Monday, July 4, 2011

Otanjoubi

Muka surat 111, dibawah tajuk Signal-Detection Theory, kitab Introduction of Psychology adalah tajuk gaya fokus ala rileks yang ssdl baca sebelum ditutup buku untuk menulis entry ini. Ya, sedikit sahaja dibaca dan tenung faham cuba menguat raut diqalbu pinjaman dari Maha Pencipta. Ayat berkotma 3 butir di atas adalah sebagai Mukadimah.


Baru pulang dari jemputan makan malam di rumah Pak Safari (besan-nya Pakcik Samuri yang datang ke rumah petang semalam), melihat kalendar…..wah ssdl hampir terlupa yang 4 Julai bakal kunjung beberapa jam minit lagi. Usia nombor 25 bakal tinggalkan diri dan 26 bakal mari. Bersandarkan teori itu, terlintas di kotak fikir apa agaknya rasa insan-insan yang dikatakan pernah sambut Otanjoubi sendiri??? Terasa ingin rasa, dan terasa mahu cuba. Kertas merah gambaran gugur daun Nipon itu bakal jadi saksi perbicaraan coretan sambutan Otanjoubi ssdl sendiri. Ya, mahu cuba rasa apa agaknya. Juga, terima kasih yang tinggi ulung saya ucapkan kepada Tuan DausSlancar di atas kesudian mengirim sms ucapan Otanjoubi dan kalungan doa. Semoga timbalbalik ucapan doa saya buat tuan tadi dimakbulkan.


Menutup tirai 25 usia malam ini, ssdl dengan rendahrapat ke tanahbumi menundukkan diri mahu berkongsi satu teori sendiri. Percayalah dan sebarkanlah bahawa bagi sesiapa yang mempunyai ruang tamunya luas dan agak selesa, cuba anda sediakan satu meja di kawasan rehat ruang itu(di suatu sudut) dan letakkan buku ilmu pelbagai dalam gaya susun untuk mudah dicapai baca. Kerna pada kajian ala kekampungan saya, motivasi akan naik mendadak untuk menarik lebih minat membaca buat kita-kita sekiranya di ruang duduk rehat selesa ada pelbagai buku yang mudah dicapai di sana. Teori ini aplikasi dan terkesan jika dibanding dengan beda taruk buku-buku yang di susun kemas rapi dalam almari. Ohhh, rupa-wajahnya, motivasi membaca ada kaitan dengan di mana jarak jauh terletak bukunya. Ini kira-kiraan saya. Issyoukenmei benkyou shita node, yoku wakarimashita. Gambarimasu…. Haik!!! Titik…! Welcome 4 Julai.


* Ya Allah, teruskanlah rasa nikmat bahagia serta sentiasa pelihara selamat inap di kediaman baru sementara ini. Amin.

8 comments:

Dahlia said...

selamat hari jadi3x.. cikgu zam, dah bertambah angka umur ye..semoga cikgu zam dipanjangkan umur, di murahkan rezeki dan ceria2selalu.hehehehe...tahun ni dapat hadiah ape(",

IMANSHAH said...

semoga bertambah usia, bertambah kecintaan kepada Ilahi

NzA said...

hepi besday cikgu zam...masih muda remaja lagi tu n byk lagi pahit manis yg akan ditempuhi..semoga suksess dlm segala lapangan yg diceburi...amin....

Cikli said...

otanjoubi sensei desu.
Allah bless anata wa....

Cikguzam said...

salam dahlia,
Thanks ye. Belum dapat ape2 pun lagi, hehhehehhe...... Tapi kebetulan ade pakcik bagi kain sarung sehelai semasa jemputan makan malam di rumah nye, Ok lah tu kire hadiah Otanjoubi lah tu

salam Imanshah,
Thankss sudi singgah ke laman usang ini. Kecintaan kepada Illahi yang hakiki, Amin.

Salam NzA,
Terima kasih cikgu> Terima kasih sangat2 jg doa yang dihulurkan buat saya. InsyaAllah sya cuba yang termampu sebaik mungkin.

Salam Cikli,
Moshi moshi..... Tomodachi, arigatou ne.... (",). Anata wa, totemo shinsetsu desu. Allah Bless anata "MO"...!!!!!. Sorekara, gambatte kudasai.....
Shitsurei shimasu.......

werdah said...

Assalamu'alaikum Cikguzam

Semoga umur bertamabah seiring dengan tambahnya amal soleh.. insyaAllah. Doa Makcik semoga segala-galanya dipermudahkan Allah SWT.

Anonymous said...

assalamualaikum
selamat hari lahir cikgu zam..
semoga hidup dberkati..
semoga tabah dan ceria dalam meniti hari yang mendatang...

Cikguzam said...

Salam MAkcik Werdah,
Terima kasih banyak2. Bersama kita mencarfi keberkatan dalam hidup InsyaAllah. Semoga kita dan keluarga kita sentiasa berada dalam rahmat Illahi, Amin.

Salam Anonymous,
Terima kasih banyak2. Semoga anda juga sentiasa berada dalam kebaikan, keberkatan hidup dan dikurniakan kebahagiaan yang sejati Amin Amin Amin.