Monday, September 30, 2013

Nota Tengah Tahun

Awal pagi jam 4.15 dinihari, bangun dan menulis sedikit dokumentasi penting berkaitan tugas tengahan tahun ini yang telah berlalu beberapa bulan lalu. 

Ketika diminta untuk mewakili gakkou bagi membuat analisis dan observation tentang satu wacana minda bertajuk "Aku dan Facebook". Satu perbentangan tentang dapatan kajian terhadap kesan dikalangan pelajar sekolah di Sarawak. Saya melihat, meneliti dan mendalami dalam variasi aspek. Al-Quran dan isi kandungannya sudah pasti tidak boleh dikebelakangkan.

Lebih dari 50 sebab saya menukilkan. Satu dikongsi kepada sahabat melalui wai-emm beberapa malam lalu. Walaupun dia "kaki dan tangan facebook", tetapi dia setuju bila saya sebut "Kegelisahan muslim sekarang sekiranya sehari tidak melihat facebook adalah sangat menakjubkan, mengujakan...... dan tidak sama dengan kalau wujud kegelisahan sekiranya sudah berbulan-bulan tidak membaca sepotong ayat mudah di dalam Al-Quran, itupun kalau ada yang sedikit gelisah, tetapi bukti harian yang diperolehi ternyata lebih dasyat lagi". 

Dalam nota ringkas ucapan nukilan analisis dan observation kegunaan facebook yang saya lakukan jam 4.00 pagi itu, saya sempat menulis dihujung ayat, bahawa saya benar-benar rindukan ditemukan seorang sahabat muslim sejati yang benar-benar menggunakan facebook untuk peratusan tinggi dalam usaha agama dan bukan menggunakan agama "untuk menyelamatkan diri dan dummy agama sahaja". 

InsyaAllah tulisan akan dikaitkan dengan dokumentasi maklumat semasa menghadiri Literasi Undang-undang Pelajar di Kalangan Ketua Guru Disiplin (september), KPM, konsep kasih sayang, dan "in house training" yang akan saya sampaikan sekiranya dengan izin. Titik!