Thursday, December 10, 2009

Kalau dah rezeki.........

Assalamualaikum semua, kisah hari ini ialah "keajaiban" yang berlaku pada aku di lewat malam pada 12 November 2009. Hari itu setelah pulang dari libraray lbh kurang jam 6pm, aku mengidammm sangat dan sangat299x nak makan daging kambing (lamb chop) heheh. Jadi aku terus call 2 orang sahabatku yang juga kaki@peminat setia lamb chop, tapi kedua2nya tak berminat dengan pelawan aku untuk pergi melahap lamb chop pada malam itu. Aku pun pulang ke kediaman dengan sedikit keFRUSTsan yang agak terkeciwa duka nestapa =(. Aku yang sangat mengidam tadi tanpa membuang time@masa terus menelefon seorang sahabat lagi untuk meminjam motor kerana ingin pergi seorang diri ke Restoran chop n steak yang diimpikan, tapi apakan daya kawan ku itu cakap,,,,,"emm maaf zam, aku kene ambil kawan aku di LRT jap lagi kul 10pm, skrg dah 9.30pm. Tp klu ko sempat balik jam 10pm, ok je". lalu aku mengkenselkan nak pinjam motornye krn bimbang terlewat dan takmau nyusahkan orang dek kerana dagin kamben. Maka aku pun anggaplah malam itu impian untuk menyantap daging kambing mungkin tidak tercapai. Bagi mengisi kecedihan itu, maka ku ambil keputusan untuk pergi membasuh pakaian. Setelah aku selesai basuh pakaian dalam jam 10.30 dan aku terus menunaikan solat isyak (yang agak sudah kelewatan). Selepas solat isyak dan perkara2 sunatnya, aku termenung di atas sejadah sambil berkata pada diri ku sendiri "ape laaa yang nak dirisaukan, disedihkan, diidamkan dangat pasal lamb chop tu, klu lah ia adalah rezeki aku malam ni, mesti aku akan dapat makan, tapi klu bukan rezeki aku walau macam man sekalipun tetap akan bukan milik aku, klu bukan rezeki kita makanan yang sudah berada di tangan pun boleh terjatuh ke tanah" (fuhhh, best juga bercakap sorang diri ni,,,hehe). Jam sudah pukul 11.15pm, dan tiba2 ,,,,,tibatibatiba,,,,kuk,,,,,kuk,,,kuk, kuk, kuk kuk, pintu bilik ku diketuk. Aku lantas membuka dan kelihatan Azmi sahabatku di depan pintu, sambil berkata, "ZAM, AKU BARU BALIK DARI PAHANG NI, INGAT NAK BALIK ESOK JE SEBAB HUJAN LEBAT TADI, TAPI HUJAN DAH REDA DAN AKU DATANG HARI NI GAK. AKU BARU SAMPAI NI, LAPAR LAK, JOM KITA G MAKAN," dan setelah berbual si Azmi juga nak makan kamben, hahahahahahha dan hahah dan hahaha lagi, Alhamdulilllahhhh, berjaya impian ku walaupun dal lewat malam. Inilah yang dikataka, KALAU DAH REZEKI,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, (",)