Friday, February 25, 2011

Sengaja Membutakan Teras Hati...???

Kita memang perlu berdoa agar tidak berlaku perkara@kejadian negative nan malang dalam hidup kita. Kita wajib didik diri kita bantu insan malang dengan seikhlas-ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Dua ayat mudah di atas adalah mukadimah saya.

Dan setelah kita tapi-tapi tapis halus-halusi serbuk-menyerbuk sarikata hati, Kenapa ya sesetengah insan berlagak bijak pandai menonjolkan cara hidup yang menggambarkan seolah-olah mereka tidak akan sakit? Semacam mereka tidak akan mati? Bagaikan mereka sudah diberi geran tetap bahawa pada masa ke depan mereka ‘confirm’ tidak akan sakit langsung, tidak akan terlantar di hospital (misalannya), tidak akan mati, tidak akan ada orang gali liang lahat mereka atau usung mereka ke kubur, mereka macam tidak akan susah langsung (ya mungkin sekarang mereka sedang nikmati kesenangan org tua mereka), mereka macam sangat yakin hidup mereka hanya mereka boleh buat semua( tidak perlu pertolongan orang lain) = seolah-olah "macam" sombong dengan yang Maha Pencipta.

*Selingan…… Sedih bila mata saya nampak dipaparkan gambar mereka bersama pesakit kritikal yang sedang memakai pakaian pesakit di hospital itu dipaparkan di laman sosial umum. Lebih-lebih lagi kalau tanpa kebenaran si pesakit yang budiman. Ohhh kalaulah mereka tahu bahawa sangat tidak baik berbuat begitu kerana menurut buku-buku ilmu, ia bagai mengeruh maruah pesakit yang kita tidak faham 100% dalam kepalanya apa yang dilema,juga keluarganya. Dan ia juga memberi kesan pada ciri lubuk hati kita.

7 comments:

Cikli said...

dalam dan menusuk ni cikgu

cikmanggis said...

lumrah hidup ada manusia yang alpa atau lupa bahawa disebalik kehebatan masing masing ada lagi yang lebih hebat iaitu Pencipta kita.Jadi jangan terlalu angkuh dgn kekayaan atau kekuatan diri kerana ianya hanya sementara...semua yang kita kecapi didunia ini hanyalah sementara sahaja....setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..pasti..mesti....

kak ijan said...

Setuju dengan CM. Semoga kita tak akan alpa dengan kesenangan dunia.

kak su said...

hanya satu perkara yg ada diminda pesakit...'bila aku akn sihat seperti biasa'...berharap &terus berharap..

akak tgh 'berchinta' ngan tesis skrg..bla dh tua2 ni, slow sikit lah..huhu..kwn2 lama ms kt tmpt keje kita dlu ada jgk yg msh bhubung.kbykan dh ada family.ada jgk wat majlis mkn2 cam dlu, tp akak xpenah join.kekangan masa mbataskan segalanya..

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikguzam

Adat manusia ada pelbagai usahanya : "Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya". (Al-Lail 92:4)

Ada yang baik dan ada yang tidak.. semoga mereka diberi hidayah petunjuk..

Nieza said...

ya betul kehidupan didunia hanyalah sementara saja...btw salam dr saya...tq singgah my blog..saya follow yer..:)

Cikguzam said...

salam cikli,
Ye, terpaksa cikli.....

salam cikmanggis,
Setuju sangat dengan makcik.

salam kak ijan,
Bersama kita berdoa ke arah itu, InsyaAllah.

salam kak su,
Ya, macam tu lah adat resam kita berkawan. ya, saya juga dengan ramai yang dah berkeluarga. Emm kak su pula bila?? hehehhehe,

salam makcik werdah,
Terima kasih kerana kongsi ilmu agama tu ye makcik. Semoga kita semua diberkati Allah, InsyaAllah.

salam Nieza,
Ya, terima kasih kembali, kedatangan anda sangat dialu-alukan. Welcome to visit SSDL., anytime...... (",)