Wednesday, August 24, 2011

Sambil

Pulang dari Yubinkyoku (pejabat pos) tadi setelah selesai pos laju kembali hantar beberapa buku yang dipinjam dari Tuan Sam 4 bulan lalu. Sedang memandu kala itu, kelihatan dua orang murid sekolah rendah berjalan kaki berteman pikulan beg berat. Teringat dan cuba menguji psikologi kecil yang dikatakan mampu menjadikan anak kecil bangga dan dihargai diri mereka, lalu biarpun tanpa kenal sesama kita, hon saya bunyikan dan mengangkat tangan pada mereka si cilik berdua dan berselit sedikit senyuman hadiah dari saya. Dari cermin sisi kanan dan pandang belakang, saya lihat mereka macam senyum pandang toleh pada punggung kancil ini dan mengilas senyum sambil pandang sesama sendiri. Semoga mereka bertambah motivasi dan rasa diri mereka dihargai, maaf saya sekadar cuba uji satu teori yang baik untuk si kanak berjalan kaki bawahan pancaran terik.

Ohya, rasanya masih ramai remaja, kanak-kanak dan bayi-bayi yang masih belum ketahui bahawa antara keunikan Encik Posmen-posmen adalah membaca dari bawah setiap alamat. Maksud pakcik pertanian adalah tuan-tuan posmen akan baca alamat bermula dari bawah ke atas sebagai satu unit sistem tradisi yang diwarisi bagi menjamin kecekapan dalam pembahagian untuk penghantaran surat. Sedikit ilmu baru mungkin buat kamu wahai yang masih kecil-kecil.