Thursday, November 19, 2009

Memori

















Hati kecil ini teramat simpati, kesian dan sedih bila melihat beberapa orang murid darjah 6 (UPSR) di sebuah sekolah rendah yang aku mengajar sementara suatu ketika dahulu, masih tidak dapat membaca, mengeja dan menulis. Lantas sebelum meninggalkan sekolah itu untuk melanjutkan pengajian, aku mengambil keputusan untuk mendidik mereka seramai 9 orang murid. berbekalkan sedikait pengalaman menguruskan beberapa Program Motivasi di semenanjung aku jadikan bekal. Kesemuanya aku jaga mereka 9 hari 8 malam (mengajar membaca, mengaji Quran, memasak, melatih mereka bermain (riadhah), memberi motivasi kepada mereka, membawa mereka ke pasar untuk membeli barang, dan kami juga berkhemah pada malam ke - 8. Aduhhh, letih dan penat. Bukan senang menjaga 9 orang kanak2 yang pelbagai gaya selama 9 hari 8 malam hanya seorang diri. Aku sanggup lakukan semua ini seorang diri kerana bimbangkan masa depan mereka yang pastinya sangat mencabar.
* Bukan senang rupa2nya bagi ibubapa untuk membesarkan anak2.
****Ada baiknya juga aku dapat pengalaman ini walaupun masih bujang, aku pelajari banyak perkara................................ Bersama kita memartabatkan insan malang. Tak rugi menolong orang.

24 comments:

blogresipi said...

Inilah contoh seorang guru yang sejati. Teruskan usaha untuk membantu anak bangsa maju ke hadapan ya. :)

blogresipi said...

Inilah contoh seorang guru yang sejati. Teruskan usaha untuk membantu anak bangsa maju ke hadapan ya. :)

Solehah said...

cikgu, macam mana hasilnya, dapat ka dorg membaca?

geraugebang said...

Alhamdulillah. Terima kasih Cikgu.

Dahlia Nawi said...

bagus la cikgu..ade sifat2 yang belum tentu ade dalam diri cikgu yang dh bertahun mengajar..teruskan niat murni cikgu tu ye..

melatidaisy said...

salam ziarah..

seronoknye ada pengalaman mcm tu..rase mcm 1 day sy nk cuba jgk..moga2 Allah bg peluang utk sy jgk..tahniah cikgu :) teruskan usaha murni tu..barakallahu fik..

CIKGU ZAM said...

blogresipi,
InsyaAllah saya akan teruskan usaha seperti itu kerana itulah jiwa saya,. Selamat maju jaya blogresipi.


solehah,
Alhamdulillah ada peningkatan tetapi masih belum mahir. Dan selepas itu majoriti ibubapa murid2
berkenaan minta saya mengajar di rumah mereka secara part time. Mereka minta sangat2 tetapi saya tidak dapat tunaikan kerana saya baru sahaja mendapat tawaran menyambung pengajian selepas tamat program itu. Ape pun dari jauh marilah kita sama2 mendoakan untukm kejayaan mereka, Amin.


geraygebang,
sama2 kak gerau. Nikmat sebenarnya dapat tolong orang susah ni dan lebih2 lagi klu kita dapat selamat kan mereka,


dahlia,
InsyaaaaAllah saya akan terus berusaha. Pendidik mesti sentiasa memekirkan tentang masa depan anak muridnya dan pendidik penyayang ialah yang susah untuk melelapkan mata di waktu malam apabila terkenangkan dan kerisauan terhadap masa depan anak muridnya.


melatidaisy,
Ya memang sangat seronok dan puas sekali. Semoga saudari akan dapat capai seperti yang diimpikan. Marilah kita sama2 memartabatkan insan yang dalam kekurangan di saat kita masih sihat dan bertenaga, kerana apabila kita didatangi sakit atau kesulitan,,,, pada ketika itu semangat setinnggi gunung pun tidak mampu untuk kita tolong. Manfaat pelung dan masa kita, selamat berjaya wahai insan

AZIAN said...

Alhamdulillah dan syabas kerana telah merealisasikan sebahagian tugas sebenar guru. Tidak ramai guru yg begitu terutamanya lelaki. Tahniah sekali lagi.Usaha murni yg ikhlas selalunya akan mendapat keberkatan!

laki cikgu kimia said...

waa.. saye anak kampung jugak cikgu. kene rotan saye akhirnya pandai baca alhamdulillah.. saye tlg doakan diorang jugak..

cikmanggis said...

cikgu zam mmg layak dinobatkan sebagai pendidik!mmg tepat dan pilihan yg betul...semoga menjadi guru yang berjaya.insyallah.makcik sangat bangga!!!!

artakus said...

mcm dah layak jadik suami dan bapa je ni! hehehe

CIKGU ZAM said...

Azian,
saya sayangkan masa depan mereka, sedih tengok kak sebab dah nak masuk secondary school tapi tak tau membaca.


laki cikgu kimia,
saya pun anak kampung, say bangga anak jadi anak kampung. Jom kita sama2 biktikan anak kampung mampu berjaya dengan cemerlang dan menakjubkan. kita usaha bersama dan doa bersama,


cikmanggis,
emm makcik,,,,saya ni biasa je. anak kampung di pedalaman, saya memang cintakan dunia pendidikan. Kalau boleh nanati dapat mengajar tetap saya nak dapat sekolah PALING PEDALAMAN DI MALAYSIA. serius ni. Doakan juga saya ye dapat sekolah paling pedalaman di Malaysia.


artakus,
emm alamak........muda lagi la, hahah. takpe kan cari ilmu banyak2 sebelum mendirikan rumahtangga bahagia dan romantik, ulpp...!! terlebih lak, hehe,

CIKGU ZAM said...
This comment has been removed by the author.
fusarium solani said...

Cikgu Zam,

Guru itukan lilin? Diri terbakar menerangi orang lain.

Adikku juga guru sepertimu. Kekandaku guru sepertimu.

Mengajar, mendidik tanpa rasa jemu. Penuh dengan senyuman dan kesabaran.
Kerjayamu bukan semua orang dapat melaksanakannya!

SangKunang said...

zam...
kemah demo.
pendidik sejati.

anok didik projek kito kat sklb tu dapat cemerlang. tertinggi dlm kalangan skoloh zon kuala balah.

jadi,
cuti ni ado projek lagi.
ngaja budok upsr 2010 pulok.
bereh?

CIKGU ZAM said...

sangkunang,
InsyaAllah, klu time tu kawe free, kawe beres jah bilo2 pun, jumpe di kampung la deh kito bincang. kawe balik klate esok malam bertolak. Demo balik bilo??

::alwaniamalini:: said...

hah..ore kelate eheheh..

bagus2..usaha anda sangat murni :D
jaga budak2 tu sorang2 ke?huish gaya bapak tunggal lak ehehhe..

NURA said...

salam sobat
saluut banget dan perlu diteladani sang GURU ini,,,

trims kunjungannya..
salam kenal ya CIKGU ZAM.
saya sudah follow ke 10

ummi sha said...

Salam...
Alhamdulillah kerana masih ada generasi muda yg mahu bersusah payah mendidik anak2 yg tercicir dlm pelajaran. Ummi sha jumpa pelajar sebegini setiap tahun di sek men ummi sha. Ada yg rajin berusaha atasi kelemahan tapi ramai yg sambil lewa saja...lebih2 lg mereka mudah cari duit (kerja bawa kubota). Apa pun tahniah...

AZIAN said...

18 tahun yg lalu akak pernah mengajar murid darjah 1. Akak mengerti betapa nikmatnya apabila kita berjaya 'mencelik'kan mereka walaupun nampak kecil sahaja peranan kita itu.
Merindui saat-saat itu....
Selamat menyambut Aidil Adha....

Sharinginfoz said...

memang tinggi tanggungjawap cikgu kan mendidik anak bangsa

blogresipi said...

Selamat hari raya aidiladha Cikgu :)

cikmanggis said...

salam cikgu zam..balik jeli ke raya baru-baru ni,semoga sihat selalu,

Anonymous said...

salam, cikgu masih ingat sy tak? sri kiblah 2007 ?