Thursday, August 29, 2013

Muhamad Muaz Talhah

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi yang Maha Kuasa. Putera Daie sulung saya dan zaujah selamat dilahirkan 10 hari lalu dalam keadaan sihat.

Mengimbau kembali saat-saat kelahiranya minggu lalu, Dr.Ustaz Muhamad Muaz Talhah bin Mohd Ropizam ini (InsyaAllah)..., bagi saya lahir bukan sahaja sihat bahkan melalui pengalaman dilahirkan dengan sungguh bermakna  dalam suasana penuh Islamik. Saya sendiri berada di dalam bilik bersalin hospital dan melihat sendiri semua proses yang berlaku sambil memberikan semangat motivasi buat zaujah tersayang semasa hendak melahirkan Muhamad Muaz Talhah. 

Pertama, saya sangat kagum dan puji sikap yang ditunjukkan oleh Puan Dr (Doc) dan para jururawat nya (3 orang) yang sentiasa berzikir, membaca doa dan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum dan semasa "proses kelahiran" berlaku. Mereka begitu cermat menjalankan tugas dengan penuh ketekunan sambil membaca doa-doa dan zikir. Wajah-wajah mereka jua sungguh laksana tenang. Saya melihat dengan penuh syukur.

Kedua, disaat beberapa saat selepas dilahirkan dan semasa Puan Dr.(Doc) menyerahkan  Muhamad Muaz Talhah  kepada saya untuk saya dukung buat kali yang pertama....dan pada ketika itu Muhamad Muaz Talhah sedang menangis, saya memandang wajahnya dengan penuh syukur pada Illahi...dan di saat beliau menangis itu dan sebaik sahaja saya melaungkan azan ke telinganya... serta merta beliau berhenti menangis dan saya melihat wajahnya dengan tenang dan sejuk, tiada kata yang indah melainkan lafaz Alhamdulillah.

Tidak hairanlah, saya kini sentiasa merindui Zaujah dan Muhamad Muaz Talhah yang kini berjauhan. Baru sahaja mendarat datang ke Miri, tapi hati kembali rindu bagai mahu pulang kembali untuk masa dekat ini, InsyaAllah akan ku pulang minggu depan yang satu lagi walaupun untuk 2...,3... hari. Rela ku letih demi keluarga tersayang. Sebuah pengorbanan mencari rezeki di bumi yang berjauhan.

*Buat surihatiku dan Dr. Ustaz Muhamad Muaz Talhah,..... Aishiteru...!!!