Wednesday, August 24, 2011

Sambil

Pulang dari Yubinkyoku (pejabat pos) tadi setelah selesai pos laju kembali hantar beberapa buku yang dipinjam dari Tuan Sam 4 bulan lalu. Sedang memandu kala itu, kelihatan dua orang murid sekolah rendah berjalan kaki berteman pikulan beg berat. Teringat dan cuba menguji psikologi kecil yang dikatakan mampu menjadikan anak kecil bangga dan dihargai diri mereka, lalu biarpun tanpa kenal sesama kita, hon saya bunyikan dan mengangkat tangan pada mereka si cilik berdua dan berselit sedikit senyuman hadiah dari saya. Dari cermin sisi kanan dan pandang belakang, saya lihat mereka macam senyum pandang toleh pada punggung kancil ini dan mengilas senyum sambil pandang sesama sendiri. Semoga mereka bertambah motivasi dan rasa diri mereka dihargai, maaf saya sekadar cuba uji satu teori yang baik untuk si kanak berjalan kaki bawahan pancaran terik.

Ohya, rasanya masih ramai remaja, kanak-kanak dan bayi-bayi yang masih belum ketahui bahawa antara keunikan Encik Posmen-posmen adalah membaca dari bawah setiap alamat. Maksud pakcik pertanian adalah tuan-tuan posmen akan baca alamat bermula dari bawah ke atas sebagai satu unit sistem tradisi yang diwarisi bagi menjamin kecekapan dalam pembahagian untuk penghantaran surat. Sedikit ilmu baru mungkin buat kamu wahai yang masih kecil-kecil.

6 comments:

makcikmanggis said...

tiap tiap pagi makcik angkat beg sekolah si adik terasa seperti bahu tua ni nak patag .berat sungguh...selamat bersahur Zam:)

Cikli said...

saya setuju teori tu. terasa diri wujud dan dihargai.
kalau cikgu zam hon dan angkat tangan pada gadis2 yang tengah tunggu bas kilang. pasti termotivasi jua mereka. haha

Tasha said...

Kerja posmen perlu ketahanan & ketelitian...

Kunang-Kunang said...

Pada budak sekolah tak apa, pada orang yang bukan budak sekolah, sama ada dia suka atau dia marah.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk Cikgu Zam sekeluarga.

Posmen tu nak tengok negeri dan poskodlah agaknyakan!!

werdah said...

Assalam'alaikum cikguzam

Teringat pula masa bersekolah dulu, makcik guna beg raga je hinggalah ke tingkatan 5.. jinjing dengan tangan, bila hujan masukkan dalam plastik..

Kesian juga kepada kanak-kanak bawa beg berat tapi tak apa, cikgunya dapat beri motivasi.

Selamat berhari raya ya.. betullah agaknya posmen baca dari bawah sebab nak agihkan surat ikut poskod.. makcik selalu dapat surat salah alamat...

Cikguzam said...

Salam Makcikmanggis,
Selammat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Maaf zahir dan batin. Maaf terlewat ucapan dari saya.

Salam Cikli,
Selammat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Maaf zahir dan batin. Maaf terlewat ucapan dari saya.

Salam Tasha,
Selammat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Maaf zahir dan batin. Maaf terlewat ucapan dari saya.

Salam Kunan-kunang
Selammat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Maaf zahir dan batin. Maaf terlewat ucapan dari saya.

Salam Makcik Werdah,
Selammat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Maaf zahir dan batin. Maaf terlewat ucapan dari saya.