Saturday, October 31, 2009

Hiroko Otsu

Impian semakin menghampiri kenyataan, setelah pelbagai perkara aku usahakan untuk itu, dan persiapan yang semakin aku giatkan, beberapa petanda kian membawa aku ke sana. Isnin pagi, pertemuan seperti yang dijanjikan antara aku dan Otsu. Hiroko Otsu merupakan pelajar tunggal berbangsa Jepun yang kini sedang berada di Kampus ku, menuntut ilmu di sini buat seketika waktu sebelum kembali pulang ke negara Matahari Terbit itu. Pertemuan aku bersama Hiroko Otsu adalah atas dasar beberapa perkara penting ke arah aku mencorak masa depan yang lebih gemilang buat dunia ini...! Yang pasti, pelbagai cabaran yang sudah aku JANGKA perlu aku tempuhi. Aku perlu bersedia untuk 3 perkara (sebelum, semasa, dan selepas).
Antara Aku, Hiroko Otsu dan "TUA".