Monday, August 27, 2012

Kemalangan @ Kootsuu Jiko

Suaranya dalam bualan selepas kejadian, sungguh sedih, suara bersulam air kelopak mata. Kejadian pagi tadi semasa hendak ke tempat kerja. Alhamdulillah kecederaan sakitnya agak terkawal, biarpun gambar yang dihantar menunjukkan beberapa luka dan lebam kelihatan. Kawan zaujah pula masih lagi ditahan di ward dan seperti "lupa dan tidak ingat" banyak perkara yang past tense.

Terasa mahu ku pulang bertemu kembali isteri biarpun baru semalam kami bersulam lambai di terbangan lapang. Baru sahaja Zaujah tersayang menemani di Airport kelmarin. Masih segar lambaian kasih sayang dan 3 kucupan istimewa sebelum berangkat terbang. Hati suami ini rela berhabis untuk zaujah dan keluarga, namun zaujah melarang aku terbang pulang kerana katanya "sayang semakin baik".

Semoga myzaujah cepat sepenuhnya sembuh dari kootsuu jiko langgar lari itu. Dikaulah zaujah tabah, dikaulah zaujah setiaikhlasjujur, dikaulah zaujah solehah,dikaulah zaujah baik lembut, dikaulah zaujah srikandi surihati, dikaulah yang ku dambakan dalam doa-doa mainichi ku, dikaulah zaujah yang sentiasa di taman hati. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, permudahkanlah segala urusan dan tunaikanlah hajat ku untuk membawa Zaujah ku ke mari sedikit masa lagi agar bisa ku menjaganya dengan baik dan kurniakanlah keberkatan kepada kami dan keluarga, Ameen.

*Termenung luahannya dari jauh....kepedihan luka ketika wuduk menyentuh epidermis kulit, sakit-sakit dan hanya bersolat secara duduk buat masa ini. Myzaujah no tame ni, inoru. Aishiteru...!!!. 

* Menjadi pendidik di sini pula sungguh penuh dugaan dan cabaran, sukarnya ingin menjadi pendidik akademik dalam masa yang sama mahu membantu muslim di sini, sungguh banyak cabaran dan dugaan, kekadang terpaksa makan hati sendiri, namun perlu tabah. Semoga Islam terus terpancar. Mungkin ada sebab mengapa aku dihantar kemari ke sini. Hanya Allah yang Maha Tahui.

Saturday, August 18, 2012

Eid, Zauj dan Zaujah

Beberapa kurang jam sebelum bertolak terbang untuk bertemu Isteri dan Keluarga tersayang. Segalanya kerana cinta salam penuh lebaran pada Eid kali ini. Tidak sabar rasanya. Terima kasih buat zaujah tersayang kerana sudi tunggu abang di dataran pendaratan. 

Kepada yang Miskin dan Dhoif, kita adalah sama serupa. Saya dan Zaujah akan sentiasa mendoakan kalian. Semoga Allah sentiasa bersama kita, bersama berbondong hikmat-hikmah berkat dalam kita melayari tanggungjawab di alam ini. Akan sentiasa hati ini bersama memartabatkan insan malang dan yang kurang bernasib baik. 

Ya Rabb, aku hambaMu sangat bersyukur di atas kurniaanMu yang pelbagai kepada hambaMu. Aku bersyukur di atas mimpi-mimpi ilmiahmu yang sentiasa Engkau hadiahkan kepadaku dalam lena tidurku selari dengan doa yang sentiasa aku dambakan kepadaMu, aku bersyukur kerana Engkau memberikan rezeki di hamparan ini, yang merealisasikan  hasrat Zakatfitrah tanggungjawab suciku, pelbagai buah tangan buat Keluarga Tersayang dan juga dengan izinMu dapat ke belikan pakaian indah suci buat Zaujah tersayangku yang pastinya bakal membuatkan hati manja itu gembira, tersenyum dan bahagia. Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar mahu menjadi seorang Zauj yang sentiasa dapat melunaskan kasih sayang kepada Zaujah ku, romantik kan suasana aku dan dia sebagai suamisteri. Ya Allah kepadaMu aku memohon. Amin.....titik. 

Tuesday, August 7, 2012

MyZaujah

Dingin semalam membelek kotak es-em-es yang dihantar myzaujah. 

Katanya, "Abang, sayang tengok TV cerita resipi Sunnah...masak lempeng dengan susu kambing, lepas tu masak kari kambing guna susu kambing juga dan makan dengan lempeng tadi, mesti abang suka kan...",. Dari jauh lantas ku ukir senyum rindu buat myzaujah tersayang. Menghitung hari-hari didamba untuk pulang lagi.

Cantik-cantik Intan Baiduri, indah memanis lagi Intan Jauhari. Kita hanyalah  Khalifah jelata.

Saturday, August 4, 2012

Nomu Soya

Untuk hati mereka,dibawa pulang dan merasa semasa berbuka. Sempena dengan Bulan AlMubarak ini, satu amali Sains Pertanian tambahan dilaksanakan untuk mereka, menghasilkan nomu soya segar dari produk pertanian kacang soya. Semoga mereka gembira bersama hati-hati nurani lagi murni. 

Segalanya untuk menggembirakan hati kamu dengan amali tambahan ini. Tanoshikatta....!!!