Monday, July 25, 2011

Mungkin

Mungkin agaknya ada sebab-sebab haluseni kanak cilik malam itu yang mana perlu menjengketkan kaki untuk membayar harga sate sekadar ar-em 3 itu. Hati awal kata, mungkin kiranya kamu punyai ar-em lebih…pasti kamu mahu beli berpasang cucuk lagi. Hati dua kata, mungkin kamu si cilik yang bijak berjimat, atau mungkin susahnya hidup kamu dan mungkin sate 6 cucuk itu impian sudah lama kamu. Maafkan saya kerna tidak sempat untuk bayarkan buat kamu yang terus hilang berlari-anak pergi. Doa aku moga-moga masa depan hebat mu cerah menyala suluh cahaya berkat murah limpah ruah rezeki kamu. Semoga anak soleh pangkat kamu kelak. Sekali lagi maafkan aku wahai si cilik nama tak tahu.


* Ya Allah Yang Maha Memahami isihati, kuatkanlah imanku yang lemah dan semakin lemah ini, murahkanlah rezeki ku dan keluarga, panjangkanlah umurku dah ahli keluarga, tambahkanlah ilmu-ilmu baru kepada ku, kekal mantapkanlah ilmu-limu sedia ada yang telah Engkau berikan padaku, berikanlah kesihatan yang baik pada ku dan keluarga ku dan percepatkanlah jodohku… InsyaAllah, Amin Amin Amin.

Wednesday, July 20, 2011

Tiada Yang Gharib

Kaca mikroskop dari corong senja sepi petang semalam.Setelah terlelap dan terlupa untuk alihkan jemuran kopi yang pagi. Ya, sengaja ingin rasa cuba membuat kopi sendiri cara tradisi sebelum tamat singgah sini dan pulang ke kampung pada tengahan Ramadhan nanti. Jelita jiwa mahu cebur rasa bagaimana agaknya susah yang tuan dulu-dulu "bancuh biji kopi kampung" ala sendiri. Terima kasih buat Makcik Minah (bukan nama penuh sebenar) yang tolong alihkan orak-arik bijian kopi-kopi petang tadi.


SSDL benar-benar terlelap letihnya urusan tengah hari tadi sehingga dijemput mimpi yang kalau tidak salah lupa seakan macam peristiwa satu hari di Tokyo dulu baru. Tiada apa yang gharib lagi apabila malah mungkin doa Jumaat pertama di bumi Tokyo itu menemukan aku yang asalnya seorang di sana ditiba-tibakan temu insan-insan Malaya yang ramai dan ciri baik baka belaka.Biar jauh beda rumah tapi bertemu jarang-jarang sudah cukup untuk membina jerami ukhwah itu. Lantas termenung dan teringat satu peristiwa bagaimana Islamic Explorace anjuran sendiri kami berjaya di seluruh pelusuk Tokyo itu. Hanya beberapa gambar paparan soalan itu yang antara pengisian lari-lari kami dalam menghabiskan seharian memoir itu sehinggalah teringat kembali lelap letih tadi. Thank You Allah. Subete no tomodachi ni, arigatou gozaimasu.


*Kisah dramatik Ropi dan biji kopi akan bersambung siaran..............


Antara beberapa cebis gambar kenangan Explorace Tokyo itu.


Biji Kopi Basah Kelmarin


Biji Kopi Separa Kering Semalam

Wednesday, July 13, 2011

Rindu Faslur Rabi’i

Intonasi genetik memang akui bukan pakar ilmu Sintaksis. Diulangi..”bukan”. Ya, memang mengaku. Tapi kerna renungan saat manja itu, rasa sedikit tercubit lalu terbit rasa masam manis yang mungkin-mungkin rindu. Ya, teringat pada Faslur Rabi’i lalu. Entah sampai bilakah rindu itu terus menjalar. Mungkinkah sehingga terlukis sekuntum bunga lagi atau masih tak terhenti biarpun berpusu lukis tumbuh pucuk-pucuk daun baru. Yang pasti, kuasai dulu Morfem sebelum mahu ceburi Alomorf. Kerna Alomorf lebih tegar unit-unitnya. Agaknya Formula Morfem-Alomorf ini terkesan buat mentafsir bila rindu tiba-tiba datang terkunjung dirimu. Jinsei oh Jinsei. Odaijini..!


* Faslur rabi’i = musim bunga, spring season, Haru () @ Ohanami ( お花見 )

Thursday, July 7, 2011

Minggu Lalu

Sesekali, biarpun bidang Major (Sains Pertanian)...tetap tetapi gembira dapat menceriakan dan memberi pengalaman baru kepada mereka melalui menggunakan peluang yang ada apabila salah satu tajuk kecil di bawah bidang minor (Kemahiran Hidup) dapat direalisasikan secara realiti. Ya, sekadar subtopik kecil yang ssdl terjemahkan kepada apa yang mereka sukamahu. Demi ruang-ruang halus masa depan mu dan aku.


Monday, July 4, 2011

Otanjoubi

Muka surat 111, dibawah tajuk Signal-Detection Theory, kitab Introduction of Psychology adalah tajuk gaya fokus ala rileks yang ssdl baca sebelum ditutup buku untuk menulis entry ini. Ya, sedikit sahaja dibaca dan tenung faham cuba menguat raut diqalbu pinjaman dari Maha Pencipta. Ayat berkotma 3 butir di atas adalah sebagai Mukadimah.


Baru pulang dari jemputan makan malam di rumah Pak Safari (besan-nya Pakcik Samuri yang datang ke rumah petang semalam), melihat kalendar…..wah ssdl hampir terlupa yang 4 Julai bakal kunjung beberapa jam minit lagi. Usia nombor 25 bakal tinggalkan diri dan 26 bakal mari. Bersandarkan teori itu, terlintas di kotak fikir apa agaknya rasa insan-insan yang dikatakan pernah sambut Otanjoubi sendiri??? Terasa ingin rasa, dan terasa mahu cuba. Kertas merah gambaran gugur daun Nipon itu bakal jadi saksi perbicaraan coretan sambutan Otanjoubi ssdl sendiri. Ya, mahu cuba rasa apa agaknya. Juga, terima kasih yang tinggi ulung saya ucapkan kepada Tuan DausSlancar di atas kesudian mengirim sms ucapan Otanjoubi dan kalungan doa. Semoga timbalbalik ucapan doa saya buat tuan tadi dimakbulkan.


Menutup tirai 25 usia malam ini, ssdl dengan rendahrapat ke tanahbumi menundukkan diri mahu berkongsi satu teori sendiri. Percayalah dan sebarkanlah bahawa bagi sesiapa yang mempunyai ruang tamunya luas dan agak selesa, cuba anda sediakan satu meja di kawasan rehat ruang itu(di suatu sudut) dan letakkan buku ilmu pelbagai dalam gaya susun untuk mudah dicapai baca. Kerna pada kajian ala kekampungan saya, motivasi akan naik mendadak untuk menarik lebih minat membaca buat kita-kita sekiranya di ruang duduk rehat selesa ada pelbagai buku yang mudah dicapai di sana. Teori ini aplikasi dan terkesan jika dibanding dengan beda taruk buku-buku yang di susun kemas rapi dalam almari. Ohhh, rupa-wajahnya, motivasi membaca ada kaitan dengan di mana jarak jauh terletak bukunya. Ini kira-kiraan saya. Issyoukenmei benkyou shita node, yoku wakarimashita. Gambarimasu…. Haik!!! Titik…! Welcome 4 Julai.


* Ya Allah, teruskanlah rasa nikmat bahagia serta sentiasa pelihara selamat inap di kediaman baru sementara ini. Amin.

Friday, July 1, 2011

Hijrah Julai

Demi sebuah kebenaran, demi bencikan fitnah dan “penggubal cerita” yang bijak main sandiwara wayang…maka penghijrahan adalah satu jalan yang diajardidikan.

Aksi membisu yang hasrat mahu kendurkan yang telah busuk, akhirnya menambah lagi contengan arang gubalan tokok tambah si pemain wayang. Ya, aku perlu pergi demi sebuah kebenaran dan kekecewaan. Terima kasih Allah kerana menampakkan bukti-bukti yang terangan dan petanda gambaran duri halus itu. Kerna sebab-sebab lain, sanggup sebarkan alasan lain demi lindungi diri dalam puraan. Mungkin pada yang benar-benar-benar-benar-benar tidak tahu kisah sebenar, akan menyerong pandang. Apa yang penting, ssdl ingin kalung setinggi penghargaan di puncak pucuk klimaks kepada yang benar-benar ketahui kisah sebenar dan kenali hati budi ssdl.


* Kadang-kadang kesian pada Surya dan kelompok lain. Pertolongan dan bantuan ikhlas dibalas sesuatu yang opposite. Teringat pula kata-kata DrH yang mungkin mendapat maklumat kurang tepat atau “tepat tapi kupasan salah”. Semoga suatu hari nanti, semakin terang bersuluh pancar sinar kelih.