Thursday, October 29, 2009

Ku Cari Air

Ketika sedang kusyuk mengulagkaji di library, tetiba Sms yang diterima jam 3.30 petang dari seorang sahabat yang memaklumkan bahawa tiada air d kolej kediaman dan mungkin untuk beberapa hari. Aku hanya senyum (tapi dalam hati terfikir, kat mane laaa aku nak mandi, hik..hik)- Air di sekitar UPM dijangka tiada sehingga Rabu.aku lupakah hal sumber segar itu dan terus fokus pada study, study dan study...
4.25PM - Aku ke surau library untuk solat asar bersama seorang sahabat - masa mengambil wuduk, air di sini juga semakinkehabisan, mengalir perlahan.
5.00PM - Aku menduduki peperiksaan akhir HRT
6.30PM - Peperiksaan selesai
6.45PM - Aku ke Cafe Ekonomi untuk minum dan terus menunaikan solat magrib di surau Fak. Eko. Semasa ke tandas, aku TERKEJUT BERCAMPUR GEMBIRA bila melihat semua paip dalam setiap tandas dan setiap sinki terbuka dan air mengalir keluar bersama "pembaziran"!! Aku segera masuk ke setiap tandas untuk menutup semua paip itu begitu juga dengan paip2 sinki. (",) hatiku puas dan lega dapat peluang lakukan amal secara spontan begitu.
7.30PM - setelah selesai solat magrib aku terus ke Kompleks Akademik Pusat, Peperiksaan "Testing and Evaluation" bermula jam
8pm-10.30pm10.45PM - pulang ke kediaman, dengan harapan ingin menjamah air untuk mandi dan menyegarkan tubuh (setelah tak pulang dari pagi)
11.00PM - Alamakkkkkkkkkk......!!!!!!!! Air masih takdeee,,!! Arghhhhhhhhhh!!!! Pelik rasa, sebentar tadi di Fak. Eko, air yang melimpah ruah keluar dari semua dan setiap paip seolah-olah memberi maksud, "air sudah ada" dan mungkin tadi semua pengguna terlupa untuk tutup paip bile buka air tiada, tapi sangkaan ku meleset, air sebenrnya masih tiada ! Aku rasa tak sedap badan, tak selesa,, AKU PERLU CARI AIR MALAM INI !
12.20AM - aku hubungi sahabatku di Kolej 6 dan tanya tentang AIR, katanya AIR ada di sana,. YES, YES aku tersenyum puas gembiraaaa !!
12.25AM- Aku bergegas ke Kolej 6 bersama Azmi menaiki motor, untuk "BERTEMU AIR".

* gembira rasa dapat menyegarkan dan membersihkan diri dengan air suci, Alhamdulillah,.* Aku bawa pulang 2 botol besar air sebagai bekalan untuk wuduk subuh esok. - Hati gembira, riang dan puas, walaupun telah lewat malam tapi kerana niat ingin membersihkan diri, menyegarkan diri dan mencari bekalan untuk wuduk di esok hari, Allah temukan aku dan azmi kepada air. Terima Kasih kepada Hafiz kerana sudi menerima tetamu ini hanya kerana "AIR".