Friday, February 18, 2011

Tegami "Buat-buat Sibuk"

Wahid )

Selepas melalui U1 Pedagogi KM(SP) hari ini, Alhamdulillah dapat segera gegas diri ke HKL lawati si dia. Gembira kerana punyai kesempatan seperti yang dijanjikan pada diri sendiri tempoh hari. Seperti biasa nasihat dan dorongan sebagai ubat tenangkan hati jiwanya.

Isnani )

Solat Jummat di Masjid HKL. Suasana padat dengan jemaah, penuh dan mungkin ada baiknya kalau-kalau pihak pentadbiran hospital fikir dan rancang untuk tambahkan lagi kawasan untuk keselesaan dalam menunaikan ibadah, InsyaAllah.

Salasah )

Terus kembara Jumaat lapanbelasjanuari ini dengan bergerak ke International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Jalan Elmu, Off Jalan University, Kuala Lumpur. Ada jemputan untuk hadiri seminar yang bertajuk Japanese Global Perspective on the Study of Islam : An Alternative to Western Perspective. Alhamdulillah dapat sedikit ilmu untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat, InsyaAllah.

Arba’ah )

Pulang ke Serdang Green Campus dan berehat lebih kurang sejam. Selepas itu bertolak ke Selayang (ke rumah abang patik). Kerana hajat untuk ke sana hujung minggu ini demi kukuhkan ukhwah Silaturahim.


*Tegami = surat/catatan

4 comments:

Cikli said...

cikgu assalamualaikum,

nanti share maklumat dari seminar tu ye.
sibuk betul jadual.

kak ijan said...

Salam cikgu,
Maaf ye kak Ijan lama tak sempat datang. Kadang sempat singgah tak sempat pula nak komen. Harap2 cikgu sihat. Baru baca tentang kawan cikgu tu. Kami sekeluarga doakan beliau cepat sembuh, insyaAllah...

Pn Kartini said...

salam:)

Memang sibuk dengan agenda2nya...:)
Moga dipermudahkanNya..:)

Cikgu Zam said...

salam Tuan,
InsyaAllah, nanati mungkin saya akan emailkan pada tuan ye.

salam kak ijan,
Wslm kaka ijan, eh takpe no hal (",). terima kasih kerana turut mendoakan sahabat saya itu ye, Saya doakan juga akka ijan sekeluarga sentiasa sihat walafiat

salam puan kartini,
Wslm, terima kasih puan, puan apa khbar sekarang?? harap sentiasa sihat kah ye.