Monday, July 25, 2011

Mungkin

Mungkin agaknya ada sebab-sebab haluseni kanak cilik malam itu yang mana perlu menjengketkan kaki untuk membayar harga sate sekadar ar-em 3 itu. Hati awal kata, mungkin kiranya kamu punyai ar-em lebih…pasti kamu mahu beli berpasang cucuk lagi. Hati dua kata, mungkin kamu si cilik yang bijak berjimat, atau mungkin susahnya hidup kamu dan mungkin sate 6 cucuk itu impian sudah lama kamu. Maafkan saya kerna tidak sempat untuk bayarkan buat kamu yang terus hilang berlari-anak pergi. Doa aku moga-moga masa depan hebat mu cerah menyala suluh cahaya berkat murah limpah ruah rezeki kamu. Semoga anak soleh pangkat kamu kelak. Sekali lagi maafkan aku wahai si cilik nama tak tahu.


* Ya Allah Yang Maha Memahami isihati, kuatkanlah imanku yang lemah dan semakin lemah ini, murahkanlah rezeki ku dan keluarga, panjangkanlah umurku dah ahli keluarga, tambahkanlah ilmu-ilmu baru kepada ku, kekal mantapkanlah ilmu-limu sedia ada yang telah Engkau berikan padaku, berikanlah kesihatan yang baik pada ku dan keluarga ku dan percepatkanlah jodohku… InsyaAllah, Amin Amin Amin.

7 comments:

Cikli said...

hamba pernah melihat sang ibu membeli sekadar ar-em 2 untuk anak.
dan fikiran-fikiran itulah yang bermain.

Dahlia said...

kesian budak itu..
teringin sgt la agknye nak dpt mkn tu..
Alhamdulillah die dpt rasa.
bila melihat kesusahan org lain, mslh org lain, kita akan lebih bersyukur dgn apa yg kita ada.

hafiz said...

Salam Perkenalan tuan...

Kunang-Kunang said...

Mungkin budak itu dah bersyukur walaupun banyak tu rezekinya.

azian said...

Adegan dipertontonkan tuhan utk menerbitkan rasa keinsafan. Alhamdulillah....
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak Cikgu Zam.

Ijan said...

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia cikgu. Selamat berpuasa dari kami sekeluarga!

Cikguzam said...

Salam Cikli,
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Keberkatan milik kita semua, InsyaAllah.

Salam Dahlia,
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Keberkatan milik kita semua, InsyaAllah.

salam Hafiz,
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Keberkatan milik kita semua, InsyaAllah.

Salam Kunang-kunang,
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Keberkatan milik kita semua, InsyaAllah.

Salam Azian,
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Keberkatan milik kita semua, InsyaAllah.

Salam Ijan,
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Keberkatan milik kita semua, InsyaAllah.