Saturday, February 26, 2011

Mentari Buat Si Tabah

Adalakalanya memang susah dan sukar (cabaran). Untuk kita fahamkan mereka soal cara dan tindakan yang boleh menyumbang kepada tidak berlakunya tanggapan negatif pada orang lain. Walaupun kita tidak menegatifkan insan lain, tapi mungkin gayalakon kita akan menerbitkan suasana buruk nya insan tabah itu. Adakalanya kita terpaksa dengan berat membatu besar untuk menegur demi kebaikan dan seimbang untuk semua, walaupun mungkin orang tak suka kita mahupun benci kita.
.
Adakalnnya kita terpaksa latihtubi di memalam buta sunyi sepi kuatkan jiwa semata-mata mahu terangkan perkara dalam diam tak patut lakukan demi untuk jiwa dan maruah orang lain juga. Mungkin kita rasa kita tiada niat untuk menyebabkan orang lain diperlekehkan kerana kita, tetapi cara kita yang tidak betul dan tak seimbang kena cara itu sebenarnya kita menyumbang kepada rosaknya hubungan dalam jiwa hati kumpulan mereka. Walhal insan lain-lain itu juga punyai semangat waja beraga-raga mahu sumbangsaran cara, tetapi kekangan kewangan dan masalah kenderaan jadi galang punca.
.
Aku perlu tegur ucap, demi hati-hati jiwa warga ramai........walaupun aku akan dibenci kerana teguran itu. Ya aku rela dibenci demi sebuah kefahaman untuk kesejahteraan insan-insan malang lain. Aku rela dibenci demi membela insan-insan yang dipinggirkan.

5 comments:

cikmanggis said...

salam zam...dgn keikhlasan dan penuh kejujuran itu lah yang penting sekali.Terpulanglah penerimaan mereka.Yang penting hati dan niat suci kita.Selamat berhujung minggu zam:)

Cikgu Zam said...

Wslam makcik,
Setuju sangat2 dengan kata-kata makcik. Cukuplah Allah tahu apa isi dalam hati kan makcik.
Okya, tak sempat lagi hendak singgah rumah makcik, heheh, tapi masakan-masakan makcik tu nampak best lahhh... hahahhaha. Anyway, Selamat berhujung minggu juga buat makcik sekeluarga, mesti banyak masak ni hujung2 minggu ni...

Cikli said...

itulah sebab kenapa sabar bermula dengan huruf s.

Cikgu Zam said...

salam cikli,
Emmmm, apa maksud tu tuan??

Unknown said...

assalam...ya betul ckp CM tu...dan tak salah kalau kita saling ingat mengigati sesama kita..yg penting keikhlasan..:)