Thursday, August 4, 2011

Yoi Tamashi

Sang julung yang tumbuh diperantara dua musim itu. Spesis hanya diantara musim hujung bertukar. Yang menyimpan sebuah Sutoori pilu ku dihujung kembara dulu sebelum badai simbah lalu. Realistik benih mu tetap berpaku dan terbang. Mungkin boleh jadi asas tunggul untuk bantu lerai buntu tomodachi lama itu, yang dihubungi baru sekejap lalu. Berehat sebentar dulu wahai sahabat dulu-dulu. Bukan hanya kamu, aku juga punyai koleksi dosa-dosa sendiri yang perlu pada doa-doa yang tulus datang dari yoi tamashi.

3 comments:

kak ijan said...

Salam Ramadhan cikgu... selamat berpuasa dan selamat berbuka ye :)

Cikli said...

dosa dan doa....

Cikguzam said...

Salam Kak Ijan,
Salam Ramadhan juga buat kak ijan sekeluarga yang berada nun jauh di sana.Semoga semuanya dalam keadaan baik belaka ye, mendapat keberkatan dan rahmat Illahi, Amin Amin Amin.

Salam Cikli,
Dosa dan Doa adalah dua kata erti yang sentiasa perlu diseiringkan agar kita sentiasa berdoa untuk mohon ampun dosa-dosa banyak yang mungkin tidak sengaja kita terlaku. Pernah dalam satu kursus di sebuah resort dulu, saya menulis tentang banyaknya dosa saya bila ditanya tentang kelemahan masing2 pada ketika itu, saya ditegur agar tidak menulis tentang dosa. Saya terpaksa akur dan tukar tapi hakikatnya saya tidak setuju.