Monday, July 25, 2011

Mungkin

Mungkin agaknya ada sebab-sebab haluseni kanak cilik malam itu yang mana perlu menjengketkan kaki untuk membayar harga sate sekadar ar-em 3 itu. Hati awal kata, mungkin kiranya kamu punyai ar-em lebih…pasti kamu mahu beli berpasang cucuk lagi. Hati dua kata, mungkin kamu si cilik yang bijak berjimat, atau mungkin susahnya hidup kamu dan mungkin sate 6 cucuk itu impian sudah lama kamu. Maafkan saya kerna tidak sempat untuk bayarkan buat kamu yang terus hilang berlari-anak pergi. Doa aku moga-moga masa depan hebat mu cerah menyala suluh cahaya berkat murah limpah ruah rezeki kamu. Semoga anak soleh pangkat kamu kelak. Sekali lagi maafkan aku wahai si cilik nama tak tahu.


* Ya Allah Yang Maha Memahami isihati, kuatkanlah imanku yang lemah dan semakin lemah ini, murahkanlah rezeki ku dan keluarga, panjangkanlah umurku dah ahli keluarga, tambahkanlah ilmu-ilmu baru kepada ku, kekal mantapkanlah ilmu-limu sedia ada yang telah Engkau berikan padaku, berikanlah kesihatan yang baik pada ku dan keluarga ku dan percepatkanlah jodohku… InsyaAllah, Amin Amin Amin.