Wednesday, August 24, 2011

Sambil

Pulang dari Yubinkyoku (pejabat pos) tadi setelah selesai pos laju kembali hantar beberapa buku yang dipinjam dari Tuan Sam 4 bulan lalu. Sedang memandu kala itu, kelihatan dua orang murid sekolah rendah berjalan kaki berteman pikulan beg berat. Teringat dan cuba menguji psikologi kecil yang dikatakan mampu menjadikan anak kecil bangga dan dihargai diri mereka, lalu biarpun tanpa kenal sesama kita, hon saya bunyikan dan mengangkat tangan pada mereka si cilik berdua dan berselit sedikit senyuman hadiah dari saya. Dari cermin sisi kanan dan pandang belakang, saya lihat mereka macam senyum pandang toleh pada punggung kancil ini dan mengilas senyum sambil pandang sesama sendiri. Semoga mereka bertambah motivasi dan rasa diri mereka dihargai, maaf saya sekadar cuba uji satu teori yang baik untuk si kanak berjalan kaki bawahan pancaran terik.

Ohya, rasanya masih ramai remaja, kanak-kanak dan bayi-bayi yang masih belum ketahui bahawa antara keunikan Encik Posmen-posmen adalah membaca dari bawah setiap alamat. Maksud pakcik pertanian adalah tuan-tuan posmen akan baca alamat bermula dari bawah ke atas sebagai satu unit sistem tradisi yang diwarisi bagi menjamin kecekapan dalam pembahagian untuk penghantaran surat. Sedikit ilmu baru mungkin buat kamu wahai yang masih kecil-kecil.

Sunday, August 21, 2011

Sang Relabantutapitertipu

Benar kata sinopsis sirah-sirah itu, kadang-kadang memang ada wajar yang logik untuk termakan hati sendiri dek kerna anggapan fitnah itu. Bersusah payah Sang Relabantutapitertipu cuba-cuba tolong bantu, tapi sebenarnya orang cuba berlakon dan menipu serta buruk kan Sang Relabantutapitertipu.

Pandai sungguh ia berlakon, bermain cerita, bermain wayang menagih simpati dan memburukkan Sang Relabantutapitertipu dengan ayat-ayat biasanya. Mungkin Sang Relabantutapitertipu perlu terus bersabar dengan anggap dan tanggap cerita tak persis yang dikupas salah itu. Sang-sang lain yang tak mengerti cerita sebenar sebetulnya terus percaya lakonan si pemain drama itu. Ini kadang-kadang Sang Relabantutapitertipu sedih. Ya Allah, semoga suatu hari nanti kau tunjukkanlah yang sebenar cerita betul yang belum terusik dek kupasan bikinan dusta, Amin.

* Pujangga muda pernah terkata, pelakon yang telah sebati memang hebat pegang mewatak yang kadang-kadang kehebatannya nya sukar digugat dan dikesan dek sikapnya yang berkeras babeyy. Pun begitu, harus bersyukur kiranya minoriti sahaja yang dinampakkan biar sukar mahu dibuktikan. Adakah ini penangan bila terlalu baik dengan orang dan sentiasa buat senang dan tunaikan dengan mudah setiap permintaan???? Kini dipersimpangan samada mahu terus jadi insan mudah bantu orang atau sudah berpatah arang berkerat rotan-rotan. Tamashi no kanashii kimochi...............

Friday, August 12, 2011

Belai

Mungkin belaian terakhir atau kedua akhir. Tapi ketiga akhir macam sudah terlambat dan lebih tepat tidak mungkin. Semoga yang baik ambil tirulah untuk kebaikan pada sesiapa sahaja dan kiranya kekurangan atau yang bersifat negatif tinggalkan ia dalam sedikit renungan. Ia tentang Sutoori ini.


Semakin mahu tinggalkan tanah jawa ini, kian juga bertambah rasa indah untuk kenangan dan penghormatan buat kamu. Benar, mungkin anda tidak tahu saya sangat hormat kamu dalam diam hati ini. Hormat demi sebuah harapan masa depan kita dan kamu-kamu itu. Mereka ramai-ramai datang sampaikan hasrat mahu datang berbuka rumah sewa cikgu bujang. Menyatakan hasrat sedih mahu berpisah dengan ssdl. Melahirkan mahu bersama makan berteman cikgu. Ya cikgu yang akan menghabiskan LMPK selama 3 bulan bersama mereka.


Ibu-ibu mereka mahu masak dan supaya mereka dapat bawa dan tidak mahu menyusahkan cikgu mereka. Mungkin agaknya mereka faham betapa cikgu bujang seorang di rumah sewa tidak punya lengkapan masak untuk populasi yang besar, “toomoiimasu...” . Tapi cikgu keseorangan tetap mahu juga masak apa-apa untuk mereka, juga buat 3 jug air minum mereka dan beli tambah beberapa juadah lagi demi buat mereka. 3 insan yang datang awal rumah cikgu dan bawa tempe khas dan goreng di rumah cikgu, katanya tak mahu goreng di rumahnya bimbang cikgu makan yang sejuk. Katanya cikgu akan makan yang sedap kalau masih panas-panas. Aduhhh……aku kaku bibir terdiam kejap-semeta dan secepat kilas senyuman sepucuk ringkas.


Terharunya saya. Inilah yang saya ajar, kata cakap, didik dan yakinkan anda dalam pelbagai kaedah dan cara bahawa anda sebenarnya cerdik, potensi tinggi dan punyai pelbagai ruang kiranya anda faham cara strategi yang saya rancang khas buat anda. Saya gembira dengan kerja ini untuk kamu-kamu. Inikah berkat doa harian saya, atau satu permulaan tahap tengah untuk bangunkan anda, atau petunjuk sesuatu buat kita semua.


Allah telah memberi saya rasa di hujung ini, satu rasa apa yang selama ini saya suka sebutkan istilah terkesan. Walaupun kamu kelas hujung-hujung belakang dibubuh label status, walaupun kamu sangat nakal kadang-kadang, walaupun kamu anggap aku garang @ bekeng dan ada juga terdengar dulunya aku di label singokelate, tapi akhirnya kamu sangat hormat cikgu. Inikah yang dikatakan cikgu sudah berjaya jinakkan kamu??? Sehingga jenayah merokok pun kamu sudi ikhlas mengaku dengan cikgu tanpa segan???. Dan cebisan nota dari kamu-kamu setiap satu buat cikgu yang cikgu baca tadi sungguh mengharu-birukan lagi melodi di sanubari cikgu ini.


Betapa cikgu gembira berjaya jinakkan kamu. Kamu tak segan dan takut pada yang garang ini, kamu mahu sudi datang, kamu sudi goreng untuk cikgu agar cikgu merasa yang sedap panas-panas, kamu datang ramai-ramai rumah sewa cikgu mahu iftar berbuka bersama, kamu mahu solat magrib dengan cikgu bersama, kamu mahu cikgu tazkirah kamu, kamu mahu cikgu pesanpesan lagi itu ini.


Sesungguhnya kamu telah melukis satu warna baru pada qalbu cikgu yang mana warna itu kalau dicari pada papan asas kotak pensil warna jenama LUNA mahupun SWAN, warna baru itu tidak akan kamu ketemu. Kerna ia benar-benar satu warna baru. Cikgu akan sentiasa doakan kamu-kamu. Maafkan cikgu kerna perlu berangkat dulu.


Wednesday, August 10, 2011

Cinta Antara Benua

Abdullai sahabat benua Ghana, menceritakan betapa tinggi harapanyan untuk membantu masyarakat Ghana dalam usaha kesedaran dan penyelidikan pertanian. Kini Abdullai berada di tahap dan tempat yang tinggi. Yang sangat kagum dan wajar puji hamba Allah ini adalah kekuatan istiqomahnya dalam mencari ilmu dan beribadah. Suka bawa Obento sendiri ke masjid untuk buka puasa semasa di bumi orang dan tidak kisah walaupun terpaksa makan tanpa teman di bucu tiang bangunan masjid sambil lempar senyuman. Bila berkenalan ternyata kamu Hati kamu sangat baik dan boleh dicuri ambil buat teladan.

Di pedalaman Mexico, kini kawan-kawan senegara Alex masih ada yang belajar di sekolah bawah pohon serta seorang guru di bawah sepokok teduh. Semoga kejayaan Alex kelak akan dapat membantu memartabatkan insan-insan susah itu. Saya hormat kamu Alex kerana kamu juga hormat Islam saya.

Orient dilengan sendiri pada saat ini. Mungkin sesiapa yang punyai mata wang Yen dan aset beberapa gram emas akan tinggi motivasi untuk jual emas pada pasaran harga saham sekarang. Ya, nilai harga tengah naik di saat sekarang. Tapi malangnya bagi saya yang tiada langsung kepingan logam kuning itu. Yen Japan juga sudah sangat sikit, minggu lalu-lalu di saat sempit, telah saya jual mata wang itu biarpun pada harga sedang jatuh nilaian lebih rendah. Tapi ia bukan halangan buat kita-kita untuk tidak isi kotak minda dengan ilmu sentiasa terbaru tentang maklumat ini. Takpalah, memang hidup ini kadang-kadang kita perlu cari hikmah melalui ujian sebegini.

Altoro dari Peru dan pasangan bentangnya sedang berusaha "menyelami lautan dalam" untuk benar-benar menggegarkan promosi perusahaan anchovy (bilis) dan produk-produk berkaitan anchovy. Altoro menegaskan satu elemen penting yang berjaya mengyakinkan ahli-ahli dewan pada ketika itu ialah dengan menghuraikan khasiat unggul yang terdapat pada anchovy lalu telah sentap semangat yang ramai-ramai agar ajaklah masyarakat meminatinya.

Mungkin Yuki san masih bersama keluarga datuk neneknya meratapi kemusnahan simbahan dasyat itu. Semoga membangun semula dengan lebih baik.

Rezeki banyak atau sikit, bukan halangan buat semua khalifah untuk menunaikan tanggungjawab. Di dunia serata masih ramai sangat-sangat yang susah dan masih merana. Terutama saudara kita di Palestin sana. Kami-kami sayang kamu. Kamu-kamu selalu didoai kami-kami. Cinta antara benua.

Tuesday, August 9, 2011

Ebi

Minggu akhir ini,.
Ditanya pada mengapa siangan semalam kepala sangat pening berpusing meligat sehingga ke malam. Atama ga itakatta node,……tapi masih boleh tahan. Syukran Ya Allah kerana masih beri kekuatan untuk hasilkan 2 menu berasaskan ebi idaman sebelah petang.

Dan bila direndam lamunan, benar-benar kunikmatikah juadah yang pulun sediakan berharapan dalam putaran peningan itu dikala ku santap dalam kepeningan yang masih bergelutan erat di neuron. Ditanya atau tertanya….atau ada maksud disebalik rasa. Antara ebi dan atama.

Saturday, August 6, 2011

Frangipani Putih


Terima kasih di atas setia kasih sayang mu sahabat itu yang biarpun di saat aku susah dulu sebelum kembali sambung musim jelajah ilmu tapi kamu setia kenali diriku. Yang tidak anjak berubah sikapmu. Yang bercambah seperti skala sebelum. Yang sebenarnya dirimu mampu olehi yang wali hebat-hebat dan bukannya aku yang sekadar Si pencari sekerap tongkol-tongkol berbau. Yang terus kau berikan semangat murni kerap acap-acap. Yang kamu seolah tahu akan perubahan bakal aku terlaku. Yang semacam kamu faham rancangan murni aku dalam sepi belakang tabir putih di saat orang-orang sinis ejek akan aku.


Yang akhirnya aku tahu betapa harga kuntum yang itu. Yang juga menjadikan aku mampu belajar perkara baru iaitu menilai banding beza orang-orang yang memberi sesuatu sumbangsaran macam ikhlas sangat-sangat tapi mengharap amat balasan berlebih-lebihan yang sebenarnya telah dilayan tapi apabila masih tidak mampu melunaskan nafsu memperajakan dia, maka yang ulung bekasan ejekan dianggap lupa daratan. Yang sebenarnya transparensi kepada Al-Wajhu diri dia-dia tu. Kalaulah kamu melihat dengan mata warna bunga daisi, bunga bakawali, bunga melur, bunga serombong dan bunga frangipani….memang benar putih belaka warnanya, tapi bilangan kelopak dan coraknya ada beda. Begitulah hati-hati manusia, mungkin ramai berwarna putih niat baiknya sama, tapi cara luahannya tak sama.


Oh seimbangnya kelopak putih frangipani yang berlima. Jua betapa pentingnya harga bagi sebuah dokuritsu shita.


*dokuritsu shita (independent)


Thursday, August 4, 2011

Yoi Tamashi

Sang julung yang tumbuh diperantara dua musim itu. Spesis hanya diantara musim hujung bertukar. Yang menyimpan sebuah Sutoori pilu ku dihujung kembara dulu sebelum badai simbah lalu. Realistik benih mu tetap berpaku dan terbang. Mungkin boleh jadi asas tunggul untuk bantu lerai buntu tomodachi lama itu, yang dihubungi baru sekejap lalu. Berehat sebentar dulu wahai sahabat dulu-dulu. Bukan hanya kamu, aku juga punyai koleksi dosa-dosa sendiri yang perlu pada doa-doa yang tulus datang dari yoi tamashi.

Tuesday, August 2, 2011

Cerita 1 Ramadhan dan Perginya Wak Yang Abid

Bulan Al-Mubarak kunjung datang lagi. Masih genki desu. Alhamdulillah syukur dengan peluang yang masih kau kurniakan Ya Illahi. Pertamanya ingin mengucapkan Salam Al-Mubarak kepada semua ahli keluarga, sahabat dan seluruh kenalan dan tetamu SSDL tanpa kira-kira di mana jua kalian berada. Saya sebagai hamba yang lemah dan banyak melakukan dosa, memohan panjat doa-doa moga dikuatkan iman yang sangat lemah ini.


Dengan berbaki kurang lebih 18 hari lagi di selatan ini, Alhamdulillah badan masih sihat dan dapat berlari rutini hari-hari yang didamba. Tidak selindung, jua ada rasa sedih untuk tinggalkan tanah selatan ini lebih-lebih lagi jiran-jiran warga tua emas sangat baik. Bulan sebelum Ramadhan lalu, boleh dikatakan mainichi (setiap hari) mereka hulurkan juadah buat bujang senang sepi ini. Wak Minah paling kerap, Wak Nisah dan Safari juga antara paling kerap ditambah pula dengan peramahnya Wak Samuri dan isteri, pakcik Hamdan sekeluarga memang tidak boleh dinafi keluarga baik hati.


Di Surau, semua tua-tua emas itu baik-baik belaka. Maafkan saya tidak dapat tunaikan minta-minta warga Wak-Wak emas sekalian untuk saya beraya di sini nanti kerna ssdl perlu pulang ke dalaman Cik Siti Wan Kembang bila tengahan Mubarak nanti. Dan, kepada Wak Nisah dan Suami, saya juga perlu minta maaf kerana soalan Wak tentang saiz baju melayu saya yang beberapa kali ditanya, masih saya tidak jawab dan sangat kerap saya berdalih tukar topik bicara. Wak, percayalah saya macam-macam-macam faham maksud wak, saya menulus nya saya tidak mahu susahkan wagra Wak.


1 Ramadhan kelmarin, terima kasih di atas 3 jemputan dari orang kampung sekalian yang satu pun saya tidak dapat tunaikan. Bukan tidak sudi, tapi saya sudah terjanji dengan kawan untuk berbuka puasa di luar. InsyaAllah, ini hari dan lain-lain hari saya akan terima datang jemputan. Pulang dari surau subuh 1Ramadhan itu, Wak Samuri memaklumkan bahawa Wak Yang Abid (pangkat saya iktiraf anggap) telah kembali ke Rahmatullah malam tadi. Agak terkejut tapi jauh di sudut hati bahawa bagusnya kehidupan Wak Yang Abid, dijemput Illahi dalam bulan yang sangat mulia. Semoga roh Wak Yang Abid ditempatkan bersama golongan insan-insan beriman Amin.


Pulang berbuka puasa di luar malam itu, setelah selesai mandi dan menunaikan 4 rakaat yang wajib. Wak Minah datang bersalam sahut dari luar., membawa tempe goreng berempah sama sambal kicap enak, nasi dan sayur berlauk. Terima kasih Wak, biarpun saya pulang dari satu janji bersama teman, tapi Wak masih simpan juadah yang masih panas biarpun malam yang nian saya pulang. Alhamdulillah, syukur Ya Rabb, nemukan sang bujang senang sepi di rantau orang bersama wali-wali baik hati.


* Ya Allah, sempena bulan baik mulia tinggi ini, kau ampunkanlah dosa-dosa banyak yang aku terlaku, juga yang terlibat pada ayah bonda dan saudara ku, kuatkanlah iman kami semua, kau tabahkanlah hatiku, jadikanlah aku anak yang soleh dan berbakalkanlah aku suami yang mithali kelak kiranya jodoh ku tiba, didiklah jiwaku ke arah kebaikan dan semakin menjauhi kemungkaran, terus tambah selalu kan lah install banyak rasa kasih sayang dan jiwa penyayang dalam diri ku ini agar ku bias tongkah arus hidup dengan penuh makna pada insan sepatutnya, murahkanlah rezeki ku dan keluargaku, dan aman tenang aslikanlah hidupku. Kepada Mu aku sangat sangat sangat memohon dan mendamba. Ya Allah.