatan sanggup bekerja sehingga ke hujung perjalanan. Maka......... "Mengapa tidak bagi pembawa NOTIS KEBAIKAN......?"

Monday, November 14, 2016

🌸 Kemerahan Sango Kaku

Semoga impian Kanoko san ingin bertemu jodoh suami muslim menjadi kenyataan. Moga hasratmu terlaksana, peroleh yang lebih baik nan warak sebagai teman hidupmu. 

Kanako san, kongsi hasrat tersiratmu di bawah rimbun-rimbun Zelkova musim bunga sejuk dulu, akan aku doakan selalu. Allah pasti sayang kamu, bila kamu mula ingin mengetuk pintu hidayah manisnya agamaku. Atau,........kini telah kamu miliki. Tidak mustahil! kerna kecantikan impianmu cukup manis. Manisharum.

Sakuragaoka, kau hadiahkan ku sejuta kenangan manis. Tersimpan rapi di kotak memoir seorang pengembara ilmu yang datang dari lubuk hulu. Sakuragaoka, rindu ku kerap datang bertamu. Akan ku kunjung lagi menjengukmu nanti, Amee, Ameen dan Ameen.

Cinta terlambai tinggal ketika dedaun Sango Kaku kian memutik kemerahan dan oren-oren di musim luruh yang indah. Sango Kaku....., membuatkan rindu terpaku pada indahnya alam mu.

Ogenki de itte kudasai...! Kukunci Lirik.

Wednesday, November 9, 2016

🌸 Container Bermotivasi

Sakuragaoka...., tidak lama dahulu juga menguji seni "menjaga halal food". Bila sama-sama menyewa di apartment bersama non-muslim. Ya, dapur kami berbeza. Alat kegunaan masak kami semua berbeza. Peti ais kami juga berbeza. 

Yang sama, kami serumah sama-sama hormat. Dia dengan menu "istimewanya". Saya dengan nikmat menjaga hebatnya halal food yang agama pesan jaga. Biar sedikit mencabar untuk menjaga dan memelihara kekuatan jiwa, namun kini kenangan indah jadi lambaian ingatan. Paling tidak, dapat ceritakan pada anak-anak dan anak murid......bahawa "dulu-dulu.....ayah/cikgu sanggup bersusah payah asingkan dalam kontainer persedian untuk masak halal food ke sana ke mari bila diuji dalam suasana asing keseorangan yang mencabar".

Memotivasikan anak-anak muda dengan pelbagai variasi..... adalah impian dedikasi hati. Cinta pada bahagia bukan sekadar untuk diri, tapi ingin mata melihat bahagia insan-insan lain bersama menikmati.

Terima kasih "kontainer"...... kerana suatu ketika dulu pernah menjadi teman sejati dikala hati gundah gulana, lalu kau kuatkan diri ini untuk terus hadapi. 

Sunday, November 6, 2016

🌸 Cikgu Sudin

Bukan sedikit usahamu, bukan kecil korbanmu, dan bukan biasa cara kamu bantu. Kamu bahagiakan hati anak-anak sepi.

Semoga Allah membalas akan keluarga kamu yang baik dan berkat. Ya Allah, aku merayu dan bersujud kepadamu...... Maqbulkan lah bait bait doa Cikgu Sudin dan Zaujahnya. Kerana, pasti ada sesuatu yang mereka sedang tunggu yang bakal kunjung tiba hanya dariMu, Rabb.

Saturday, October 29, 2016

🌸 Khalid dan Khadijah

Berterus terang sajalah Khalid Soleh (bns), jangan biarkan Khadijah Solehah (bns) termangu tertunggu. Ibu bapa kamu-kamu sudah lebih dari restu, cinta yang kamu jaga, cinta antara benua terindah. 

Bersabarlah Khadijah Solehah (bns), Khalid Soleh memang begitu, aku kenali dia sangat pemalu, tapi niatnya untuk meminangmu cukul hebat. Dalam jiwanya melekat tanggungjawab, terpasak erat ingin bahagiakan mu wahai Khadijah. 

Baik juga Khalid ni pemalu....., sekurang tidaknya....... bisa menguji setianya Khadijah. Khadijah, kalaulah kamu bersabar sedikit....., pasti Zauj hebat kau miliki. Ulang lirik, " Aku kenali Khalid ".

Khalid, jangan terlalu lama menyimpan cincin di dalam kotak terbuka........., bimbang tercuri oleh serangga yang tidak sengaja. Ku kunci lirik bertitik.

* bns - bukan nama sebenar.

Saturday, October 8, 2016

🌸 Rai

Insan, kalau pandangan orang pun kita tidak mahu belejar-belajar me'rai' dengan baik, apatah lagi mahu menerima teguran. Untuk positif menerima teguran, senyumlah dalam menerima pandangan-pandangan buah fikiran. InsyaAllah, teguran sejuk diterima lapang.

Kejayaan kamu....., bakal menjadi bos di syarikat baru adalah sebahagian kebanggaan yang aku tumpang rasa. Ya, aku bangga dengan kamu. Teruskan bantu mereka yang perlu.

Tahniah, memang hebat...!!!

🌸 Beli

Sudi sudikanlah  membeli  hati mereka,  belikan mereka bahagia. Mungkin terbeli  tiket ke syurga. Hari ini, merasai nikmat akui kelemahan kekurangan. Esok nikmati setapak anak kecil tentang perubahan. Belilah erti. 

Tuesday, October 4, 2016

🌸 Mungkin

Mungkin,
Airmata adik Fatznie menangis didalam hati, walau diluar nampak sepi senyum lagi. Bersabarlah...... Allah mungkin menguji tanda sayang kamu. Doa cikgu tetap bersamamu.

Mungkin,
Salahudin kian bahagia nikmati hijrah ketentuan Illahi. Doa cikgu moga cekal jiwa kamu.

Indah kamu kamu, keagungan sabar kamu kamu..... adalah tumpang nikmat bagi cikgu. Tidak lebih dari itu. Dari jauh rinduku madu untukmu.

Sunday, September 25, 2016

🌸 Drama Kita

Lihat drama tv atau wayang cerita yang berepisod, 
Baru tonton beberapa episod awal dan pertengahan, kita sudah boleh buat ramalan kesudahan drama tersebut nanti bagaimana. Manusia bijak meramal berdasarkan petanda.

Begitu juga dengan kehidupan, gaya jalan cerita yang kita dipilih, sebenarnya sudah beri gambaran kesudahan cerita yang bagaimana akhir cerita kita. Unless "Tuan Director " ikhlas mahu ubah gaya demi lebih kebaikan dituai episod akhir cerita.

Nampak macam simple tapi hakikatnya multiple. Hati, sungguh kau warni warna. Ibn Qayyim kata, bicara makna hati ada tiga. Hati sihat, hati sakit dan hati mati.

Aduhai....rasa rindu pada era kecil-kecil dulu.

Wednesday, September 21, 2016

🌸 Konotasi

Sungguh ramai srikandi teristimewa yang amat sayang arjuna nya, namun menjadi penyumbang utama dosa kepada arjuna.

Aurat, kau mungkin siram insan tersayang dengan bisikan asap panas kepadanya. Jadi, apa makna istimewa arjuna dihatimu?

Arjuna? Jangan lega. Bahu memikul segala-gala. Titik!


Tuesday, September 20, 2016

🌸 Keretapi Talhah

"Ayah, abang nak naik ketoapi, alaaa buleh laaa.....", Talhah.
"Alaaa ayah.....jom laaa, abang nak naik ketoapi ni...jom laaa", sambung Talhah. 

Humairah tersengihh.....sambil kata.... "nak aik api, nk aik piii....."

Talhah semakin mengenali ketaapi, byk kali sebut nak naik ketaaapi......, tapi ayahnya selalu sibuk. Keluar pagi, balik malam hari. Kadang-kadang ada cuti. Kini cuti raya haji.

"Oklah.... esok ayah dan ummi bawa abang ngan adik naik ketoapi k..., kita ke Beaufort". Malam ni kena tidur awal, esok nok bangun awal lepas subuh nok naik ketoapi kan...


Talhah tersenyum. Malam itu Talhah banyak berangan....nak tidur pun susah dan gelisah. Mulut sentiasa sebut ketoapi...ketoapi....ketoapi.......

Sebelum terlelap lena, Talhah sempat senyum dan menyanyi.... "hang pi mana, nak pi mana..nak pi mana...hang pi mana nak pi mana nak pi mana" ..... Akhirnya Talhah tertidur dalam senyum trsimpul.

Alhamdulillah, mujur takdir ada keretapi.