Tuesday, December 8, 2009

Cikgu Zam Kembali (",)

Assalamualaikum semua teman dan sahabat pengunjung nukilan "sesumur sawah di ladang". Harap2 semua nya sihat dan baik2 belaka, dan satu lagi bahagia sokmo. Lama rasanya tidak menjenguk blog sendiri dan kawan2 kerana pulang berehat, beraya, dan melawat anak-anak mukim nun jauh di kampung halaman (hehe,,mcm penghulu kampung yang pulang dari merantau lak). Al maklumlah bila pulang ke halaman tercinta, internet pun takde (broadband pun takde,,hihk25776x). Best sangat dapat berehat di kampung, tapi aku kembali ku kampus bagi meneruskan kursus bahasa yang aku jalani baru2 ini. Apa yang saya ingin kongsi pada nukilan ini ialah suasana di dalam keretapi yang saya naiki sepanjang dalam perjalanan. Ada gembira dan ada kecewa. Gembira kerana melihat ketabahan dan kekuatan ibu bapa/datuk nenek yang sanggup bersusah payah bersama anak dan cucu yang masing2 dalam perjalanan ke destinasi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ada yang kelihatam membawa barang yang banyak, dukung anak lagi, dan macam2 ragam kita boleh lihat. Yang sedih nya pula ialah apabila econ ketapi problem semalam, tak berapa elok agaknya, so suhu meningkatlah dalam train sebab wap2x manusia "berkeliaran di sana-sini"(metefora ckit). Dan hati ini juga sedih melihat ramai muda-mudi macam mengabaikan solat je, tido tak bangun2, paling nampak ketera time subuh. Apepun perjalanan selama 12 jam kali ini aku gembira kerana dapat observe masyarakat yang pelbagai gaya dan cara bicara. Salam Berbahagia kepada semua Pengunjung Blog Saya.....................Bersama memartabatkan insan malang, (",)

14 comments:

geraugebang said...

Cikgu, cikgu, kita dulu kan, pernah naik keretapi yang guna tiket murah tu. konsesi ya. Tensionnnn. duduk kerusi lak arah keretapi balik ke belakang. Poning kepala den.Serik dah. Tapi biasa la masa belajor dulu.

NURA said...

salam sobat
artikelnya siip banget,,
iya setuju ,,mari bersama memartabatkan insan malang..

cikmanggis said...

salam cikgu zam..dah lama makcik tak nain train ke pantai timur.Last naik pada tahun 1976 ...bila balik cuti sekolah mesti naik train dari jb ke wakaf baru..time tu mana ada aircond,bertolak dari jb jam 10 malam dan tiba kat wakaf baru jam 6 ptg...bayangkan..lubang hidung hitam masuk asap hihi...alhamdulillah.train sekarang dah ok:)

Sharinginfoz said...

selamat kembali cikgu....

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Lama dh tak naik keretapi sejak tinggal di hujung semenanjung ni..
Selamat kembali dan semoga dpt manfaatkan peluang yg ada sebaiknya..
Jadikan apa yg dilihat sebagai cabaran utk bentuk anak didik satu hari nanti krn lebih ramai di luar sana yg abaikan agama...

NJ said...

salam ziarah..dan selamat kembali cikgu zam..
pengalaman akak naik keretapi ni dulu masa mula2 nak berhijrah ke Johor dgn parents dari Alor Setaq ke Johor ni kena tukar keretapi kat KL so..pengalaman mmg byak mengajar kita semasa susah dahulu..dan kita juga kena merubah nasib kita ke lebih baik.. alhamdulillah skrg bersyukur dgn rezeki allah berikan dgn keluarga kami hidup dalam bersederhana tapi cukup bahagia kerana ada anak 4 org seperti impian diawal perkahwinan dulu..dan suami yg amat memahami dan mengasihi diri ini..bersyukur seadanya..

semoga cikgu terus kan perjuangan mendidik anak bangsa yg memerlukan dan smoga kejayaan mengiringi mu

NJ said...

pstt..sikit lagi nak tambah ni..

semoga dgn rezeki yg diberi dpt dikongsi dgn org2 yg memerlukan.. insyallah

laki cikgu kimia said...

kepanasan dunia tak tertahankan lagi pula akhirat. bangunlah wahai orang2 yg tertidur di dalam keretapi..

Solehah said...

ya la..dunia ni penuh dengan pelbagai ragam manusia..kadang2 daripada pemerhatian dpaat mendewasakan pemikiran dan diri kita sendiri.

Anonymous said...

Salam cikgu,
selamat pulang.... lama 12jam dlm train tue.. tp pengalaman tu yg tk ternilai kan...

Anonymous said...

salam..selamat kembali cikgu zam.alhamdulillah perjalanan cikgu zam selamat..12 jam lame sgt mcm2 blh tgk ragam manusia ni kan..

Cikgu Zam said...

gerau gebang
haha, pening kan, tapi takpe pengalaman time belajar mase tu la nak rase semua tu kan sbb bila dah berkerjaya dan ade kenderaan sendiri, mmg taknak dah kan naik ketapi ni,

nura,
kita taktau ape yang akan berlaku pada mase depan kita, ayuh jom kita memartabatkan insan malang, mungkin nanti klu kita malang ade insan lain yang prihatin, InsyaAllah.

cikmanggis
uihhhh dah lame tu ek, kirenye zaman hitam putih la tu ek, berharga tu makcik

sharinginfoz
ye ,selaamt untuk anda juga.
Thankssssssssszzzzzzzzzz

shaniza,
sediah kan lihat kaum seagama dengan kita yang abaikan solat ni, ye lah klu solat yang wajib pun tinggal, yang lain,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,??? entahla, malas nak berburuk sangka, tapi bersama lah kita merenung dan menginsafi diri kita

nj
ye, setuju sangat nagan makcik. sebagai tanda kesyukuran kita pada ILLAHI, jom kita pakat2 kongsi sesuatu dengan insan lain melalui rezeki yang kita dapat,

laki cikgu kimia,
masyarakat islam pada hari ni semakin hari ramai yang terpedaya dengan acuan kafir, Sedih sangat................ =(

solehah,
kematangan dalam hidup bermasyarakat sangat penting untuk memastikan dunia ini sentiasa tersenyum pada kita

blogresipi,
hik hik, ye lama tapi betul kate akak, pengalaman tu yang sgt tak ternilai. saya selalu naik train ni, best gak rase ye lah kan masih muda, time ni la nak rase semua tu kan, tul tak?? =)

dahlia,
Selamat kembali ke tempat kerja juga buat insan bernama si bunga ni, cantik nana dahlia ni, manis je, ahak ahak,,,,,. Selmat berkhidmat pada pesakit awak di hospital tu, jage mereka dengan baik ya,

Anonymous said...

thank cikgu zamm..puji lebih2 ni kene blanje makan lamb chop.ha2

semiey said...

terima kasih cikgu kerano sudi aja sayo, hinggo kena meroh biru,tahu nila budi bahso