Friday, July 1, 2011

Hijrah Julai

Demi sebuah kebenaran, demi bencikan fitnah dan “penggubal cerita” yang bijak main sandiwara wayang…maka penghijrahan adalah satu jalan yang diajardidikan.

Aksi membisu yang hasrat mahu kendurkan yang telah busuk, akhirnya menambah lagi contengan arang gubalan tokok tambah si pemain wayang. Ya, aku perlu pergi demi sebuah kebenaran dan kekecewaan. Terima kasih Allah kerana menampakkan bukti-bukti yang terangan dan petanda gambaran duri halus itu. Kerna sebab-sebab lain, sanggup sebarkan alasan lain demi lindungi diri dalam puraan. Mungkin pada yang benar-benar-benar-benar-benar tidak tahu kisah sebenar, akan menyerong pandang. Apa yang penting, ssdl ingin kalung setinggi penghargaan di puncak pucuk klimaks kepada yang benar-benar ketahui kisah sebenar dan kenali hati budi ssdl.


* Kadang-kadang kesian pada Surya dan kelompok lain. Pertolongan dan bantuan ikhlas dibalas sesuatu yang opposite. Teringat pula kata-kata DrH yang mungkin mendapat maklumat kurang tepat atau “tepat tapi kupasan salah”. Semoga suatu hari nanti, semakin terang bersuluh pancar sinar kelih.

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
cikgu zam,,,puitis betul ayat...apapun moga penghijrahan kita bertambah baik dari masa ke semasa...sama-sama kita doakan..

Cikli said...

kebisuan mengubat keadaan kadang-kadang. kadang-kadang menambah parah.

Solehah said...

InsyaAllah.kebenaran akan terserlah juga biasanya. wallahhuaklam.

Cikgu Zam said...

Salam Anonymous,
Wslmm.... InsyaAllah, itu lah yang diharapkan semoha hijrah membawa kepada ke araj kebaikan dan suasana yang lebih baik, Amin.

Salam Cikli,
ye, betul dan tepat sekali kata tuan. Bersama kita ke araj kebaikan, InsyaAllah.

Salam Solehah,
InsyaAllah. Itulah yang dikehendaki. Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam keadaan baik, InsyaAllah.