Saturday, October 24, 2009

Jasa Sukri, Kerana Kejutkan Subuh Bersama Aku

Perjalanan pulang petang Jumaat tadi setelah perbincangan kali ke-3 untuk urusan itu bersama Ketua Jabatan yang telah selesai tepat Jam 4.47pm.

Sambil menunggu bas, tetiba aku terkenangkan Sukri, seorang sahabat yang tabah di zaman persekolahanku dahulu. Beliau bersama aku pada ketika itu sama2 terlibat dalam urusan mengimarahkan surau sekolah. Suatu malam aku dikejutkan oleh seorang sahabat yang meminta aku agar selamatkan Sukri yang sedang "dibelasah"oleh 5 orang pelajar samseng di asrama, aku dengan pantas segera ke tempat kejadian dan teramat simpati melihat keadaan sukri pada ketika itu. "Mereka memukul sukri kerana marah pada SUKRI dan AKU yang setiap pagi kejutkan palajar asrama untuk bangun menunaikan Solat Subuh.". Dasyatkan, kebencian yang kami terpaksa telan....??? Aku terus meleraikan pergaduhan itu melalui perundingan dan membawa sukri ke bilik aku dan ku kunci (memandangkan bilik Ketua Asrama dan Pen., dikhaskan untuk 2 orang sahaja, roomate aku pulang kerana demam). Aku sedih melihat wajah sukri yang lebam dan luka2. Lantas aku ambil uabt dan sapukan pada kawasan yang tercedera itu. Pada ketika itu, air mata sukri berlinang tanpa sepatah kata, kami hanya saling memandang. Dan secara tiba2 sukri memberi tahu aku bahawa dia sudah tidak sanggup lagi untuk bersekolah, dia ingin berhenti sekolah dengan segera. Macam2 dugaan yang kami lalui bersama, Sukri mahu pulang malam itu juga. Tapi aku melarang, aku menghalang dan berjanji untuk sama2 mengharungi masalah itu. Dammm,,,,!!!!! pintu bilikku ditendang kerana samseng2 itu masih belum puas hati, dan ingin terus membelasah sukri dan aku, aku tidak menghiraukan semua itu! dan kemudian mereka beredar. Dan akhirnya kami terlelap dan apabila aku tersedar pada jam 5 pagi, aku dapati sukri sudah tiada,,,! Puas aku mencarinya, tapi gagal ditemui. Bimbang juga kalau2 berlaku sesuatu yang kebih buruk padanya. Keesokkannya kes ini kecoh di sekolah, dan samseng2 itu ditangkap. Kehilangan sukri sebenarnya adalah "dia telah pulang ke kampungnya sendirian pukul 4am lebih seorang diri, dalam kegelapan meredah hutan mengikut jalan singkat (jalan balak tanah merah). Kasutnya penuh lumpur dan beliau nekad untuk pulang juga. Setelah puas ku pujuk akhirnya sukri kembali ke sekolah seperti biasa dan menduduki SPM bersama aku. Terima kasih dan Tahniah SUKRI,> SEMOGA HIDUP MU KINI SENTIASA DALAM KEBERKATAN DAN BAHAGIA BERSAMA ISTERI TERSAYANG.

8 comments:

lia said...

alhamdulillah die tak putus asa..
semoga jadi pedoman pada semua..
dunia skrg buat kebaikan pun disalahkan..buat keburukan diagungkan

cikmanggis said...

Sedih jugak makcik baca kisah ni..biasa lah nak buat kebaikan sangat banyak halangannya.

CIKGU ZAM said...

Lia,
ye macam tu lah dunia sekarang, manusia lihat kebaikan sebagai menyusahkan, sedih sedih

Cikmaggis,
Sukri tu anak yatim lak tu mase kejadian tu, mmg sedih la, tapi Alhamdulillah die dengar gak nasihat saya mase tu.
Makcik, thanks kerana sudi berkunjung ke blog saya.

cikgu jemi said...

bagus tindakan cikgu tu,,semoga syukri juga tak lupa kisah ini kerana kisah ini menjadi pengajaran pada kita semua ammminnn

CIKGU ZAM said...

Cikgu Jemi,
Haik..! hahaha

rudy bluehikari said...

Sahabat sejati, dalam terang dianya tersembunyi.

geraugebang said...

sedih la pulak akak baca kisah Suk ni.

CIKGU ZAM said...

Tuan Rudy,
ya, ketabahan sukri sangat saya kagumi, walaupun seorang anak yatim tetapi semangatnya kuat.

Geraugebang,
tak dapat nak saya lupakan titisan air mata sukri di malam itu,